PART:01

406 14 2
                                    

"what?! Ayah nak Lisa masuk kudrat?but ayah that's an all boys school" Kata Alisa.

Yeah that's me..Alisa Khayla anak kepada seorang Dato' yang merangkap sebagai ahli ALUMNI di kudrat..ouhh mentang-mentang dia ahli ALUMNI so dia boleh buat keputusan sesuka hati macam tu jelah? HELL NO! Aku ada hak untuk tidak bersetuju dengan keputusan dia sebab yelah sekolah lelaki kot..

"Ayah tahu Lisa..sebab tu ayah nak kamu masuk situ" kata ayah Alisa pula.

"But why ayah?dah tak de sekolah lain ke kat Malaysia ni sampai ayah nak masukkan Lisa ke kudrat jugak?" Alisa dah mula panas hati. "Ke sebab ayah nak Lisa jadi spy Abe?" Alisa mula meneka isi fikiran ayahnya kot-kot ade betulnya.

"Bukan sebab tu Lisa..ayah cuma nak kamu masuk situ sebab sekolah lain dah tak boleh terima kamu..kamu ingat lepas kes ragging dan buli kat sekolah kamu yang melibatkan kamu sebagai ketua kumpulan tu..kamu boleh masuk sekolah lain?kudrat adalah satu-satunya sekolah yang tinggal dan boleh terima kamu." Ayah Alisa mula menjelaskan kenapa dia perlu masuk ke kudrat dan bukannya sekolah lain.

"But ayah.." Alisa cuba merayu tetapi belum sempat dia melanjutkan kata-kata nya ayah Aireen terlebih dahulu memotong.

"Alisa Khayla! Nak atau tak kamu kena masuk jugak kudrat..ayah dah daftarkan kamu ke situ dan Isnin ni kamu akan pergi ke sana dan tinggal disana.. keputusan ayah muktamad!" Ayah Alisa terus keluar dari rumah dan meninggalkan Alisa yang sedang marah dengan keputusan mengejut ayahnya untuk dia masuk ke kudrat dan menjadi students di situ.

"Sial lah!!" Alisa menendang meja kecil di depannya dengan Kuat dan berlalu pergi ke biliknya.

Ok kita terus skip pada hari Isnin iaitu hari pertama Alisa menjadi One and only female student in kudrat.

"Ingat Lisa..ni adalah sekolah terakhir dan satu-satunya sekolah yang boleh terima kamu selepas apa yang dah berlaku..kalau berlaku lagi sekali ayah takkan datang dan tolong kamu..dan ingat satu perkara Lisa..kamu jangan sesekali menghampakan harapan ayah macam mana Abe kamu yang sorang tu buat..faham?" Ayah Alisa berpesan dengan panjang lebar kepada anak perempuan satu-satunya itu.

"Ye ayah Lisa faham" Alisa berkata dengan nada malas.yeah bukannya Alisa ni bakal dengar kata-kata ayah dia pun..bak kata orang,masuk telinga kiri keluar telinga kanan dan itulah Alisa.

"Dan satu lagi..ayah tak boleh teman kamu sampai dalam sebab ayah dah nak kena pergi airport sekarang..tapi jangan risau ayah dah suruh pengetua sediakan seorang prefect untuk guide kamu sepanjang kamu berada disini.kamu dengar ke tak apa yang ayah cakap ni Alisa Khayla?"

Alisa yang hanya memandang kawasan sekolah itu terkejut apabila nama penuhnya dipanggil oleh ayahnya.

"Ye Lisa dengar ayah..dah lah ayah kata dah lambat kan nak ke airport..so better ayah pergi sekarang kang nanti tak pasal-pasal tertinggal flight..and lagipun Lisa dah lambat nak jumpa tuan Yusof ni.." Alisa bersalaman dengan ayahnya sebelum mengangkat begnya untuk beredar dari situ.

"Ingat pesan ayah Lisa.." ayahnya berpesan sebelum bergerak masuk ke dalam kereta dan meninggalkan perkarangan sekolah.Alisa yang mendengarnya hanya mengangguk dan melambai sambil melihat kearah kereta ayahnya yang perlahan-lahan menghilang dari situ.

//Alisa pov//

"fuhh..And now neraka aku disini bermula harini" Alisa berkata perlahan sambil berpusing ke arah bangunan sekolah.

Apabila Alisa menghadap sekolah,dia mendapati seorang prefect yang tinggi lampai dan..hensem?yeah aku tak ada lah jahat sangat sampai nak kata dia ni tak hensem..aku perhatikan name tag dia and nama dia..Naim.ouh so dia lah yang akan guide aku sepanjang aku kat sini? Wow menarik..yeah walaupun aku tahu je kedudukan dorm and kawasan kat sini but apa salahnya kalau aku gunakan dia ni sebagai pembantu aku kan?nak sangat tolong aku kan..meh aku bagi kau tolong aku puas-puas.

