Kata-kata Hazel sangat menyentuh. Namun Chan tak merasa kalau dia layak mendapat segala pujian tersebut. Sebelum dirinya dibawa ke belakang jeriji besi, Chan sempatkan diri untuk memeluk serta mencium Hazel.

"Sekali lagi saya minta maaf sayang."

"Awak ada masa lima bulan sebelum jalani hukuman. Saya janji akan lawat awak setiap masa Chan."

---

"Masuklah." Sudah terlalu lama berada di rumah Irelyn, Minho memilih untuk pulang semula ke rumahnya. Namun tidaklah bersendirian. Dia membawa Irelyn bersama kerana tidak mahu gadis itu bersendirian dirumah. "Awak duduk dulu. Saya pergi buatkan air. Nak air apa?"

"Latte boleh?"

"Kalau ada bahan, mestilah boleh Irelyn." Senyum tipis diciptanya.

Sementara Minho sibuk di dapur, Irelyn menyibukkan diri dengan membaca artikel tentang Chan di media sosial. Begitu banyak artikel yang salah dan tidak benar tentang apa sebenarnya yang terjadi pada Chan. Para wartawan sepertinya tidak menjalankan kerja mereka dengan baik. Irelyn sakit hati melihat betapa banyak komen yang mengutuk serta mencaci kesalahan Chan yang jelas tidak dijelaskan secara terperinci.

"Biadap!" Caci Irelyn.

Ada satu artikel yang menuliskan tajuk SUDAH TERLANJUR ADALAH ALASAN MENGAPA GREY CHRISTOPHER ARTHUR MEMBUNUH HENDERA JONES. Hal itu sangat membuat Irelyn sakit hati, kerana dia tahu bahawa perkara tersebut adalah tidak betul.

"Sudah." Telefonnya diambil oleh Minho. "Tak perlu baca semua berita tu. Sekarang awak kena fokus dekat apa yang Chan cakap, sebelum kita keluar dari mahkamah tadi."

"Oh. Saya hampir lupa tentang tu."

"Jadi macam mana? Apa awak nak buat dengan permintaan dia? Nak tolak?"

"Tak mungkin saya akan tolak, Minho. Apa yang Chan buat pada Hendera, tak akan sesekali saya lupa. Tapi dalam masa yang sama, kebaikan dia pada saya pun tak akan pernah sesekali saya lupa. Lagipun Chan dah dapat hukuman yang setimpal, jadi tak ada sebab untuk saya terus berdendam pada dia. Jadi..... Saya akan kabulkan permintaan dia."

Hati Minho berdegup kencang. Kebaikan gadis itu sekali lagi mengusik jiwanya. Perempuan yang tidak menyimpan dendam terlalu susah untuk ditemui pada zaman sekarang.

"Kalau macam tu, besok kita pergi ambil Hazel. Ye?"

"Kita?"

"Ye Irelyn. Kita. Saya tak akan biarkan awak hadapi semuanya bersendirian. Saya belum ucap terima kasih sepenuhnya lagi atas kebaikan awak untuk bantu selesaikan kes Hendera. Anggaplah apa yang saya buat sekarang, ini semua untuk balasa budi baik awak." Perlahan tangan Minho diraih.

"Awak tahu kan yang saya ikhlas? Saya buat semua ni sebab saya memang sayangkan Hendera. Jadi tolong jangan anggap ini sebagai hal yang awak perlu balas semula. Benda tu buat saya rasa seolah-olah saya tak ikhlas tolong Hendera selama ni."

"Baiklah. Kalau macam tu, awak anggap saja apa yang saya buat ni memang ikhlas nak tolong awak. Nak mudahkan kerja awak. Nak ringankan tugas awak sepanjang awak jaga Hazel nanti."

Irelyn tersenyum lebar. "Kalau itu, saya terima."

