8.20 malam = Mengulang kaji / Menyiapkan kerja rumah & Solat

9.30 malam = Tidur

Segera dia mengalihkan pandangannya dari helaian kertas itu. Tak sanggup dia membaca dua jadual tersebut. "Ingat aku ni robot ke apa. Sesuka hati je nak atur hidup orang " dia merungut. Sepintas lalu dia mengerling ke arah jadual sekolah barunya. " Kalau jadual macam ni pun..... aku ada lah" katanya. Teringat pula dia pada sekolah lamanya dulu, SMK Seri Permata. " Agak-agaknya.... apa diorang tengah buat sekarang?" Fikirannya menerawang mengingatkan rakan-rakannya

~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~

" Arghh!!!", bentaknya. "Kau dah kenapa, Syasya", tanya Arizz. "Ni soalan cikgu bagi ni susahlah. Kau tahu tak macam mana nak buat?", tanya Syasya. 

"Buat sendiri" 

" Alah tolonglah. Kau tahu kan. Kalau tak siap , cikgu Zai rotan sepuluh kali. Bukan guna calang-calang jenis rotan tau", katanya. "Macam aku kesah", ujarnya. Matanya masih tertumpu pada kerja sekolah yang perlu diselesaikan.

"Dahlah, Syasya. Meh sini bagi aku tengok. Mana tahu aku boleh tolong", tutur Azim. "Eleh kerja kau yang senang kacang tu pun tak siap. Ada hati nak tolong orang", kata Syasya sambil menjeling kerja rumah Azim yang tidak tersentuh langsung. 

"Biar saya tolong awak, Syasya ",ujar Pauline, murid yang terpandai dalam kelas. Syasya mengangguk laju dan tersenyum . Kemunculan Pauline yang tiba-tiba itu....menghilangkan bayangan cikgu Zai bersama rotan kesayangannya.

"Eh....Pauline. Kenapa tiba-tiba.....awak muncul. Ada apa-apa yang awak ingin tahu", ujarnya setelah Pauline membantunya menyiapkan kerja rumah itu. "Hmm..... sebenarnya saya cari awak" katanya. Azim dan Arizz serentak mengalihkan pandangan ke arah Pauline. 

"Kenapa?" hairan apabila pauline mencarinya.

"Saya nak tanya. Awak ada dengar berita tentang Alya tak?", tanya Pauline. "Saya tak tahu. Hmm...yang saya pelik. Umi Alya langsung tak kisah tentang kehilangan. Malah dia suruh saya abaikan saja. At least, bagitahulah polis. Korang tak rasa pelik ke?". 

Mereka mengangguk. Memang benar kata Syasya.

Selepas sahaja Alya diculik, Umi Alya menyuruh mereka membawa balik kek hari jadi Alya dan menyuruh mereka pulang. Dia juga menyuruh mereka melupakan hal yang telah berlaku. Pasti jenuh Syasya memberi alasan kepada guru esok, di atas kehilangan Alya kerana dia selalu hadir ke sekolah. 

Tak pernah miss satu hari pun.

"Kau rasa kenapa Umi Alya cakap macam tu?". "Entahlah, Rizz. Aku pun tak tahu", jawab Azim. "Oklah.....saya pergi dulu. Kalau ada apa-apa, saya beritahu kamu semua ye. Bye", ujarnya. "Bye", jawab mereka. Setelah bayangan Pauline hilang dari pandangan, Syasya bersuara.

"Aku lupa nak bagitahu korang. Mesti korang terkejut" . 

" Apa?", jawab mereka berdua.

"Umi Alya dah tak tinggal kat rumah tu lagi", katanya. " Hah??!" mereka terkejut. "Betul ke?? Ke kau temberang kiteorang?" sangkal Arizz. " Ye. Tadi sebelum aku ke sini aku pergi rumah Alya. Aku nampak papan tanda 'FOR SALE' kat pagar rumah tu", jelasnya. 

"Kau tak rasa pelik ke?" sambungnya lagi.

"Kau rasa Umi Dina tu siapa?", tanya Arizz. " Entah-entah, alien kot!!", jawab Azim. Budak tadika pun tahu membezakan makhluk asing dengan seorang wanita. Arizz meluku kepala Azim. "Woi,sakitlah", adunya. "Biar kau jadi pandai", kata Arizz. 

Syasya hanya tersenyum melihat perlakuan kebudak-budakkan mereka berdua.

"Korang, aku rasa aku dah kena baliklah", katanya sambil mengemas alat tulisnya yang bersepah-sepah dia atas meja itu. "Kenapa??", tanya Azim. " Satu sebab aku dah siap kerja rumah aku-"

" Dua, sebab dah senja", sambungnya. " Hmm...baliklah", katanya Arizz. "Macam halau aku je" kata Syasya yang sudah pun mengalas beg merah jambunya.

" Tadi siapa yang nak balik sangat, kau kan. Bye", katanya sebelum menyambung kembali kerja rumahnya. " Fine....." kemudian mengatur langkah ke basikalnya yang terletak berhampiran meja itu. " Esok jangan lupa datang taman ni. Study macam biasa", laungnya. " Aku tahulah" balas Syasya sebelum mengayuh basikalnya.

"Wei.....nampaknya Syasya suka kat kau", ujar Azim. " Pahal pulak?" matanya masih tertumpu pada kerja rumahnya. 

" Entahlah....." 

" Walaupun dia suka aku pun.....aku tak suka dia", balas Arizz. " Tak baik kau buat dia macam tu. Sekurang-kurangnya bagi lah peluang", kata Azim lagi. " Peluang?? Buat apa?? Cinta yang datang secara paksa tak baik tau. Lagipun nanti kau jugak yang sakit hati".

"Macamlah aku tak tahu yang kau suka dia" jawabnya dengan selamba. Azim pura-pura menyiapkan kerja rumahnya. 

"Jangan nak pura-puralah Zim. kau tak pandai berbohong.Aku ni lelaki. Mestilah aku tahu. Lainlah kalau aku ni perempuan". 

" Perempuan ni susah sikit nak paham kalau kau tak tunjuk. Kenalah berani sikit", katanya seperti pakar dalam hal perempuan. 

" Tapi aku takut kena tolak".

" Tak cuba....tak tahu", kata Arizz dengan ringkas. "So.....kalau kau tak suka Syasya, Kau suka siapa?"tanya Azim. Sengaja dia mengalihkan topik. 

"Semua tu dah tak penting dah.......sebab dia dah tak ada" kata Arizz.









The Rejected Princess : (Meet Her Royal Twin)Where stories live. Discover now