"Woi,beagle!" .
"Boleh tak stop panggil aku nama anjing tu?"
marahnya,tidak terima akan panggilan itu tadi.
"Dah muka kau memang sama macam anjing tu"
balas lelaki itu .
Lelaki yang bernama santa itu memperlihatkan muka kesalnya manakala lawannya itu membalas dengan pandangan sombong khasnya.
Mereka bertatapan dengan raut muka yang berbeza sehingga santa mengalihkan pandangan , berjalan ke arah kelas mereka.
"Kau tau tak,harini kita ada murid baru,aku dengar murid baru tu lelaki"
"kalau dia handsome nampaknya bertambahlah list 'the boy I admire' aku..... "
Santa hanya menggelengkan kepalanya mendengar hebahan rakan sekelasnya.sebenarnya,dia pun cukup penasaran dengan gosip mengenai murid baru itu .Wajarlah, inikan melibatkan kelas dia juga,walaupun begitu dia tidak mahu terlalu peduli kerana kalau itu kebenarannya pasti murid baru itu akan datang sebentar lagi.
💓💓💓
"Kelas,harini kita kedatangan rakan baru.Cikgu harap semua boleh bagi kerjasama yang baik kepadanya"
Ucapan yang disampaikan guru tersebut berjaya menghebohkan suasana kelas.
"kamu dah boleh masuk dan perkenalkan diri"
Murid baru yang berdiri diluar tadi berlalu masuk selepas mendapat izin dari guru.suasana semakin heboh,Murid yang lain sudah heboh membicarakan penampilan lelaki tersebut manakala santa tercengang sendiri,seperti ia baru saja melihat hantu yang menakutkan.
"Umm....hai nice to meet y'all.Nama saya Junior Panachai,so boleh panggil Junior je.saya....datang dari jepun.selamat berkenalan...." sedikit kaku dan diakhiri dengan senyum manis yang berhasil mencuri hati gadis-gadis.
"Selamat datang ke kelas ini dan saya harap kamu selesa disini,kamu boleh duduk disebelah santa"
Kata guru itu sambil menunjuk kerusi kosong disebelah santa.
Junior melangkahkan kakinya ke kerusi kosong itu dengan senyuman yang tidak dapat dikesan puncanya.
"Hai ,santa kan?"sapa junior ramah .santa memilih untuk tidak menghiraukan sapaan junior malah dia mengalihkan pandanganya ke arah lain dengan muka malas.
😜😜😜
muka santa memang jelas menunjukkan bahawa dia sedang tertekan.mana tidaknya ,Situasi yg dia tidak inginkan itu berlaku.Siapa je suka dipandang oleh orang ramai dengan raut muka tidak suka dan more worse,itu berpunca dari sesuatu yang sama sekali tidak bermanfaat untuk diperhebahkan.
"Tu bukan ke budak baru yang handsome tu"
"Oh ye,apa nama dia- OH junior"
"Yah and why dia asyik ikut santa daritadi"
"Oh my.... santa,dia mesti fikir dia hebat dapat perhatian macam tu"
Kata seseorang itu sambil memberi jelingan kepada santa .Santa sudah muak dengan semua pandangan yang dia terima dari tadi.
Gosip memang tak dapat dielak kalau sudah di situasi begini.santa tahu dan santa terpaksa terima,kalau ada peluang ingin saja santa menjerit
"ITU TAK BETULAH,TENGOK BETUL BETUL AKU LAYAN DIA PUN TAK DIA JE SIBUK SIBUK NAK IKUT"
Tapi apakan daya ,dia tak cukup keberanian lagi.Lagipun daripada bercakap dengan orang tak matang seperti mereka lebih baik cakap dengan dinding
"Beagle,kenapa monyok tu,tak dapat jawab soalan addmath ?" Tawanya mengejek
"Kau nak apa lagi perth?"santa sudah sangat kesal dengan perlakuan junior yang mengekorinya daritadi ,sekarang ada lagi yang menambahkan rasa tertekannya.melihat muka Perth sahaja sudah mampu membuat dia stres sepanjang hari.
