THAUSAR || BAB 77

34.5K 1.2K 45
                                    

Bunyi notifikasi Kausar berbunyi membuatkan Kausar hilang fokus memandu. Panggilan itu dijawab. "Hello , assalamualaikum"

"waalaikumsalam. Awak dekat mana?? Jadi tak nak pergi ambik kad kahwin ni??" Mendengar suara Iman , terus Kausar menepuk dahinya. Hampir terlupa yang dia kena keluar dengan Iman hari ini untuk membeli barang hantaran serta mengambil kad kahwin.

Kausar mengerling ke arah jam tangannya. "Saya rasa tak sempat la. Sebab saya baru keluar office. Solat Asar pun belum. Kita pergi esok boleh?? Atau awak nak pergi sendiri??"

"Kalau macam tu , biar saya ambik sendiri la sebab awak pun macam penat je. Ni drive kereta tu elok elok. Jangan nak melencong pulak. Apa apa call je saya okay??" pesan Iman.

"Okay" Sebelum berbual mereka lebih panjang , cepat cepat Kausar mematikan panggilan itu. Bukannya tak suka berbual dengan Iman , tapi dia sendiri nak cepat sebelum waktu solat Asar habis.

Fikiran Kausar melayang. Lagi sebulan majlis dia bersama Iman bakal berlangsung. Tapi hatinya terasa berat sangat. Selalunya pengantin la paling tak sabar nak kahwin , tapi dia monyok sahaja.

Tiba tiba fikirannya teringatkan Thaqif. Dimana agaknya Thaaqif sekarang?? Hampir sebulan juga dia tidak berjumpa dengan Thaqif. Terbit rasa rindu dihati.

Hampir sebulan juga Kausar bertunang , kelibat Diana langsung tidak kelihatan. Mungkin dia dah tahu yang Kausar bakal berkahwin dengan lelaki lain. Jadi dia pun tak berani nak sentuh Kausar. Boleh jadi juga. Mungkin berkahwin dengan Iman adalah satu keputusan yang bijak.

Tapi hatinya masih tidak dapat menipu. Dia masih cintakan Thaqif. Dia cuba sedaya upaya untuk melupakan lelaki itu namun gagal. Mungkin makan masa juga untuk lupakan. Bak kata orang move on bukan kerja yang mudah. Lebih lebih lagi orang tu dah lama dengan kita.

Lagipun Iman pun apa kurangnya. Kacak , bergaya dan romantik. Mulutnya tidak lekang dengan ayat ayat manis sama seperti Thaqif. Cuma dia sahaja tak pandai untuk membalas cinta Iman. Mungkin satu hari nanti Kausar akan membuka pintu hatinya untuk menerima Iman. Mereka akan jadi suami isteri tidak lama lagi. Takkan la Kausar masih nak anggap Iman sebagai kawan sahaja.

Mata Kausar tertumpu ke arah satu surau berdekatan disitu. Dia mengambil kesempatan untuk solat disitu. Maklum la sekarang jam menunjukkan pukul 6.30 petang. Takut nanti sampai rumah tak sempat solat pula.

Selesai Kausar menunaikan solat fardu Asar , dia melangkah keluar daripada surau itu. Tiba tiba matanya ternampak bayangannya sendiri melompat masuk ke dalam bonet sebuah kereta. Sama macam situasinya sewaktu larikan diri daripada "penjenayah". Kausar tersengih bila ingatkan balik peristiwa itu.

Kepalanya digeleng perlahan lalu seliparnya itu disarung. Kakinya melangkah masuk ke dalam kereta. Enjin kereta itu dihidupkan lalu kereta itu bergerak keluar dari kawasan itu.

Terlampau fokus Kausar memandu , tiba tiba ada seekor kucing melintas. Lantas dia membrek mengejut. Dadanya diurut perlahan. Dia lantas keluar dari keretanya lalu mencari kelibat kucing itu. Takut takut kucing itu cedera.

Matanya memandang kawasan sekeliling. Sama tempat seperti pertama kali dia dan Thaqif bertemu. Matanya dapat melihat bayangan Thaqif. Berkopiah serta berkain pelikat. Sama seperti pertama kali mereka bertemu.

"Apa kau buat dekat sini?? Macam mana kau boleh ada dalam ni?? Nak mencuri ehh??"

