Minchan tenung betul-betul sebelum memastikan sama ada bayangan tersebut merupakan dia atau bukan. Mata Minchan mula basah.

"Hyung..mustahil kau-"

Minchan segera berlari memeluk si dia. Bayangan tadi diam dan kaku

"Ini bukan mimpi kan!" Minchan menangis "kau sebenarnya tak mati kan. Gyehyeon cakap semua ni mimpi...kan?" Memeluk lebih erat

Gyehyeon diam. Dia tidak tahu bagaimana hendak memberitahu perkara sebenar

"Gye kau pergi mana selama ni? Kau tau tak semua orang rindu kau..dan...dan orang lain kata kau dah mati..tapi aku tahu itu semua tipu! Cakap Gye!"

Gyehyeon mengusap belakang Minchan lembut sambil tersenyum kelat "maaf hyung semua orang kata tu betul. Aku memang dah mati hyung. Maaf pasal semua yang berlaku"

"Tak kau tipu. Kita semua dah berjanji untuk kekal bersama....tapi kau.. Kau tinggalkan kami semua"

"memang betul kita buat janji tu tapi kita hanya mampu merancang hyung bukan menentukan. Soal kematian adalah rahsia dan kita manusia tak boleh menentukan kematian... Harap kau faham Chan

Minchan lepaskan pelukan dari Gyehyeon. Dia memandang Gyehyeon seketika kemudian gelak

"semua ni prank kau kan. Kalau kau mati kau takkan ada depan aku. Siapa kau upah untuk gali kubur tu semua? Hebat prank kau kali ini sampai buat kami semua macam dah hilang arah!" Marah Minchan. Air matanya terus-menerus mengalir

Gyehyeon menggeleng kepala
"Tak hyung, aku tak buat semua benda bodoh tu. Maaf tapi korang semua kena terima pemergian aku dan jalani hidup seperti biasa"

Minchan ketawa halus mendengar penjelasan dia "Gye kau jangan main-main soal mati Gye. Tak lawak tau tak" Air matanya dikesat

Gyehyeon mengeluh "suka hati kau lah hyung. Tak percaya sudah" berpeluk tubuh

Minchan makin geram. Segera keluar dari bilik dan pergi panggil semua member verivery. Gyehyeon mengeluh. Penat dia nak yakinkan Minchan

"...." Gyehyeon menatap foto yang digantung di dinding bilik tersebut . Pandangan kosong diberikan namun dalam hati sudah terselit rasa rindu

"GYEHYEON!" Jerit Kangmin. Terpinga-pinga dia mencari kelibat hyung kesayangan dia

"...Kangmin" dia menatap lama. Pada mulanya dia berharap Kangmin dapat melihat dia tetapi sebaliknya

Kangmin berasa kecewa. Dia tengok lantai dan mula menangis sekuat hati

"Aku tak tipu Gyehyeon tak mati. Baru dia balik dan sekarang berada di bilik aku" menarik tangan Yongseung dan Hoyoung

Minchan dan yang lain baru tiba. Terkejut melihat Kangmin menangis

"Kangmin aku tahu tapi.. janganlah nangis -" belum sempat dia habiskan ayat, Kangmin memandang Minchan dengan tatapan dingin

"Sampai hati kau tipu kitorang. Minchan hyung saje je kan!" Mengesat air mata "MINCHAN HYUNG JAHAT!" Terus lari keluar bilik

"Kangmin-a tunggu!" Dongheon mengejar Kangmin

Minchan berasa hairan. Apa maksud si bongsu kata dia tipu? Padahal Gyehyeon ada di depan mata mereka

Semua kecuali Minchan sudah memandang Minchan tajam

"Apa ni Chan hyung. Tengok Kangmin dah merajuk" kata Yongseung. Dia berasa kecewa

"Chan hyung tak baik tau tipu kitorang. Ke kau termimpi dia sampai terbawa-bawa?" Yeonho pulak bersuara

Minchan pandang mereka dengan kekeliruan

"Tapi Gyehyeon betul-betul depan kita takkan tak nampak?" Tunjuk kearah Gyehyeon "ouh korang semua berpakat nak kenakan aku rupanya. Sudahlah tu jangan main-main lagi"

Mereka bertiga memandang antara satu sama lain. Tidak lama begitu Hoyoung mendekati Minchan

"Minchan kau tak sakit kan?" Pegang dahi Minchan "tengok badan kau panas. Pergilah rehat Chan. Tenangkan diri kau. Yongseung tolong panaskan air. Yeonho tolong masak bubur nasi sekarang" arah Hoyoung

Minchan menggeleng laju "mana ada aku sakit. Sudahlah tu Gyehyeon betul-betul depan kita. Dia tipu kita semua" masih mahu menegakkan kebenaran

Semua pandang dia risau

"Aku rasa dia betul-betul sakit hyung" kata Yongseung sebelum berlalu pergi

"Minchan hyung rehatlah. Kau penat sangat ni" Yeonho menepuk lembut bahu Minchan kemudian mengikuti Yongseung dari belakang

"Tapi Hoyoung aku tak tipu dia ada depan kita" cuba meyakinkan Hoyoung

Hoyoung menggeleng kepala perlahan "aku tahu dan aku faham kita semua masih tak boleh terima pemergian dia tapi Channie jangan buat aku macam ni. Jaga kesihatan kau juga. Aku risau Chan"

Memandang dia sayu

Minchan berundur sedikit "tak..tak tak! Dia masih hidup. Aku nampak dia!" Marah Minchan. Sakit hatinya kerana dipermainkan

"Minchan hyung semua dah terbukti. Mereka semua tak nampak aku maksud nya aku memang-" Gyehyeon pandang tempat lain. Sengaja menggantungkan ayat terakhir

Minchan mati kata "tak kau..kau tak mati! Kau tipu!" Minchan terduduk. Dia menangis tak terima kenyataan. Hoyoung segera memeluk Minchan. Rambut Minchan diusap lembut sambil menepuk-nepuk belakang dia lembut . Minchan memeluk Hoyoung semula. Tangisan dia boleh dengar satu rumah

"Aku benci perkataan ini Chan tapi kita...kita kena move on dan terima segala takdir yang sudah ditetapkan. Kejadian semua tu berlaku mesti ada sebab....apa kata kita pergi melawat dia Ahad ni? Kita semua pergi sama-sama, nak?" Cuba memujuk Minchan. Minchan tahan esakan dia dan angguk

Hoyoung mengukirkan senyuman manis dan usap pipi Minchan yang basah

"Minchan rehat okey. Kalau ada apa-apa panggil je kitorang ataupun panggil je aku" tangan kanan dia pegang dahi Minchan "makin panas" bisik dia dalam hati

Hoyoung menolong kembar dia bangun lalu baring kan dia atas katil. Selimut ditarik dan menyelimuti Minchan

"Kau boleh move on Chan. Aku tahu kau boleh" kata-kata terakhir Hoyoung sebelum beredar dari bilik dia

"Aku dah kata kau tak percaya" Gyehyeon duduk tepi katil

"Maaf. Sebab aku kau sakit"

Minchan memandang Gyehyeon. Dia cuba senyum "tak Gye normal lah manusia sakit. Aku cuma penat je dan sekarang aku perlukan rehat" badan pusing menghadap dinding

Gyehyeon memandang dia lama lalu bangun "rehatlah. Nanti kalau kau rasa nak bersembang dengan aku panggil je. Nanti aku datang" badan Gyehyeon beransur-ansur hilang

Minchan tarik selimut dan bungkus diri dia dalam tu. Sekali lagi Minchan menangis

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Nov 20, 2022 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Ghost (Verivery) Where stories live. Discover now