MOP ditangan Haq jatuh setelah bahunya disenggol oleh seseorang. Melihat sahaja gerangan yang saja cari masalah dengannya itu, Haq mengetapkan bibir. Masalahnya bukan mop sahaja yang jatuh, tetapi dengan baldi- baldi sekali disepaknya. Hampir sahaja kawasan itu dibanjiri dengan air kotor dan busuk itu.
"Opss tak sengaja." ucapnya dengan sinis. Senyuman senget seolah mengejek diberikan olehnya kepada Haq.
Malas Haq mahu melayan karenah gadis itu yang sengaja cari pasal, Haq mengabaikannya dan terus melakukan kerjanya yang semakin bertambah akibat perbuatan tidak bermoral gadis itu.
"Woii, bila aku cakap dengan kau ni boleh tak pandang muka aku!" katanya lagi setelah melihat Haq yang tidak mengendahkannya sambil menyilangkan tangan ke dada.
Haq mengeluh seketika. Diangkat muka memandang wajah itu.
"Maaflah cik. Saya ingatkan cik cakap sorang- sorang tadi. Cik cakap dengan saya ke?" soal Haq pura- pura bodoh. Biarlah cepat sikit dia sakit hati. Nanti pandai - pandai la dia bla sendiri.
"Kurang ajar eh kau! Kau tu cleaner je tau! Hormat sikit aku ni. Dengan pakaian selekeh macam ni, please lah. Memang jadi cleaner lah seumur hidup kau nanti!" tempelaknya kepada Haq dengan nada tinggi.
Sungguh mukanya menunjukkan riak wajah yang jengkel dengan Haq. Rambut yang agak serabai dengan kaca mata yang berbingkai besar tu sangat menggelikan baginya.
Mentang - mentang member tu kerja cleaner je, sedap dia nak buli eh.
"Biarlah cik jadi cleaner seumur hidup pun janji adab masih ada dalam diri. Lagipun cleaner pon kerja halal cik. Lagi berkat sebab kerja kami ni menjaga kebersihan. Kan Islam ada mengajar yang kebersihan itu sebahagian daripada Iman." tenang sahaja Haq membalas. Daripada dia menaikkan amarah gadis ini, baik dia tenang- tenang sahaja.
"Eh kau ni. Tak payahlah nak mengajar aku. Dahlah busuk. Pergi cermin diri dulu!" katanya seraya berlalu pergi.
Sempat lagi dia melanggar bahu keras Haq untuk menunjukkan emosinya yang tengah sakit hati dengan Haq itu. Namun, kedengaran suaranya mendesis sakit.
Ha tulah sape suruh langgar Haq yang badan sado ni. Awak tu dahla berbadan keding. Sendiri cari penyakit kan dah sakit. Padan muka!
Menggeleng sajalah Haq melihat tingkah laku gadis itu. Cleaner pon kerja yang halal lah musibat oii. Tak semua orang mampu menjadi cleaner tau lagi- lagi orang macam kau. Dia ingat dia yang terpaling class lah tu kerja dalam pejabat huh! Dengan pakaian tak cukup kain plus ketatnya lagi. Dah serupa nangka yang dibalut!
Belum sempat Haq menyambung kerjanya yang tergendala itu, seseorang telah mencuit perutnya. Atau lebih tepat lagi mungkin boleh dipanggil abs. Cehhh.
"Qu Al- Haq, sila masuk ke dalam pejabat saya." arah Aqil Thaufiq, CEO HQ Holdings, tempatnya bekerja sekarang ni.
Macam pelik bukan? Seorang CEO memangggil pekerja cleaner seperti dirinya untuk masuk ke dalam bilik.
"Ada kerja la." bisik Haq perlahan sambil menunjuk mop yang diangkatnya itu.
"Kak Imah tolong bersihkan boleh? Nanti saya tambah bonus akak." kata Aqil mesra kepada gerangan yang dikenali sebagai kak Imah itu yang kebetulan lalu disitu.
Kak Imah hanya mengangguk dan tersenyum kepada mereka berdua. Bagaikan ada sesuatu yang tak perlu ditahu olehnya. Dia hanya akur sahaja dan melakukan kerjanya.
YOU ARE READING
HAQ | SU |
Romance"Woii, bila aku cakap dengan kau ni boleh tak pandang muka aku." -Bunga "Maaflah cik. Saya ingatkan cik cakap sorang - sorang tadi. Cik cakap dengan saya ke?" -Haq Bunga. Nama secantik orangnya. Namun, siapa sangka gerangan si gadis itu mempunyai ma...
