Dia hanya memandangku lalu terus memaparkan muka risaunya itu- eh jap- apa?

"Leher kau okay tak? Aku gigit kau kuat sangat ke? Aku betul2 minta maaf doh.. aku jealous sangat dengan si Kapla tu sampai aku tak sedar yang aku sakitkan kau... aku minta maaf sangat2..." katanya sambil memegang kesan gigitan itu tetapi dengan lembut.

"O-okay je..." aku buntu sekarang ni. Aku tak tahu nak balas apa, like seriously, aku tak tahu pulak Ariz boleh jadi sebaik ni. Ke dia berlakon je supaya dia dapat minum darah aku?

"Okay bagus. Kau jangan risau. Setakat ni aku masih boleh lagi control lapar aku. Aku boleh minum darah haiwan. So setakat ni aku takkan hisap darah kau okay..? Just please don't tell anyone, please?" Ariz kata sambil memuncungkan mulutnya.

Alamak- comel la pulak..

"O-okay tapi janji dengan aku yang kau takkan hisap darah aku atau datang bilik aku waktu malam2 waktu aku tidur faham?" Kataku sambil membuat jari pinky promise.

Otak aku suruh cakap lain tapi yang keluarnya bukan dari fikiran aku tapi dari hati aku..

"Yes Faham!" Kata Ariz tersenyum lalu menyambungkan jari kecilku.

"Dan.. boleh tak kalau kita berkawan..?" Sambungnya lagi.

"Hmm... boleh kot." Entah kenapa rasa lemah badan aku tu hilang- wow fabulous.

"Terima ka-" tak sempat nak habiskan ayatnya Fakhri dah menyambung ayatnya dari belakang aku lalu terus memeluk tubuhku dari belakang.

"Kau jangan dekat dengan dialah setan!" Teriak Fakhri.

"Apa masalah kau ni?" Kata Ariz bengang.

"Kau tula masalahnya! Aku dah cakap kat kau kan jangan dekat dengan Lina!? Apa yang susah sangat kau nak faham ha!?" Teriaknya lagi.

"Aku hanya nak minta maaf kat dia je, yang kau nak kecoh sangat apa pasal?" Kata Ariz yang sudah mula muak dengan teriak Fakhri tu.

"Sebab aku-!" Ayat Fakhri di potong oleh-

"Woi dah dah!" Kata suara yang aku rasa aku tahu jugak siapa.

"Korang buat apa kat sini ha? Sekarang waktu belajar kan? Kalau Ariz aku faham la tapi yang korang berdua buat kat sini apa pasal? Dan kau pula Fakhri, apahal kau peluk Lina?" Kata Kahar lagi. Geng2 dia pun ada jugak.

"Lina dengan aku, yang lagi sekor tu datang dari pokok mana entah." Kata Ariz mengejek Fakhri.

Aku dapat rasa seperti pelukan Fakhri makin lama makin erat... kang ada juga orang kurang oksigen jap agi.

Kahar datang ke arah Fakhri lalu menariknya dari terus memeluk aku.

"Kau nak apa lagi sial!? Ha!? Tak cukup lagi ke kau dah sepahkan loker bilik aku dengan Ayam dan Ikhsan!?" Kata Fakhri sambil menolak bahu Kahar.

Kahar buat apa? Dan siapa Ikhsan?

Aku rasa Si Fahmi dengan Zahrin macam nak dekati Fakhri namun Kahar memberi isyarat tangan. 

"Heh.. Tak. Tak cukup lagi. Aku masih nak kau manifesto dengan aku. Aku dah cakap kan yang kau tak perlu menang pun, kau hanya perlu masuk gelanggang dan terus dapat lesen. Tu pun kau tak nak ke?" Bisik Kahar di telinga Fakhri dan aku ter eye contact dengan dia dan Kahar hanya melihatku sambil bermain dengan lidahnya.

"Kalau aku cakap tak nak, tak nak la sial!?" Kata Fakhri lalu menumbuk dinding.

"Fakhri-" aku mahu menolongnya tapi Ariz menarik tangan aku lalu terus pergi dari kawasan tu.

"Weh Ariz! Lepaslah..! Aku kena tolong Fakhri..!" Kataku meronta-ronta mahu dilepaskan tapi Ariz masih memegang tanganku kuat tapi masih lembut.

"Itu hal diorang. Kita tak boleh masuk campur." Katanya lembut lalu melepaskan tangan aku di hadapan kelasku.

Noh- dah sampai depan kelas dah weh-

"Tapi Fakhri-"

"Masuk kelas atau aku datang bilik kau lagi hisap darah kau nak?" Katanya bisik di telingaku.

"Eek-! Tak nak tak nak!" Kataku lalu terus masuk ke dalam kelas tanpa bersuara. Cikgu masih takde lagi. Cikgu hilang ke doh?

ARIZ POV:

' Comel sial budak ni.. haih.. ' kata aku dalam hati sambil tersenyum sinis lalu terus pergi balik ke kawasan Fakhri dan Kahar berada.

Aku rasa diorang masih tak setel lagi tu.

Dan bila aku sampai sahaja di sana, ye. Diorang masih tak setel lagi tapi aku nampak macam Fakhri sedang mengutip sesuatu di bawah.

( Faham la kan maksud Author ni? )

Dan aku melihat ianya serpihan telefon yang sudah hancur. Oh aku faham..!

"Jadi? Macam mana? Kau setuju atau tak?" Kata Kahar sambil bermain dengan lidahnya.

Perlahan-lahan Fakhri bangun lalu memandang Kahar dengan muka yang tak puas hati.

"Kau nak sangatkan sial?" Kata Fakhri.

Kahar hanya melihat geng2 dia sambil tersenyum sinis lalu mereka pun membuat kerja mereka seperti biasa.

Malam ni,

Kahar VS Fakhri

Sesi Restu High Council ,
Kasturi dan Kasturi ( Jebat )

Datang ke bilik sukan pada malam ini dan anda akan menyaksikan perlawanan antara Kahar dan Fakhri .

Siapakah yang akan memenangi perlawanan manifesto tersebut ? Saksikan malam ini. Jam 10 malam . Hanya di , TV3 .
.
.
.
.

-Vampire- Donde viven las historias. Descúbrelo ahora