"Esok"
"Nanti kita berjumpa di sana. Aku ada panggilan aku gerak dulu"
Aku masih musykil dengan Taeil aku mengekorinya sehingga ke luar kafe.
"Eo .. So Ra ya .. oppa sentiasa di sisi kau. Kau rindukan oppa? Oppa cuma hilang beberapa puluh minit je"
Aku mendengar ayat itu, aku terus menampar muka Taeil.
"Areum ah" Taeil terkejut
"Mwo? So Ra. Kau masih berhubungan dengan So Ra?"
"Areum ah... Nanti aku jelaskan"
"Kenapa kau setan sangat. Kau lagi setan lagi dari Doyoung. Dulu Doyoung dera fizikal dan mental aku. Tapi, kau sekarang dera hati aku. Tak puas lagi ke mainkan perasaan aku? Apa salah aku dekat kau. Sebab dulu aku selalu ganggu kau ke?"
"Eo... Memang dulu kau selalu ganggu aku. Aku benci kau. Bukan kau saja. Sebab aku memang benci perempuan. Sebabkan eomma aku dan Sarang aku bencikan perempuan"
"Jadi kau pun mainkan perasan So Ra?"
"Eo... Dia pun sama. Mainan aku"
"Aku memang memang memang menyesal sukakan kau dulu. Kamu memang sial!"
"Mungkin kau anggap semua perempuan itu sama. Tapi, bukan semua perempuan sama seperti kau fikirkan. Kenapa kau buat aku macam ni. Aku tak bersalah" sambung aku lagi
"Kau juga sama dengan Sarang. Kalau kau nak tahu, aku yang tolak Sarang. Sebab aku benci dia. Nasiblah dia masih hidup"
"Kau memang gila. Lepas itu kau tuduh semua orang yang tolak Sarang?"
"Eo... Aku takkan gila kalau eomma dan Sarang tak dera mental aku. Dia cukup buat aku jadi gila. Lepas aku dan dia berpisah hidup aku lebih tenang. Dan aku tak pernah bercinta dengan Sarang. Rumor itu semua tipu"
"Taeil... Sifat dendam kau lagi teruk dari aku. Tapi kenapa kau buat dekat aku. Wae!"
"Mianhaeyo Areum ah. Sebab aku dah tak betul sekarang ini. Aku cuma target perempuan yang aku kenal untuk sakiti. Aku juga tak pernah jatuh cinta dekat kau. Mianhae"
"Eotteohke!!!" Aku sedikit teriak
"Mungkin kita ditakdirkan untuk berkawan je"
"Macam mana aku nak berkawan orang sial macam kau ni. Kenapa aku kenal dengan kau. Kenapa aku suka kau dulu. Sebab kau kacak? Aku memang bodoh dulu"
"Cincin itu, kau simpan sajalah anggaplah itu hadiah dari aku. Mianhae, Areum ah"
"Kau dah mainkan perasaan aku. Tapi, tolong jangan sakiti So Ra. Kau sudah lama bercinta dengan dia. Kalau kau dah kejam dengan aku, jangan kejam dengan So Ra. Cintailah dia betul-betul dia tak sama dengan eomma dan Sarang yang kau fikirkan" itu adalah ayat terakhir aku lemparkan kepada Taeil sebelum kita berpisah betul-betul.
*
TAEIL POV:
Aku memandu sambil menangis dalam kereta. Aku mengingati kembali ayat Areum tadi.
"Kau dah mainkan perasaan aku. Tapi, tolong jangan sakiti So Ra. Kau sudah lama bercinta dengan dia. Kalau kau dah kejam dengan aku, jangan kejam dengan So Ra. Cintailah dia betul-betul dia tak sama dengan eomma dan Sarang yang kau fikirkan" itu adalah ayat terakhir aku lemparkan kepada Taeil sebelum kita berpisah betul-betul.
"Taeil ah kenapa kau jadi macam ini. Wae?"
Aku juga mengingati kembali peristiwa kita aku berusia 9 tahun itu.
"Kau tolak Sarang sampai di jatuh luka!" Appa memukul aku dengan rotan buluh bertubi-tubi
"Kau tolak anak aku!" Eomma memukul aku juga
"Aku tak tolak dia..tapi Sarang jatuh sendiri" memang betul pun Sarang yang jatuh sendiri.
"Aniyo. Eomma, Appa dia yang memang tolak Sarang. Sebab dia bencikan Sarang"
Aku menjeling Sarang dengan tajam.
Aku sambung menangis lagi.
"Apa perlu aku buat sekarang?" Ayat itu keluar dari bibir aku.
