💘 1 💘

2 0 0
                                        

ZINGGGG!! ZINGGG!!

Aduhh,bisingnyaaa! Jam digital yang terletak di atas meja sebelah katil menunjukkan tepat jam 7:00 a.m itu ditutup. Aku tidur seketika sebelum bangun untuk mandi. Hari ini first day aku sebagai senior tahun akhir di Seoul Highschool.

Bushh!

Selepas beberapa minit dibuai mimpi,aku tersedar apabila seperti ada air yang jatuh ke muka.

“Eomma,apa ni?” Aku lekas-lekas bangun dari baringan dan lap muka ku yang basah akibat jatuhan air dari gayung yang disengajakan.

“Kau ni! Hari ni kan sekolah. Kau tengok jam sekarang dah pukul berapa? Abang kau dah siap dah.” Lepas saja eomma habiskan kata-kata dia , aku mula mengalihkan pandangan kepada jam di sebelahku dengan muka tak puas hati. Nasiblah mak aku sendiri. Kalau tak , dah lama aku simbah asid kat muka dia sampai mata semua tak boleh buka.

“OMO,dah pukul 7:25! HUWARGHHH , EOMMA! KENAPA TAK BAGITAHU AWAL-AWAL?!” Aku mengangkat punggungku dari katil lalu mengambil tuala dan bergegas masuk ke bilik air.

🌹🌹🌹

“Woi,cepatlah jalan tu! Terkedek-kedek macam anak itik. Lain kali bangun lambat lagi!” Panggilan abangku yang berada di atas motor itu hanya ku endahkan. Aku tengah stres dengan rambut aku sekarang ni. Time nak cepat,time tu juga nak buat hal. Bila ikat je,nanti terkeluar pula sikit-sikit.  Nanti kalau aku botak,orang sibuk tanya kalau-kalau aku ni ada kanser.

Before that,aku kenalkan dulu abang aku. Lee Minho a.k.a Lee Know. Kami kembar tak seiras. Dia lahir bulan Januari meanwhile aku lahir bulan November. Jangan tanya aku kenapa. Kau tanya parents aku yang terlalu rajin buat awal. HAHA. Abang aku pandai dan aktif bersukan. Dia adalah seorang pemain bola sepak di sekolah. Sepandai-pandai dia pun,tapi kedekut ilmu dengan adik sendiri. Kalau orang lain bukan main lagi dia ajar. Aku ni bukannya bodoh sangat cuma kurang pandai je.

KURANG PANDAI , YA! Harap maklum.

“Lembap betullah kau ni! Kau tahu tak dah pukul berapa. Nasib baik rumah dengan sekolah tak sampai sepuluh minit. Baru first day sekolah dah kelam kabut kau ni. Jadi macam aku ni. Tidur lambat pun tapi bangun awal.” Bebel Lee Know sambil menghidupkan enjin superbike miliknya. Aku hanya pekakkan telinga saja. Dah tahu lambat , cepatlah sikit start enjin. Mulut je laju , kaki tangan semua lembap nak mampus.

🌹🌹🌹


7:54 a.m

Selesai saja Lee Know parkir motor,aku terus turun lalu membuka helmet dan diletakkan di atas motor lalu aku lari tinggalkan mamat tu. Mataku mula mencari keberadaan sahabat kesayangan.

“WOI,HANAT! SINI!” Aku terdengar nama samaran aku yang paling special. Aku toleh ke kantin , ternampak tujuh ekor hanat di situ. Aku tersenyum sehingga menampakkan barisan gigi lalu melajukan pergerakan kaki ke kantin.

“Woah,lama tak jumpa. I miss you so much. Hikss.” Kata Hyunjin bersama air mata palsunya. Entah bila dia sempat letak eyemo kat mata tu.

“Aishh,tak silap aku. Semalam aku nampak ada orang main mercun sampai terbakar reban ayam ahjusshi Jung.” Kataku lalu meletakkan jari tengah di dagu dengan mata ku menjeling tajam ke arah anak Hwang itu.

“HAHAHAHAH! Aku bukannya sengaja pun semalam. Aku main baling je. Tak tahu pula jatuh kat reban ayam ahjusshi Jung. Keundae,aku ada satu cerita tau pasal malam tadi. Malam tadi aku tak sempat story sebab masing-masing dah balik.” Hyunjin memuncungkan bibirnya seperti anak itik hodoh itu hanya dipandang geli oleh kami semua.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Mar 08, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

My First LoveWhere stories live. Discover now