PROLOGUE

11 3 0
                                        

Kota Edin

" Buta! Buta! Buta!"
"Buta HAHAHHA "

Deraian ketawa masuk ke dalam telinganya.Astel diam .Ejekan dan hinaan itu bukan kali pertama didengarinya setiap kali keluar dengan ibunya di pekan kota yang pesat itu.Lagipun dia tidak buta seperti yang dikatakan kanak-kanak yang seumur dengannya.
Dia harus menutup matanya dengan kain satin untuk menutup matanya. Itu sahaja.

"Kau memang anak sial!"

Kata-kata itu terus terngiang di dalam kepalanya.
Kata-kata itu dari mulut ibunya sendiri. Kata-kata itu diungkapkan ketika ibunya meratap kematian ayahnya yang meninggal dua bulan yang lalu.
Dia tidak terkesan dengan sumpahan itu.Telinganya sudah lali .Sejak lahir , Astel dilayan dingin oleh ibunya. Warna matanya yang pelik membuatkannya dibenci oleh ibunya. Setelah dilahirkan, ibu Astel mulai jatuh sakit. Kondisi ibunya makin teruk dari hari ke hari.
Ibunya makin benci dan tidak suka pada Astel. Astel seperti anak tiri dilayan ibunya.
Lain pula ayah Astel ,Duke Armon De Cayes, ayahnya berasa beruntung mempunyai Astel kerana mata Astel unik dan cantik.
Mata Astel yang berwarna biru pudar itu akan menenangkan hati sesiapa yang melihat.
Ayah Astel sangat menyukai cahaya mata itu. Ayah Astel menidakkan semua kenyataan tentang anaknya yang pembawa malang.
Kerana kasih Duke Cayes itu pada anaknya , Duchess Cayes, Mariam de Cayes, makin membenci anak itu. Kerana mata Astel, dia mengarahkan mata Astel ditutup dengan kain satin dan menyebabkan anaknya dipanggil buta. Setelah Astel cerai susu dari ibunya , mata Astel ditutup seperti diarahkan Duchess Cayes .

"Ayah, kenapa Astel kena tutup mata ?"

Astel menanyakan soalan itu pada ayahnya ketika berumur 5 tahun.

"mata Astel cantik, biru seperti bulan purnama."
Balas ayahnya. Astel tidak faham. "Kalau cantik kenapa perlu tutup?" tanya Astel lagi.

Ayah Astel ketawa kecil. Soalan anak berumur 5 tahun itu benar.

"Mata Astel milik ayah. Ayah tak nak orang lain ambik mata Astel." Balas Duke Cayes.

Astel tersenyum .

" Tapi satu hari nanti ayah kena bagi juga mata Astel pada orang yang tepat. Astel kena bagi juga kat dia nanti."

Astel tertanya dengan pernyataan itu.

"Kenapa?"

"Sebab orang tu akan jaga Astel dengan sepenuh hati dia .Biar perlu mengkorban dunia untuk kebahagiaan Astel. Jadi Astel kena cari orang betul yang boleh terima Astel sepenuh hati."

Astel angguk. " Ayah jangan tinggalkan Astel tau"pinta Astel.

"Ayah janji." Balas Duke Cayes.

Astel tersenyum dengan lebar.Dia bersyukur kerana mempunyai ayah seperti Duke Armon .
Dia masih mendapat kasih sayang dari seorang ayah.

SelenophileWhere stories live. Discover now