"Baik"

Thaqif melepaskan alat kawalan jauh tersebut. Tiba tiba Kausar tidak dapat mengimbang dirinya. Matanya dipejam rapat. Sudah bersiap sedia untuk terjatuh. Thaqif sempat mencapai tangan Kausar daripada terjatuh..

Kausar membuka matanya perlahan lahan lalu matanya terbeliak melihat tangannya dipegang oleh Thaqif. Jantungnya mula berdetak laju.

Bunyi tangisan Jabir mengejutkan mereka. Thaqif lantas melepaskan tangan Kausar. Kausar berlari mendapatkan Jabir. "Iye sayang. Aunty dekat sini. Kenapa nangis ni?? Jabir kan good boy" pujuk Kausar.

Jabir merangkak menuju ke Thaqif. Thaqif lantas mendukung anaknya itu. Kedua dua belah pipi anaknya itu dicium. Jabir merengek lagi.

Kausar menghampiri mereka. Tangannya dihulur untuk mendukung Jabir. Jabir bertukar tangan dengan Kausar. Jabir terus terdiam. Kausar memandang Thaqif. Perasaan malu tiba tiba muncul. "Ermm Jabir nak tengok tv ek?? Jom kita pergi tengok tv"

Kausar meletakkan Jabir di atas sofa. Punggungnya juga dihempas diatas sofa. Thaqif pula mengambil tempat duduk di sebelah Kausar. Matanya memandang sekilas ke arah Kausar sambil menyembunyikan senyumannya.

Mata Kausar tidak lekang memandang skrin televisyen itu. Bukannya apa. Sebenarnya takut nak bertentang mata dengan Thaqif. Perasaan malu membuak buak dalam hati. Mesti la malu. Sebentar tadi lelaki itu menyambut tangannya daripada terjatuh. Dah macam drama korea pula.

Tiba tiba telinga Kausar dapat menangkap suara Thaqif sedang ketawa terbahak-bahak. Kausar menoleh ke arah Thaqif. Mata Thaqif fokus pada skrin televisyen. Kausar memandang ke arah skrin televisyen kembali.

"Eleh poyo. Tadi cakap cerita Shin Chan takde faedah. Last last dia yang layan" omel Kausar sendirian. Mulutnya mencebik. Snek dihadapannya dikunyah.

•••

Kausar mencium kedua dua belah pipi Jabir. Kepala Jabir diusap lembut. Jabir sudahpun nyenyak tidur selepas menyusu. "Aunty sayangkan Jabir sangat sangat" ucap Kausar. Difikirannya masih teringat tentang perbualannya dengan Puan Nawra.

"Genap 3 bulan Jabir lahir , Thaqif bercerai dengan isteri dia" cerita Puan Nawra sambil memandang ke arah Jabir yang nyenyak tidur. "Kesian Jabir. Dilahirkan tanpa kasih sayang ibu. Ibu dia terlalu bencikan dia. Tengok wajah dia pun taknak" ceritanya lagi.

Kausar memeluk Jabir. "Aunty janji. Aunty akan bagi kasih sayang aunty dekat Jabir. Aunty takkan buat Jabir sedih sedih dah" tekad Kausar.

Perutnya mula berkeroncong. "Jabir. Aunty lapar la. Aunty turun bawah kejap ye. Jabir jadi good boy okay. Jangan nangis nangis. Aunty turun dulu. Sweet dreams" ucap Kausar lalu mengucup kedua dua belah pipi Jabir.

Kakinya mula melangkah ke dapur. Matanya dapat menangkap kelibat Mak Som sedang mencuci pinggan. "Mak Som" sapa Kausar.

Mak Som menoleh. "Ehh Kausar. Nak makan ke??" Tanya Mak Som. Dia mengelap tangannya yang basah lalu menuju ke arah Kausar.

"Boleh jugak. Perut ni dah start bunyi lagu rock ni" katanya sambil ketawa kecil.

Mak Som menghidang kuih di atas meja. "Yang ni je ada Kausar. Selalunya petang petang ni , Mak Som sorang je makan. Encik Thaqif dengan Puan Nawra diorang kerja" cerita Mak Som.

