THAUSAR || BAB 44

28.6K 1.3K 59
                                    

Bunyi televisyen memenuhi ruang rumah itu. Mak Som fokus menonton televisyen. Hari ini Thaqif ditemu ramah oleh pihak media berkaitan dengan business. Walaupun tidak faham , tapi tetap dia tonton. Support majikan la katakan.

Kausar yang baru sahaja keluar daripada biliknya , dia pandang. "Ehh Kausar. Mehh sini" sapa Mak Som.

Kausar melangkah menghampiri Mak Som. Dia mengambil tempat disebelah Mak Som. "Mak Som tengok cerita apa??"

"Harini kan Encik Thaqif masuk tv. Mak Som tengah tengok dia la ni. Segak betul" puji Mak Som.

Mata Kausar teralih ke arah televisyen. 'Betul la kata Mak Som. Nampak handsome. Kalau perempuan tengok auto cair. Pastu dia suka la ramai yang minat dia. Menyampah' bisik hati Kausar.

"Maaf Encik Thaqif , soalan ni agak privasi sikit. Tak pe kan??" tanya wartawan itu. Thaqif mengangguk.

"Sudah setahun Encik Thaqif bergelar duda , agaknya bila Encik Thaqif nak tamatkan zaman duda tu??"

Kausar tersentak. Dia mula fokus dengan soalan itu. Tak sabar nak dengar jawapan dari mulut Thaqif.

"Insyaallah dalam masa terdekat ni" jawab Thaqif.

'Dalam masa terdekat ni?? Dengan siapa?? Entah entah dia dah ada awek.' Bisik hati Kausar. Dia mula curiga dengan Thaqif.

"Maksudnya Encik Thaqif sekarang sudah berpunya ke?? Ataupun dalam bahasa kiasan sedang bahagia??" Thaqif tersenyum lalu mengangguk.

"Boleh kami tau siapa dia?? Orang business macam Encik ke?? Ataupun kaum kerabat ke??" Thaqif ketawa kecil.

"Dia hanya seorang gadis biasa tapi bagi saya , dia seorang gadis yang luar biasa" jawab Thaqif dengan tenang.

Elisa berdeham kuat. Thaqif menoleh. Jari telunjuknya ditunjuk ke arah jam tangan. Thaqif mengerling ke arah jam tangannya. "Maafkan saya. Saya minta diri dulu"

Thaqif bangun daripada tempat duduknya lalu melangkah keluar dari dewan tersebut. Beberapa orang wartawan cuba mendekati Thaqif namun dihalang orang beberapa staff disitu. Hanya cahaya kamera yang berkelip kelip memenuhi ruang dewan itu.

Kausar hanya terkaku menonton tellvisyen itu. "Hmm siapa perempuan yang memiliki hati encik duda kita ye??" Mak Som bersuara.

Kausar tersentak lalu menoleh ke arah Mak Som. "Entah la" jawab Kausar dengan ringkas.

"Mengikut firasat Mak Som , orang tu Kausar"

Kausar menggeleng laju. "Tak la..bukan Kausar tu...orang lain kot" Kausar menelan air liurnya.

Mak Som tersenyum. Melihat riak wajah Kausar pun dia sudah tahu bahawa Kausar dan Thaqif mempunyai perasaan yang sama. Cuma Thaqif sudah jujur tentang perasaannya. Kausar masih lagi ragu ragu.

"Mak Som masuk dapur dulu. Nak masak lauk tengahari" Mak Som melangkah perlahan lahan ke dapur. Kausar menghembus nafas lega. Nasib baik Mak Som tak soal macam macam. Kalau tak , mati dia. Nak menipu orang tua yang banyak pengalaman soal cinta , memang tak lepas la.

•••

Suis televisyen dimatikan. Alat kawalan jauh dicampak kke tepi. Hati Diana sakit setelah melihat sidang media sebentar tadi.

"Jadi betul la. Yang dia dah ada kekasih. Tak boleh jadi ni. Aku kena cepat bertindak. Kalau tak , aku akan hilang Thaqif untuk selamanya"

Diana berjalan mundar mandir. Kukunya digigit. Dia cuba memikirkan cara untuk mendekati Thaqif semula.

Puan Fatihah ingin melangkah ke bilik tidurnya namun langkah terhenti. Matanya tertumpu ke arah anaknya yang gelisah. Kepalanya digeleng perlahan.

PEMILIK HATI ENCIK DUDA [COMPLETED]حيث تعيش القصص. اكتشف الآن