"Kau memang tak reti bahasa. Aku dah tak ada perasaan dekat kau. Aku cuma simpati dekat kau"
"Boleh aku tanya lagi. Kau suka Doyoung?"
"Kau dah kenapa?"
"Ani...kau selalu cerita pasal dia. Walaupun kau benci dia. Tapi kau langsung tak nampak aku depan mata kau"
"Taeil ah. Kau nak bagi ayat simpati lagi ke. Aku cakapkan aku percayakan kau. Tapi kita tak akan berhubungan lagi. Kau faham tak?"
"Nampaknya kau memang tak beri peluang. Kenapa kau tolak Sarang? Wae? Apa sebab kau"
"Kau kenapa tuduh aku"
"Sebab aku tahu kau tolak dia"
"Kau memang gila"
"Eo... aku gila sebab kau tak nak tunang dengan aku. Aku akan cuba paksa kau"
"Apa yang kau nak sebenarnya. Apa sebab yang kau nak sangat tunang dengan aku semula. Sebab apa"
"Sebab aku sukakan kau. Tapi kau tak percaya. Sekarang ini terbalik. Dulu kau sukakan aku. Tetapi sekarang aku sukakan kau"
Areum memandang aku dengan curiga.
*
DOYOUNG POV:
Do Mi membawa aku pulang ke rumah untuk berehat.
"Pastikan oppa lepas ini berehat cukup-cukup"
"Jangan cuba nak buat macam- macam" sambung Do Mi lagi.
"Do Mi...gomawo. Kerana sentiasa dengan oppa"
"Mianhae, oppa. Kalau selama ini Do Mi selalu abaikan oppa. Oppa juga cakap oppa sudah perlahan-lahan ingat perkara lepas"
"Oppa tak ingat. Oppa cuma tahu aja"
"Do Mi pergi kerja dulu. Pastikan oppa cukup rehat"
"Eung geokjeong hajima"
~
Aku menaiki bas untuk menuju ke sebuah pantai.
Perlahan-lahan aku berjalan sambil itu otak aku masih berfikir tentang diri sendiri.
"Aku sangat malu dengan diri aku kalau selama ini aku adalah seorang yang baik. Tetapi aku tak tahu kalau dulu aku adalah binatang"
"Aku juga tidak tahu kenapa aku tak boleh ingat semua perkara jahat yang aku pernah buat. Aku cuma dapat tahu melalui video yang dirakam"
"Adakah aku layak untuk hidup? Apa aku perlu buat untuk aku terus hidup?"
"Aku juga pernah nak hapuskan diri tetapi tak boleh. Apa perlu aku buat?"
Ayat itu bermain di fikiranku.
Perlahan-lahan aku mendekati pantai itu sehingga kaki aku separuh dalam air.
"Apa perlu aku buat?" Kata aku lagi.
*
AREUM POV:
Aku masih tak faham dengan Taeil. Apa dia nak sebenarnya? Dia cukup mengganggu hidup aku...bukan Doyoung aja.
Aku juga tak tahu kenapa aku mula sentiasa memikir pasal Doyoung. Ayat dia juga membuat aku rasa mula kasihan. Mungkin itu dirinya dia yang dulu. Sekarang diri dia mungkin yang lain. Aku juga tak tahu nak buat apa.
Aku mula menuju ke sebuah pantai. Hajat hati hendak menenangkan diri. Aku terus berlari ke arah pantai. Sambil menjerit.
"KIM DOYOUNG! KENAPA KAU WUJUD!!!" jerit aku seperti tak tentu arah.
Aku juga tidak tahu bahawa Doyoung juga berada di situ. Doyoung mula memaling ke belakang.
"Areum?"
"Do...Doyoung?"
"Kau buat apa dekat sini? Kau datang nak selamatkan aku?"
"Selamatkan kau?" Aku terus menolaknya dan jatuh ke dalam air.
"Areum ah!" Aku melihat Doyoung separuh hendak lemas. Aku tidak sekejam itu. Aku terus mengangkat Doyoung berdiri semula.
"Kau tak nak aku mati?" Katanya
Ppangg! Satu tamparan singgah di pipi Doyoung.
"Kenapa kau buat aku macam ni?" Kata aku
"Areum ah. Aku faham. Luka yang teruk payah nak hilang. Tetapi aku cuba hilangkannya. Nampak macam tak boleh. Apa perlu aku buat"6
"Kenapa kau wujud semula. Kenapa kau tak mati je dulu!"
"Kerana ini takdir. Kalau aku mati dulu. Tentu aku tak dapat bayar balik atas kesalahan aku terhadap kau. Mungkin ini adalah peluang untuk aku cuci balik dosa aku. Jadi kau cubalah anggap aku seseorang yang lain. Bukan Doyoung yang dulu"
Hati aku yang marah terus bertukar menjadi lembut selepas mendengar ayat-ayat itu.
"Aku sekarang Kim Doyoung. Bukan si sial yang kau anggap dulu. Si sial itu dah mati. Hanya Kim Doyoung sahaja yang wujud."
Aku memandang Doyoung dan menitiskan air mata.
TBC...
YOU ARE READING
[CS] NEVER EXPECT ~전혀 기대하지 않다 (jeonhyeo gidaehaji ahnda)
FanfictionDisebabkan sesuatu Doyoung mula berubah. Tetapi Taeil seorang yang bijak mempunyai kisah tersendiri. Namun, Kim Areum tidak menjangka ini akan berlaku. Teruskan membaca! GENRE : CURIOUS End at 26/4/2023
![[CS] NEVER EXPECT ~전혀 기대하지 않다 (jeonhyeo gidaehaji ahnda)](https://img.wattpad.com/cover/330223801-64-k91407.jpg)