Bab 1

3 1 0
                                    

"Wyna , ayah dan ibu nak keluar ni , kamu jaga diri baik-baik ye , jangan lupa makan tengah hari" , kata Puan Wani dan Encik Meer

"Baik ibu" , balas Wyna . 'Asyik keluar aje , bila entah nak spend time dengan aku' ,
gumamnya dalam hati sambil turun ke bawah . Ketika di dapur , dia duduk dan mengambil makanan dengan kuantiti yang sedikit . Bibiknya yang bernama Puan Ina memandang majikannya dengan muka yang sedih kerana kebelakangan ini Wyna tidak makan yang banyak seperti sebelum ni .

"Kenapa ambil sikit aje? Makanlah banyak sikit Puan Wyna" , kata Puan Ina .

"Kan saya kata , jangan panggil Puan , panggil Wyna aje , saya tak biasa berpuan-puan dengan orang ni" , balas Wyna .

"Iye lah Wyna , nanti malam lapar macam mana , saya tambahkan ye?" .

"Tak apa lah , saya tak ada selera untuk makan , nanti kalau saya lapar , pandai-pandai lah saya cari makanan" , balas Wyna kepada Puan Ina .

Puan Ina hanya mampu berdiam dan turut apa yang dikata oleh Wyna kerana dia tahu jika dia memaksa Wyna , dia akan mengamuk seperti kejadian yang berlaku di sekolah ketika dahulu . Wyna ini memang seorang yang lembut dan pendiam , tetapi ketika dia sedang marah , singa juga boleh dikalahkan dengannya .

"Saya naik atas dulu ye bibik" .

"Baik Wyna" , balas Puan Ina . Beberapa minit kemudian , Puan Ina mengetuk pintu bilik majikannya .

' Tok Tok Tok ' , Wyna yang mendengar bunyi ketukan pintu dari biliknya pun bertanya ,
" Siapa? "

"Ini bibik" , balas Puan Ina .

"Masuk aje bibik , pintu tak dikunci" , balas Wyna .

Kemudiannya Puan Ina duduk disamping Wyna dan memandang wajah si gadis lalu bertanya ,

"Wyna okey? Nampak Wyna macam sedih aje , ada masalah ke? Nak cerita?"

Wyna memandang ke arah Puan Ina sambil menahan air mata tetapi Puan Ina tahu dia sedang menahan diri untuk menangis kerana kelihatan dari matanya yang berkaca .

Wyna hanya berdiam dan mengangguk sahaja untuk menunjukkan dirinya sedang dalam keadaan yang baik-baik sahaja . Puan Ina memeluk Wyna dan mengusap dibelakangnya dan berkata ,

"Wyna anak yang kuat , bibik tahu Wyna boleh bertahan" . Air mata Wyna terus mengalir ketika mendengar kata-kata Puan Ina

"Terima Kasih Bibik sebab selalu ada bila Wyna sedih" , kata Wyna sambil senyum ketika memandang wajah Puan Ina .

' Iya , sama-sama sayang ' , balas Puan Ina didalam hati sambil menahan air mata .

Beberapa minit kemudian , Puan Ina meninggalkan bilik seketika untuk memberi ketenangan kepada Wyna . Sejam kemudian , bunyi azan yang menandakan masuknya waktu maghrib . Ketika itu , Puan Wani dan Encik Meer baru sahaja sampai dirumah .

"Assalammualaikum" .
"Waalaikumsalam" ,
jawab Puan Ina sambil membuka pintu .

"Mana Wany?" , tanya Encik Meer .

"Dia ada di dalam bilik" , balas Puan Ina .
Kemudian Puan Wani , Encik Meer dan Puan Ina pergi ke bilik mereka untuk menunaikan solat . Sambil menunggu masuknya waktu solat isyak , Puan Ina memasak dan menyediakan makanan untuk makan malam kepada mereka . Setelah terdengarnya suara azan yang menandakan waktu solat isyak , Puan Ina terus menunaikan solat kemudian dia naik ke tingkat atas untuk memanggil majikannya .