"Ermm..Alisa right?" Naim menegur aku and itu membuatkan aku tersedar dari lamunan aku yang agak indah bagi aku.

"Yeah..and you..Naim? prefect yang diutus khas oleh pengetua untuk guide aku?sorry if cara aku bercakap ni kasar ke ape"

"Eh takpe lagipun aku tak selesa sangat nak panggil guna saya awak ni..so jom aku tunjuk kau mana bilik kau" dia cuba untuk amik beg aku but aku tahan. "Kenapa?" Dia bertanya kepadaku.

"Wait..bilik?kenapa bukan dorm je?"

"Sebab kau adalah satu-satunya student perempuan kat sini..so for your safety pengetua sediakan bilik khas untuk kau..amacam?clear dengan penjelasan aku?"

"Ok clear..so jom lah masuk..nah beg aku" macam yang aku cakap..aku nak gunakan prefect ni sebaik mungkin sebab yelah bila lagi kau akan dilayan macam ni kan..hahaha

Skip to my room

"Ok ni bilik kau..ermm depan ni.."

"Dorm 5 kasturi" aku terus potong percakapan dia sebab aku dah tahu semua kawasan and blok setiap dorm kat sini sebab aku selalu datang untuk hantar abang aku kesini..yeah maybe Dorang tak perasan tentang kehadiran aku sebelum ni.

"Wait..macam mana kau tahu?kau kan student baru" dia memandang aku dengan muka yang terkejut dan aku?just memandang dia dengan muka selamba badak aku.

"Nanti kau akan tahu jugak macam mana aku tahu tentang benda-benda macam tu..and btw kau boleh letakkan beg aku tu kat dalam..lantaklah kau nak letak kat mana pun ikut suka hati kau ok?aku nak pergi dorm 5 kasturi jap..bye!" Aku pun berjalan ke arah dorm 5 kasturi yang berada tepat di depan bilik aku but tiba-tiba aku berhenti berjalan and aku toleh ke belakang "nak keluar nanti jangan lupa tutup pintu ok?and thanks sebab dah tolong bawakkan beg aku tu ye" aku pun sambung perjalanan aku ke dorm 5 kasturi..

Infront of the dorm

//Someone pov//

Tokk tokk tokk

"Sape pulak yang datang ni?Keem gi bukak pintu tu" aku menyuruh Hakeem my bestfriend pegi bukak kan pintu dan dia ape lagi terus bangun tanpa membantah.. berani dia bantah cakap aku..memang penumbuk sulung hinggap kat muka dia tu ha..

"Hello my abang yang paling lucknat!!"

Suara tu..aku macam kenal..tapi mustahil dia ade kat sini and kenapa dia ada kat sini if tu betul-betul suara dia?

"Woii bang!amboi kau punya tahap tak percaya ni suara aku sampai terbeliak biji mata eh..dah nak terkeluar aku tengok ha.."

Yes!dia..my little sister yang paling aku sayang and yang paling lahanat yang penah aku ada..but wait..macam mana dia ada kat sini?and dia buat apa kat sini?

"Weyh Keem abang aku ni alright tak alright ni?ke kau ade bagi dia something sampai dia lupakan aku?"

"Setahu aku dia ok je..aku takde pulak bagi apa-apa kat dia..maybe sebab terkejut lah tu tengok kau ada kat sini"

PANGGGG

Pipi aku terasa panas..tak bukan sebab blushing lah gila..tapi rasa macam kena tampar..dan automatik aku tersedar dari lamunan yang cukup panjang tu..

"Aduhh sakit lah sial!" Aku memegang pipiku yang lama kelamaan terasa kebas.

"Tahu pun sakit..aku dari tadi tegur kau tapi kau tak respon..kau apa pasal bang?angau ke?takkan sebab aku ada kat depan kau ni kau terkejut sampai tahap begitu..hahahah" Dia hanya menggelakkan aku kerana aku terkejut dengan keberadaan dia disitu.

Gila ke tak terkejut..adik perempuan kau satu-satunya ada kat sini?sekolah lelaki?kudrat?what the-

-To be continue-

(In the next part)
*serious lah ayah hantar kau ke sini*

*Kau?adik dia?what the-*

*Kau jangan cuba-cuba untuk dekat dengan dia*

Ok guys so that's all for this chapter..and i hope you guys enjoy with this chapter and if ade yang tak puas hati about the story Line ke ape..you guys boleh komen and i sebagai penulis akan terima segala nasihat dan kritikan korang..jangan lupa komen anda vote sekali ok😉see you in the next chapter😆💓

PROJEK:HIGH COUNCIL (SLOW UPDATE)Where stories live. Discover now