Chapter 1

2.9K 62 11
                                        

Kringg kringg...

Haura yang sedang lena dibuai mimpi itu perlahan lahan mencelikkan matanya sedikit dipandangnya jam yang berbunyi itu dengan langkah yang perlahan dia menutup alarm jam tersebut.

Diceliknya sedikit mata, terbuntang luas matanya apabila jam sudah menunjukkan pukul 8.30 pagi dia mengeluh perlahan terlambat bangun lagi.

"Kalau aku tahulah aku bangun lambat macam ni lepas subuh tadi tak ada nya aku sambung tidur."

Ye selepas subuh Haura mengambil keputusan untuk sambung tidurnya memandangkan dia juga tidur lambat semata mata untuk menyiapkan assignmentnya itu dan memandangkan pada hari ini juga dia tiada kelas jadi dia mengambil keputusan untuk melelapkan mata.

Dengan langkah malas segera dia turun dari katil dan melangkah perlahan masuk ke bilik air.

Selesai sahaja mandi,Haura terus turun kebawah untuk sarapan.Keluarga dia nak dikatakan miskin tidak kaya pun tidak hanya sederhana sahaja.

Tidak berkelip matanya memandang nasi goreng yang dimasak oleh ibunya itu Pn Maisara.Haura kearah ibunya dan terus memeluk erat pinggang ibunya anak kesayangan lah katakan.

"Aip aip kamu dah mandi ke belum Haura Medina?"tanya Pn Maisara.

Haura hanya memuncungkan mulutnya sahaja,sah mesti ibunya nak kata dia tak mandi.

"Dahlah,ibu nak kata Haura tak mandilah tu."Haura mencebik.

Pn Maisara hanya tergelak sahaja anaknya ini umur sahaja 23 tetapi perangai mengalahkan kanak kanak 5 tahun.

Melihat ibunya tidak melayannya cepat sahaja mulutnya membebel perlahan.lehernya dipanjangkan mencari kelibat seseorang.

"Ayah mana?"tanya Haura.

"Ayah keluar dengan Tan Sri Irham."

Aku hanya meng"O"kan sahaja tanpa membuang masa aku terus mencedok nasi goreng itu kedalam pinggan.
-
-
-
Faizal iaitu ayah kepada Haura Medina yang setia berada disisi Tan Sri Irham memerhati gerak geri tansri Irham bermain golf.Faizal merupakan bekas pekerja Tan Sri Irham merangkap pekerja kesayangan begitu juga Pn Maisara dan Isteri Tan Sri Irham iaitu Pn Sri Adibah.

"Zal kau ada anak perempuan kan?"Tanya Tan Sri Irham kepada Faizal.

"Ye saya ada anak perempuan Haura Medina nama dia,sekarang dia berumur 23 tahun."Ringkas sahaja Faizal membalas.

"Mesti cantikkan anak kau tu beauty with brain gitu."Puji Tan Sri Irham.

Faizal hanya tersenyum kecil sahaja memang tidak dapat dinafikan anaknya Haura memang digelar beauty with brain.Dia bersyukur pada Allah kerana kurniakan dia seorang anak yang pandai dan cantik.

"Tan Sri pun apa kurangnya anak lelaki tansri mesti hensem seperti Tan Sri."

Namun pujian Faizal hanya dibalas dengan senyuman nipis lelaki tua itu.

"Saya ada salah cakap ke?"tanya Faizal semula.

Tan Sri Irham hanya menggeleng kepalanya tanda tidak.Ye betul dia mempunyai anak lelaki yang segak dan berkerjaya.

"Kalau hensem sahaja attitude tiada tidak guna juga Zal.Aku gagal didik anak aku untuk menjadi lelaki baik."

Balas Tan Sri Irham,Faizal hanya mengangguk faham.

"Jangan salahkan diri Tan Sri insyaallah suatu hari nanti anak Tan Sri akan berubah juga Tan Sri banyakkan berdoa ye."

"Adakah perempuan nak terima lelaki seperti Ayden tu Faizal?"

"Insyaallah ada Tan Sri jodoh semua ditangan tuhan."balas Faizal lembut.

"Kalau aku jadikan anak perempuan kau sebagai menantu aku kau sudi?".

Pertanyaan Tan Sri Irham membuatkan Faizal terdiam seketika tidak mengangguk mahupun menggeleng.Melihat reaksi Faizal membuatkan Tan Sri Irham tersenyum tawar nampak sangat tiada siapa sanggup menerima anaknya sebagai menantu.

"Tidak mengapa Faizal aku faham mesti berat untuk kau lepaskan anak kau untuk bersama dengan anak yang tak berguna seperti anak aku."

Faizal berasa serba salah mendengar jawapan dari Tan Sri Irham itu.Bukan dia tidak setuju cuma dia takut kalau dia tersilap langkah.

"Malam nanti datang rumah ye,aku ada buat makan makan sedikit kau ajaklah anak bini kau tu nanti Zal dah lama aku tak jumpa Maisarah,Adibah pun kerap tanya bila boleh dia berjumpa Maisarah."

Kata Tan Sri Irham,Faizal hanya mengangguk kepalanya tanda setuju betul juga kata Tan Sri Irham isterinya juga sudah lama tidak berjumpa dengan Pn Sri Adibah jadi tak salah rasanya dia menerima pelawaan Tan Sri Irham itu.

"Insyaallah Tan Sri."balas Faizal pendek.

Mereka meneruskan permainan golf yang tergendala tadi.

Etc
Hi btw story ni remake dari my old story memandangkan account lama saya tak boleh dibuka lagi..

And thank you for support story lama saya sampai cecah 122K view saya harap awak semua boleh Support story saya yang ni macam mana awak support yang lama

Love you guys thanks for support ♥️

Suami Dari NerakaTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang