02

81 7 8
                                    

🔥

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

🔥

Jessica diam menunduk menerima kunjungan adik mendiang Dareon, Suzy. Suzy jelas sekali tampak kecewa dengan kehilangan abangnya. Bahkan sewaktu Jessica dan Dareon bersama dulu, Suzy adalah orang paling atas yang menyokong hubungan mereka.

Namun apabila Suzy tahu tentang sebab hubungan itu tak berpanjangan, dia adalah orang pertama yang menentang Dareon. Tapi itu semua tak bermakna dia sudah tak sayang akan abangnya.

"Suzy akan cari pembunuh abang, tak kira apa pun kak." luah Suzy, dendam dan tekad.

Jessica pandang Suzy dengan pandangan kosong. Tak perlu dicari, sudah ada di depan mata. Malang sekali Suzy tak tahu. Tangan Jessica naik menggosok lengan Suzy, sekadar memberi kekuatan.

"Jangan fikirkan sangat, nanti kesihatan terjejas." pesan Jessica.

"Baiklah kak. Suzy nak balik dulu. Akak kalau perlukan Suzy, call okay?"

Jessica angguk, mereka berpelukan sebelum gadis bernama Suzy yang mengenakan dress hitam pendek yang melekat di tubuh itu melangkah pergi, meninggalkan bunyi kasut tumit tingginya setiap kali melangkah.

Mata Jessica menangkap figura seorang lelaki yang tersenyum sinis, menyandarkan tubuh pada dinding sambil menghembuskan asap rokok. Dia gulingkan matanya, malas nak peduli. Beg tangan diambil, melangkah pergi daripada restoran ini.

Jessica melangkah masuk ke dalam kedai emas, tertarik. Kebetulan, hari lahir ibunya semakin mendekat, tak salah kalau dia nak berikan hadiah. Sebaik saja dia melangkah masuk, dia disambut sopan oleh pekerja di situ.

"Good evening, miss. What can i help you?"

"Actually I am looking for a necklace."

"Sure, come." pekerja perempuan itu tersenyum manis.

Jessica ambil tempat duduk, dipersembahkan dengan pelbagai jenis design rantai emas kepadanya. Dia pandang satu-satu, fokus memilih apa yang sesuai buat ibu tercinta.

"Ini untuk siapa kalau boleh saya tahu?"

"It is for my mother." Jessica balas dengan senyum.

"Oh really?! What a sweet daughter you are. Ini design baru, dia simple and tak nampak serabut sangat. This one is nice too.."

Jessica fokus dengan apa yang diberikan kepadanya, buntu nak buat pilihan sehinggalah tiba-tiba saja kedai emas itu diserbu sekumpulan manusia bertopeng dan bersenjata. Mereka semua jadi panik, dipaksa melutut.

Jessica jelas sekali tak percaya dengan apa yang sedang berlaku. Dia dengar keriuhan, meminta semua barang kemas diserahkan. Dia pejam mata, sumpah takut dengan apa yang berlaku.

Tiba-tiba ada tangan yang melingkar di pinggangnya, wajah manusia yang dia tak kenal itu menyentuh lehernya, seolah-olah seekor kucing yang sedang bermanja. Dia jadi terketar-ketar, tahan takut.

CRIMINALWhere stories live. Discover now