THAUSAR || BAB 24

33.5K 1.5K 62
                                    

Iman bergegas melangkah menuju ke bilik Uqasha. Staff staff disitu hanya memandang pelik ke arahnya. Terserlah wajah tegang di wajah Iman. Selalunya mesti ada senyuman yang terukir di bibir. Tetapi harini dingin semacam. Pasti ada yang tidak kena.

Pintu bilik itu dibuka. Uqasha yang khusyuk membuat kerja , mengangkat wajahnya. Dahinya berkerut. Jarang sekali Iman masuk ke dalam biliknya.

Tanpa banyak soal , Iman mencekak kolar baju Uqasha. Uqasha terkejut dengan tindakan Iman. Iman menghayunkan satu tumbukan di wajah Uqasha.

Uqasha memegang rahangnya yang terasa pedih. Satu cecair mengalir di bibirnya. "Kau kenapa?? Tiba tiba tumbuk aku??" Hairan Uqasha. Pasti ada benda yang tidak kena. Kalau tak , mengapa Iman mahu memukulnya. Iman yang dia kenal bukan lah seorang yang baran secara tiba tiba.

Iman tidak menjawab. Dia kembali menumbuk Uqasha. Uqasha langsung tidak mengelak. Dia membiarkan Iman terus memukulnya jika itu dapat puaskan hati rakan baiknya itu.

Thaqif mendengar bunyi bising dari bilik Uqasha. Dia lantas memasuki bilik itu. Terbeliak matanya melihat Iman sedang bertumbuk dengan Uqasha. Dia lantas menghampiri mereka dan meleraikan mereka daripada terus bergaduh. "Korang dah kenapa ni??"

"Kau tanya la kawan baik kau ni. Sanggup tikam aku dari belakang" sinis Iman.

Dahi Uqasha berkerut. "Ape aku buat??"

"Kenapa kau berpeluk dengan Kausar semalam?? Kau ingat aku buta. Patut la nak sangat jumpa Kausar tu , rupanya ada udang disebalik mi. Tuih" dingin Iman.

"Aku boleh terangkan"

"Dah la. Aku taknak dengar ape pun dari mulut kau" Kaki Iman mula melangkah keluar daripada bilik itu.

"Kau okay??"

Uqasha hanya mengangguk. Rahangnya terasa sakit. Thaqif cuba membantu Uqasha untuk bangun. Pandangan mereka teralih ke arah pintu itu.

•••

"Nonna!!" tempik Thaqif.

Kausar sedang menyuap Jabir mengeluh kasar. "Dah kenapa daddy kamu tu?? Kena sampuk dengan jin tanah ke??" hairan Kausar.

"Nonna!!"

Kausar mendengus. "Iye!!!"

Thaqif mula melangkah menuju ke dapur. Matanya merenung tajam ke arah Kausar. Kausar langsung tidak menghiraukannya. Tangannya menyuap makanan ke dalam mulut Jabir.

"Puas hati kau sekarang??"

Dahi Kausar berkerut. "Sekarang ni aku nak tau ape hubungan kau dengan Uqasha??"

"Uqasha?? Siapa?? Uqasha Senrose ke?? Kalau saya dengan Uqasha Senrose mesti la peminat. Saya minat gila Uqasha berlakon. Dulu saya pernah jumpa dia masa form 3"

Thaqif merenung tajam ke arahnya. "Bukan Uqasha Senrose. Kasyaf Uqasha. Ape hubungan kau dengan dia?? Kau tau tak disebabkan kau , Iman bertumbuk dengan Uqasha"

Kausar tercengang. "Haa??" Tanpa banyak soal , Kausar terus berlari menuju ke biliknya. Telefon bimbitnya juga dicapai. Resah hatinya apabila dapat tahu abangnya dipukul oleh Iman.

Dalam beberapa minit kemudian , Uqasha dan Iman tiba di rumah itu. Mereka langsung tidak bertentang mata. Wajah Iman turut dingin.

Terasa sakit hatinya apabila melihat wajah Uqasha disitu. Tambahan lagi Kausar merawat luka Uqasha. Berganda ganda la rasa sakit. "Macam mana boleh jadi macam ni??"

PEMILIK HATI ENCIK DUDA [COMPLETED]Where stories live. Discover now