*
AREUM POV:
Sudah seminggu aku di Seoul. Aku juga selalu terserempak dengan Taeil di pejabat untuk urusan kerja antara syarikat aku bekerja dengan syarikat dia bekerja. Aku hanya menunduk hormat begitu juga Taeil. Tiba-tiba aku ternampak sebatang pen jatuh dilantai. Waktu tu aku tak tahu itu adalah milik siapa. Tapi tertera nama Taeil (태일) di pen itu. Sah-sah ini adalah milik Taeil. Aku berlari untuk mendapatkan dia.
"Taeil! Jamkkan" aku sedikit semput
"Wae?" Balasnya
"Ini pen kau ...jatuh tadi"
"Eo...gomawoyo" Taeil terus berlalu pergi
Seakan-akan aku dan dia tidak rapat atau tidak kenal. Aku dan dia mula hidup sebagai stranger.
Dua hari lepas juga aku melihat So Ra dengan lelaki lain berdating di sebuah restoran. Nampaknya mungkin So Ra dah tahu agenda Taeil. Kalau nak tahu Taeil juga berubah menjadi seorang pendiam dan selalu bersendirian ketika aku terserempak dengan dia. Hidupnya hanya dengan minum kopi dan laptop.
~
Hujung minggu ini aku hendak balik ke Busan untuk berjumpa dengan eomma.
~
Aku sudah dua hari di Busan. Aku pula berasa rindu untuk menjadi seorang bos kepada Doyoung yang sial itu. Aku juga cukup di motivasikan oleh eomma. Mungkin kali ini aku kena buka ruang yang baru.
Aku mengambil keputusan untuk ke rumah Doyoung lagi untuk berjumpa dengannya.
"Ibwayeo! Ada orang tak!" Jerit aku di luar pagar rumahnya.
Mungkin hari itu aku pernah halau dia dan takut nak berjumpa dengan aku.
Akhirnya aku terdengar jejakkan tapak kaki seorang yang berhampiran dengan pagar rumah.
"Nugu seyo" itu adalah suara Doyoung
"Na, Areum ah. Bekas bos kau"
"Kau nak berjumpa dengan aku ke? Wae, bukan kau halau aku ke dari sini?"
"Eo...berjumpa dengan kau"
Doyoung terus membuka pagar rumah dan betul berada di depan aku. Aku pula yang berdebar.
"Kau setiap hari ke datang sini ke? Mana kau tahu ni rumah aku?"
"Lah, aku kan bos kau mestilah ada alamat rumah kau. Aku baru balik dari Seoul dua hari lepas. Sebenarnya, aku dah tunggu dalam seminggu untuk berjumpa dengan kau sebelum aku balik ke Seoul hari itu"
"Sebenarnya aku juga baru pulang dari Seoul. Hari ini aku balik untuk kemas rumah. Sebenarnya aku sudah berhijrah ke Seoul bersama adik aku Do Mi"
"Kau juga di Seoul hari tu. Kenapa aku tak jumpa dengan kau?"
"Kau nak jumpa dengan aku. Bukan ke kau halau aku hari itu. Aku juga malu nak hadap muka kau"
"Eo... Aku ikhlas nak jumpa kau. Jinjja"
"Wae? Tak marah aku? Tak mengutuk aku. Kalau kau nak tahu aku juga masih tak ingat peristiwa yang aku buli kau. Aku tahu melalui video saja. Kalau aku ingat tentu akan jadi lebih teruk"
"Aku tak kisah pun pasal itu"
"Tak kisah? "
"Aku akan cuba membuka ruang untuk kau menjadi seorang yang baik. Ani... Nak anggap kau sebagai Doyoung yang baru. Dan si sial sudah mati. Kawan mungkin penyelesaiannya. Mari kita berkawan" itu adalah ayat spontan keluar dari mulut aku.
Doyoung sedikit terkejut dan mula tergelak kecil.
"Chingu? Mworago???" Doyoung
THE END...
STAI LEGGENDO
[CS] NEVER EXPECT ~전혀 기대하지 않다 (jeonhyeo gidaehaji ahnda)
FanfictionDisebabkan sesuatu Doyoung mula berubah. Tetapi Taeil seorang yang bijak mempunyai kisah tersendiri. Namun, Kim Areum tidak menjangka ini akan berlaku. Teruskan membaca! GENRE : CURIOUS End at 26/4/2023
![[CS] NEVER EXPECT ~전혀 기대하지 않다 (jeonhyeo gidaehaji ahnda)](https://img.wattpad.com/cover/330223801-64-k91407.jpg)