THAUSAR || BAB 34

30.6K 1.3K 51
                                    

Kausar menyerahkan beberapa bungkusan makanan pada geladangan disitu. Kelibat Thaqif langsung tidak kelihatan. Padahal tadi mereka berjalan bersama sama.

"Cik Kausar" sapa salah seorang gelandang disitu. Kausar menoleh lalu tersenyum manis. "Dah lama saya tak nampak Cik Kausar datang sini. Cik Kausar sihat??"

Kausar mengangguk. "Alhamdulillah sihat. Saya jarang datang sini pun sebab Jabir sekarang makin aktif. Kaki dia dengan mulut sama laju. Jadi susah la nak datang sini. Ini pun saya boleh datang sebab dia tidur" cerita Kausar.

"Rapat ye anak Encik Thaqif tu dengan Cik Kausar. Macam mak dengan anak dah saya tengok. Cik Kausar tak sudi ke jadi mak kepada Jabir??"

Kausar tersenyum kelat. "Apa pulak mak dengan anak. Macam kakak dengan adik la. Saya kan muda lagi. Lain la kalau pakcik Thaqif tu" Kausar ketawa kecil.

"Ada ada saje la kamu ni. Haa tadi pakcik nampak Thaqif join busking dekat hujung sana tadi. Cik Kausar taknak join ke??"

Kausar memeluk tubuhnya. Patut la orang tua itu tiba tiba hilang. Kausar menggeleng perlahan. "Ala pergi la. Lagipun semua makanan kan dah diagihkan"

Kausar memandang beberapa orang gelandangan yang sudah enak menjamu selera. "Cik Kausar. Pakcik minta diri dulu ye. Cakap dekat Puan Nawra, pakcik ucap terima kasih untuk makanan yang sedap harini. Assalamualaikum"

"Waalaikumsalam" Kausar memandang ke arah kelibat gelandangan tua itu perlahan lahan meninggalkannya.

Kausar berfikir sejenak. Matanya tertumpu ke arah Puan Nawra yang tidak jauh dari situ. "Ibu" panggil Kausar. "Kausar nak pusing pusing kejap boleh??"

Puan Nawra sekadar mengangguk. "Terima kasih" ucap Kausar. Kakinya mula melangkah meninggalkan tempat itu.

Matanya meliar mencari kelibat Thaqif. Tadi gelandang tua itu kata Thaqif berada di kawasan itu. Tiba tiba telinganya dapat menangkap suara seseorang sedang menyanyi.

Kausar memandang ke arah itu. Terpaku dia melihat Thaqif menyanyi sambil bermain gitar disitu. Pengujung disitu turut merakam jejaka itu menyanyi. Kausar mengambil keputusan untuk melihat Thaqif dari jauh. Thaqif mula memetik gitarnya.

Kamu telah membuatku
Tersenyum dan memandangmu
Kau hadir menemani disampingku

Kamu yang mewarnakan
Cinta yang menghidupkan
Rasa bersamamu ku bahagia

Tiada yang mampu memisahkan kita berdua
Tiada yang mampu melenyapkan perasaan ini
Kerna terasa ada.

Pengunjung disitu menepuk tangan. Thaqif tersenyum lebar. Kausar yang memerhati dari jauh , memuji Thaqif. "Haihh handsome la pula kalau dia senyum. Selalu muka ketat je"

Mata mereka bertentangan. Kausar mula mengelabah. Dia lantas melangkah meninggalkan tempat itu.

"Nonna!!" Panggil Thaqif. Semua pengunjung disitu memerhati ke arah Kausar. Kausar menoleh. Mukanya mula merah. Malu kerana semua orang memandang ke arahnya.

"Sini"

Kausar ragu ragu untuk melangkah. Dia mengambil tempat di sebelah Thaqif. "Aku ade satu lagu untuk kau" Dahi Kausar berkerut. Thaqif mula memetik gitarnya.

Kau selalu membuat hatiku merasa berat
Dan kau yang selalu ada saat semua pergi
Bagaimana mungkin
Untuk kau mengerti
Kini telah ku sedari
Mimpiku tak bererti sendiri

Seandai kau tahu, apa yang ku mahu
Mahukan dirimu 'tuk mendekatiku
Dan aku tak bisa memaksa dirimu
Walau dalam tidur ku kan menantimu hingga akhir nanti

Thaqif berhenti memetik gitarnya. Mata mereka bertentangan. Jantung Kausar bagaikan mahu meletup. Thaqif melarikan pandangannya lalu berdeham. Lehernya digosok perlahan. Entah mengapa tiba tiba terasa malu dengan gadis itu.

Kausar pula memandang ke arah lain. Malu mahu bertentang mata dengan Thaqif. Mukanya juga sudah merah padam.

•••

Diana merebahkan badannya ke atas sofa. Puan Fatihah , ibu kepada Diana memandang sinis ke arah anaknya. "Balik sini ni mesti ada masalah ni. Merajuk dengan suami la tu"

Diana memutar bola matanya. "Sampai bila kamu nak buat perangai macam budak budak ni?? Kamu dah jadi mak orang tau" bebel Puan Fatihah.

"Excuse me. I tak pernah ade anak tau and I tak de masa nak merajuk merajuk bagai" kata Diana.

"Macam la mummy baru kenal kamu. Dulu masa kamu kahwin dengan Thaqif pun kamu macam ni. Sampai Thaqif kena dukung bawak balik la"

Diana membuat muka menyampah. Dengar sahaja nama Thaqif rasa benci membuak buak di hati. "Mummy boleh tak jangan sebut lagi nama jantan tak guna tu lagi. Tak habis habis. Kitorang dah setahun bercerai. Move on la" marah Diana.

Puan Fatihah mengeleng kepalanya. "Dee , cuba tundukkan ego tu sikit. Takkan perkahwinan kedua kamu pun gagal hanya disebabkan ego kamu"

"Yess memang. Lelaki tu lelaki paling tak guna yang Dee pernah jumpa"

"Dulu dengan Thaqif pun kamu cakap macam tu. Sebenarnya diorang tu okay je. Kamu tu bermasalah. Tak boleh terima kan diorang tak dengar cakap kamu"

"Salah mummy sebab terlalu manjakan kamu. Sekarang kamu dah besar. Umur dah masuk 29 tahun. Takkan nak kahwin cerai lagi. Taknak ke cuba pertahankan rumah tangga tu" nasihat Puan Fatihah.

"Ini mummy nak cakap sikit. Sekali sekala pergi la melawat anak kamu tu. Mummy pun dah rindu sangat dengan dia"

Diana mendengus. "Mummy. Kalau mummy rindukan dia , mummy pergi je la rumah jantan tu. Dee tak nak langsung jumpa dia"

Puan Fatihah menggeleng perlahan. Tidak sangka ego anaknya itu setinggi Gunung Kinabalu. "Mummy bukan apa. Takut takut nanti Thaqif dah dapat bini baru. Kamu langsung dia tak pandang tau. Masa tu jangan nak menyesal pulak"

Kaki Puan Fatihah melangkah meninggalkan Diana berseorangan. Diana menggeleng kepalanya. "Tak. Dia takkan kahwin dengan perempuan lain sebab dia cintakan aku sorang je. Aku je yang boleh bagi dia bahagia" yakin Diana.

Setahunya setakat mereka bercerai , Thaqif tidak menjalinkan hubungan dengan mana mana perempuan. Terbukti la lelaki itu sayangkan dia.

PEMILIK HATI ENCIK DUDA [COMPLETED]Where stories live. Discover now