' Tok Tok Tok '  , "Tuan , Puan , makanan dah siap" , kata Puan Ina .

" Okey Bik , nanti kami turun " , balas Puan Wani .

Kemudiannya Puan Ina mengetuk pintu bilik Wyna pula lalu berkata ,

"Wyna ,makanan dah siap ,jom turun makan" . Wyna hanya berdiam dan tidak merespon apa-apa . Puan Ina juga berdiam lalu pergi turun ke bawah kerana tidak mahu mengganggu Wyna .

Ketika sampai di meja makan , Encik Meer tiba-tiba bersuara ,
"Mana Wyna? , tak makan sekali ke?" .

Puan Ina hanya menggeleng kepalanya sambil menuang nasi ke dalam pinggan majikannya .

"Haih budak ni , asyik buat perangai aje , nanti sakit menyusahkan orang lain pulak" , kata Encik Meer dengan nada yang marah .

Puan Ina masih berdiam dan pergi ketika sudah habis menuangkan nasi dan air untuk majikannya lalu dia naik ke atas untuk berjumpa dengan Wyna . Ketika sampai dibilik Wyna , Puan Ina memasuki biliknya kerana pintunya tidak tertutup .

Puan Ina melihat Wyna yang sedang mendengar lagu sambil memakai earphone lalu Puan Ina senyum dan mendekati Wyna .

"Wyna , kamu tengah dengar lagu apa tu?" , tanya Puan Ina .

Wyna menghulur telefon dan earphonenya kepada Puan Ina untuk menyuruh bibiknya lihat dan dengar lagu itu . Puan Ina pun mendengar lagunya sambil menghayati .

"Sedap lagu ni . Ada maksud yang tersirat dalam lagu ni , Wyna suka lagu ni?" , tanya Puan Ina lagi .

Wyna mengangguk kepalanya sambil senyum tetapi air matanya mengalir . Puan Ina hanya mampu memeluk tubuh Wyna untuk menenangkannya lalu dia kembali kepada biliknya sambil bermain telefon .

' Andai aku dapaf pelukan macamni daripada ibu dan ayah aku sendiri ' , bisik Wyna ke dalam hatinya . Apabila jam menunjukkan sudah pukul 11.45 malam , Puan Ina naik ke atas kerana mahu melihat Wyna untuk memastikan dia sudah tidur atau belum tidur . Ketika Puan Ina berada di depan bilik Wyna , dia terdengar satu suara . Suara yang seakan seseorang menangis tetapi suaranya merdu yang sedang menyanyikan satu lagu .

Suara merdu itu terdengar daripada bilik Wyna . Puan Ina mengetuk lalu memasuki bilik Wyna dan dia melihat Wyna sedang menangis sambil menyanyi dengan nada yang perlahan ... Puan Ina terus memeluk tubuh Wyna sambil bertanya ,

"Wyna okey ke tak ni? kenapa ni? cuba cerita dekat bibik" .

" Wyna tak tahu macam mana nak luahkan , tapi yang Wyna boleh cakap sekarang , Wyna penat sangat , penat dengan semua orang!" , balas Wyna sambil menangis dan geram .

"Tak apalah , bibik faham . Daripada lagu yang Wyna nyanyi tadi , bibik tahu Wyna tengah sedih kan?" , balas Puan Ina .

Wyna mengangguk dan terus menangis . Puan Ina terus memeluk dan memujuk Wyna suapaya tidur dengan lena dan dapat melupakan masalah . Beberapa minit kemudian , Puan Ina meninggalkan bilik si gadis itu yang sudah tidur dengan lena lalu dia meletakkan satu surat dibawah bahagian telefon Wyna dan kembali kepada biliknya .

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Feb 25, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Ada Kisah Disebalik LaguWhere stories live. Discover now