Malam melabuhkan tirai. Minho baru saja selesai mandi selepas sos tomato tertumpah ke atas pakaiannya. Ini semua salah dirinya sendiri kerana terlalu leka melihat Irelyn. "Irelyn cantik sangat ke sampai aku ingat sos tomato tu air sirap?"

Di hadapan cermin, dia bertanya. Tawa kecil dilepaskan selepas memori 10 minit lalu terimbas kembali.

Back story of 10 minutes ago.

"Spageti? Wah." Sebaik saja Irelyn melabuhkan punggung, Minho terus mencedok kuah tomaton ke dalam mangkuk yang berisi pasta berjenis spageti. Irelyn kelihatan teruja ingin menyantap makan malam itu.

"Nak banyak ke sikit?"

"Tak banyak tak sikit." Jawapannya membuat Minho terkekeh.

"Tanya lain jawab lain."

Selepas kuah dituang dan sedia disantap, Irelyn mula mencari topik untuk dibualkan. Dan topik yang dia bicarakan pada malam ini agak menarik namun menghairankan.

"Kahwin?"

"Ye, kahwin. Awak pernah terfikir tak umur berapa awak nak kahwin?" Soalan yang dilempar membuat Minho terdiam. Kerana sejujurnya, tidak pernah sekalipun terlintas difikirannya tentang topik perkahwinan.

Namun itu bukanlah bermaksud dia tidak tertarik dengan hal tersebut. Hanya saja, dia masih belum bersedia untuk membuat apa-apa komitmen. Dirinya saja masih kucar-kacir dan kurang terurus. Agak gila jika dia fikir untuk berkahwin. "Tak pernah. Tapi bila awak tanya, saya rasa mungkin dah sampai masa untuk saya fikir."

"Awak dah 25 tahun, sepatutnya awak dah kena fikir tentang kahwin. Saya tak cakap tentang bersanding di atas pelamin, tapi tentang persiapan. Tabung kahwin, kekuatan mental dan fizikal sebelum kahwin, persediaan diri untuk jadi seorang suami, seorang ayah. Macam-macam lagilah." Minho terkekeh.

Garfu di tangan perlahan dilepaskan. "Tak guna saya buat semua persiapan tu tapi sesuatu yang paling penting tak ada."

"Apa dia?"

"Pasangan."

Irelyn perlahan mengukir satu senyuman tipis. "Jodoh tu rahsia tuhan, Minho. Tuhan akan beri pada waktu yang tepat. Kalau awak tak buat persiapan awal, awak rasa diri awak mampu ke jaga jodoh yang tuhan dah tentukan untuk awak tu? Tak mungkin, Minho Caxander Gil."

Minho tidak fokus pada percakapan Irelyn kerana dia sibuk meneliti wajah gadis itu. Minho baru perasan di bawah mata dan juga di sisi kanan bibir Irelyn ada tahi lalat kecil. Dia juga baru perasan ada parut tak kasat mata pada pipi kanan Irelyn. Parut itu tidak terlalu ketara dan mungkin itu adalah parut akibat cakaran kucing.

"Cantiknya."

"Minho?"

"Y-Ye? S-Saya haus." Dengan mata yang masih tertumpu pada Irelyn, tangan Minho tiba-tiba mencapai senduk sos tomato di hadapannya lalu ingin dia bawa ke mulut.

"Minho tu sos tomato!"

"Oh? Eh!" Sos itu akhirnya tertumpah ke atas pakaiannya dan menyebabkan ianya terpercik hingga terkena muka.

"Minho..."

---

Bbokari-

KIND IS A CURSE
221114

- Yeon tak pernah tulis book Changbin -
So i hope this book will get attention <3

- Yeon tak pernah tulis book Changbin -So i hope this book will get attention <3

Deze afbeelding leeft onze inhoudsrichtlijnen niet na. Verwijder de afbeelding of upload een andere om verder te gaan met publiceren.
© KIND IS A CURSEWaar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu