Nurina Amani hanya ketawa sambil menggelengkan kepala. Lambat lagi dia nak suruh mamat The Rock tu belikan baju untuk dia. Karang tak pasal-pasal semua baju dekat rak dia beli.

"Taknak lah acik Amani suruh daddy Amanda beli, daddy Amanda tu soooo scary. Acik Amani takuttt" Nurina Amani sudah buat muka pura-pura takut. Tangan sudah mencapai tuala untuk mengelap badan Tengku Amanda yang sudah siap dimandikan itu. Tuala itu dibalut ke tubuh Tengku Amanda sebelum tubuh kanak-kanak itu didukung.

"Shcary? Daddy not shcary la mommy Daddy not a tiger" Tengku Amanda yang berada dalam dukungan itu ketawa.

"Ye.. Daddy Amanda memang la bukan tiger. Tapi daddy Amanda tu lagi scary daripada ti..." Kata-kata Nurina Amani sudah terhenti. Langkahnya kaku di hadapan pintu tandas itu. Dia sudah menelan liur yang terasa pahit. Renungan tajam daripada lelaki itu membuatkan Nurina Amani ketar lutut.

'Sejak bila pulak dia ada dekat dalam bilik ni?'

"Daddyyyy!" Tengku Amanda sudah menjerit ceria. Tangan segera disua ke arah Tengku Harraz, minta didukung.

Tengku Harraz tersenyum. Kanak-kanak yang masih berbalut tuala itu didukung manja.

"Come, kita pakai baju. Let mommy take a shower" ujar Tengku Harraz sambil mencium pipi kanak-kanak di dukungannya itu.

Nurina Amani sudah terkedu. Mommy?

"Okay daddy!" Giliran Tengku Amanda pula mencium pipi daddynya sebelum dia merenung wajah lelaki itu sambil mengerutkan dahi.

"Daddy..are you a tiger?" Tangan Nurina Amani yang sedang mengeluarkan baju daripada beg terhenti. Matanya dibuntangkan memandang ke arah kanak-kanak itu. Apa ni, baby girl!

"No, i'm not a tiger. Why princess?" Tengku Harraz  mengangkat kening. Matanya mengerling sekilas ke arah wanita yang sudah terpinga-pinga di depan loker itu.

"Sebab mommy cakap.."

"Amanda! Jom pakai baju dengan mommy! Eh, Acik Amani!" Nurina Amani sudah gelabah. Dia menepuk mulut yang sudah terlepas membahasakan dirinya mommy.

"It's okay, aku boleh pakaikan dia baju. Hand me her shirt.." dingin sahaja nada suara lelaki itu.

Perlahan-lahan Nurina Amani melangkah menghampiri Tengku Harraz dan Tengku Amanda yang berada atas pangkuan lelaki itu. Dia menghulurkan baju kanak-kanak itu.

"Mommy cakap apa, sayang?" Nada suara itu berubah lembut kembali.

Nurina Amani memejamkan mata. Soalan Tengku Harraz itu memang kedengaran lembut tapi boleh buat Nurina Amani ketar seluruh badan.

Nurina Amani sudah meletakkan jari di mulut. Memberi isyarat supaya Tengku Amanda tidak memberitahu Tengku Harraz. Mengekek kanak-kanak itu ketawa. Terhibur melihat kelakuan Nurina Amani.

Tengku Harraz berpaling memandang wanita yang berdiri di belakangnya. Laju sahaja Nurina Amani menjatuhkan tangan. Dia masih berdiri tercegat di tepi dua beranak itu.

"Kau tunggu apa lagi dekat sini?"
Soal Tengku Harraz tanpa riak.

Nurina Amani menggaru kening yang tidak gatal. 'Haah kan, kenapa aku tercegat lagi dekat sini?'

Laju sahaja kaki mengatur langkah menuju ke tandas.

Tengku Harraz tersenyum sinis. Bukannya dia tidak dengar apa yang dikatakan wanita itu tadi. Tahu pun gelabah!

***************************************

"Okay Tengku, so far, your daughter's condition getting better. No more temperature spike. Selera makan pun dah semakin okay. So we plan untuk discajkan Tengku Raisya Amanda harini" ujar doktor lelaki yang merawat Tengku Amanda daripada semalam.

TERNYATA HANYA KAMU (UNPUBLISHED)Where stories live. Discover now