"Takpe Mak Som. Ini pun cukup. Lagipun okay juga kalau pakcik takde dekat rumah. Boleh la kita spill the tea. Kalau ada dia , susah. Asyik nak cari salah Kausar je. Pastu muka tu macam singa lapar. Sesuai dengan gelaran Pakcik Singa" kutuk Kausar lalu ketawa kecil.

"Spill the tea?? Ape tu??"

"Spill the tea tu macam gosip gosip. Cerita cerita" terang Kausar. Mak Som mengangguk faham. Mulut Kausar mula mengunyah makanan dihadapannya.

"Mak Som nak tanya Encik Thaqif tu tak mengamuk ke Kausar panggil dia pakcik singa?? Ye la Mak Som yang dah lama kerja dengan dia pun takut tau nak panggil dia macam tu" tanya Mak Som.

Kausar ketawa. "Takde la saya panggil Pakcik Singa depan dia. Buatnya dia terkam saya. Kan susah tu. Tak pasal pasal saya masuk hospital tak pun dah KO" Kausar membuat loya buruk lalu ketawa kecil.

Sementara itu Thaqif melangkah masuk ke dalam rumahnya. Matanya memandang sekeliling. "Haih sunyi je. Mana semua orang??" Katanya seorang diri.

Kakinya mula melangkah ke dapur. Telinganya dapat menangkap suara Kausar sedang ketawa. Dia mengintai dan mencuri curi dengar perbualan gadis itu dengan orang gajinya.

Mak Som tersenyum. "Mak Som tengok Kausar dengan Encik Thaqif macam sepadan la. Kausar takde hati ke dengan Encik Thaqif tu??"

Kausar menggeleng laju. "Mak Som jangan nak mengarut. Kitaorang ni macam majikan dengan pekerja je tau. Mana boleh majikan dengan pekerja bercinta" bantah Kausar.

"Siapa cakap?? Mak Som tengok dekat drama Melayu banyak je orang bercinta dengan bos sendiri"

Kausar ketawa kecil. "Mak Som. Itu drama. Drama dengan real life lain tau. Lagipun saya tengok pakcik tu macam tak suka saya je. Ada je benda yang tak kena dekat mata dia"

Thaqif yang berada disebalik dinding , membuat memek muka. "Mengadu la tu" bola matanya diputar.

"Tapi pada pandangan Mak Som pula Encik Thaqif macam suka kan Kausar je. Bila Kausar dengan Iman , Mak Som boleh nampak riak muka cemburu dia tu"

Thaqif tersentak. "Mana ada aku cemburu. Aku okay je la korang nak bercinta. Kalau korang nak kahwin sekarang pun aku okay" omelnya.

"Eyy mengarut la Mak Som ni. Dah la. Saya nak naik atas. Tengok Jabir kejap" Kausar mula melangkah keluar dari dapur.

Tiba tiba langkahnya terhenti. "Pakcik??" Dahinya berkerut seribu sambil memandang Thaqif yang berdiri terpacak disitu sambil termenung jauh.

Lamunan Thaqif terhenti. Dia mula menggelabah. "Pak cik buat ape dekat sini?? Hah pakcik curi curi dengar ek. Tak baik tau"

"Ehh suka hati aku la. Ini kan rumah aku. Bukan rumah kau. Kebetulan tadi...aku haus. Sebab tu aku dekat sini" bohong Thaqif.

"Lepastu kenapa termenung dekat sini??"

Otak Thaqif mula mencari idea untuk menipu Kausar. "Ermm aa...aku tengah fikir nak minum air ape. Hah kau tolong buatkan aku air kopi. Aku tunggu dekat depan" arah Thaqif.

"Kenapa saya yang kena buat?? Suruh la Mak Som" bantah Kausar.

"Alaa dah alang alang kau dekat sini. Tolong la buatkan. Lagipun kau pekerja aku kan. Baik kau dengar arahan aku. Kalau tak...aku potong gaji kau" ugut Thaqif.

Kausar menjeling. "Ye la ye la" akur Kausar. Kakinya mula melangkah masuk ke dapur kembali.

Thaqif menghembus nafasnya. 'Nasib baik tak kantoi' bisik hati Thaqif. Dia sempat mengintai kelibat Kausar lalu melangkah pergi dari situ.

PEMILIK HATI ENCIK DUDA [COMPLETED]حيث تعيش القصص. اكتشف الآن