Suara Thaqif terngiang ngiang ditelinganya. Kausar menyandarkan badannya ke kereta. Air matanya mengalir. "Saya rindu semua pasal pakcik. Tapi saya tak boleh. Saya tunang orang. Saya kena lupakan pakcik"

Air matanya dikesat kasar. Dia melangkah masuk ke dalam kereta. Kereta itu bergerak meninggalkan kawasan itu. Tak sanggup untuk duduk disitu lama lama.

Keretanya meluncur menuju ke rumah Puan Nawra. Terdetik hatinya untuk pergi ke rumah itu. Mana tahu terserempak dengan Thaqif. Dapat tengok wajah pun dah cukup.

Sampai sahaja di rumah itu , Kausar melangkah masuk ke dalam rumah itu. "Assalamualaikum"

Puan Nawra melangkah menuju ke luar rumah. "Waalaikumsalam. Laa Kausar ke. Kenapa tercegat dekat luar?? Mari masuk" pelawa Puan Nawra.

Mata Kausar tertumpu ke arah Jabir. Dia lantas mendekati Jabir. "Jabir sayang. Rindu mama tak??" sapa Kausar. Jabir lantas memeluk Kausar.

Kedua dua belah pipi Jabir dikucup. "Rindu sangat dia dekat mama dia tu" kata Puan Nawra sambil tersenyum. "Kenapa Kausar tak bagitau Kausar nak datang?? Kalau tak , boleh la ibu masak sikit"

Kausar tersenyum tipis. Dia menghampiri Puan Nawra sambil mendukung Jabir. Dia mengambil tempat disebelah Puan Nawra. "Tak plan pun nak datang. Dah alang alang lalu sini itu yang Kausar singgah. Lagipun Kausar rindu sangat dengan Jabir ni haa" Pipi kanan Jabir dipicit.

Sempat matanya melilau mencari kelibat Thaqif. Mana la tau Thaqif ada di rumah itu. Kalau tengok dari luar ada kereta Thaqif. Tapi jenis Thaqif selalu tukar tukar kereta sampai Kausar pun tak tau kereta mana yang selalu lelaki itu bawa.

"Thaqif takde. Dia dah tak tinggal sini. Dah dekat sebulan rasanya"

Kausar tersentak. "Dia cakap dia nak tinggal dekat kondo dia. Dah lama dia biarkan kosong. Jadi dia nak tinggal dekat sana. Rawat hati yang luka katanya"

Kausar tersenyum kelat. Tak sangka sampai macam tu sekali. Mungkin Thaqif kecewa dengan keputusannya.

"Persediaan majlis Kausar macam mana?? Okay?? Kalau ada apa apa yang Kausar nak mintak tolong , bagitau je ibu. Ibu boleh uruskan" Puan Nawra menukar topik.

"Semuanya dah ready dah. Cuma nak tunggu kami duduk atas pelamin tu je nanti" jawab Kausar.

Puan Nawra merenung wajah Kausar. "Ibu bukan apa. Ibu nak juga tolong Kausar uruskan majlis"

Kausar tersenyum. "Terima kasih ibu. Kausar banyak sangat terhutang budi dengan ibu. Dari pertama kali Kausar jejakkan kaki Kausar dekat sini sampai la sekarang. Ibu banyak tolong Kausar. Tak terbalas budi ibu"

Puan Nawra mengusap lembut pipi Kausar. "Tak de apa apa la. Lagipun ibu dah anggap Kausar macam anak ibu sendiri. Ibu mana ada anak perempuan. Kausar je la anak ibu sekarang ni"

Kausar memeluk erat tubuh Puan Nawra. "Ibu dah takde kawan nak bergosip la lepas ni. Kausar dah nak kahwin" muncung Puan Nawra.

Kausar melepaskan pelukannya. "Ibu cari la calon untuk pakcik" cadang Kausar.

"Kausar macam tak kenal perangai dia. Nanti kalau dia dapat tau ibu carikan dia calon isteri , mahu mengamuk dia. Macam singa" kutuk Puan Nawra.

Kausar ketawa kecil. "Sebab itu la dia dapat gelaran pakcik singa" Mereka ketawa.

"Sesuai dengan jambang dia" kutuk Puan Nawra lagi. Tak henti henti mereka ketawa. Kausar tersenyum. Satu keluhan dilepaskan. Rindu. Rindu sangat. Tapi dia sendiri tak mampu buat apa apa.

PEMILIK HATI ENCIK DUDA [COMPLETED]Where stories live. Discover now