"Kenapa selekoh? Kan jauh? Saya boleh je pandu sampai dalam, nanti senang saya nak patah balik."

Chan endahkan permintaan Hendera dengan terus memandu masuk ke dalam kawasan apartment. Tiba saja di depan lobi apartment tersebut, Hendera tidak terus turun. Dia seluk dahulu dompetnya lalu beberapa keping duit dikeluarkan.

"Nah." Duit dihulur pada Chan. Suami isteri itu menatapnya kehairanan.

"Untuk?" Tanya Hazel.

"Sebab tumpangkan." Alasan Hendera membuat Hazel tertawa.

"Simpan saja duit awak Hendera. Kami bukan tak kenal dengan awak. Kalau tak nak rasa terhutang budi, lepas ni jemputlah kami datang rumah awak. Awak tinggal tingkat berapa?"

"Blok B tingkat dua."

"Baiklah, nanti ada masa kami datang kunjung awak." Tutur Chan. Hendera hanya mengangguk kecil.

Sebaik saja gadis itu turun dari kereta, Chan lekas meninggalkan perkarangan apartment tersebut. Sepanjang perjalanan pulang ke Woodstock, Chan dan Hazel diam tidak berbicara.

Bukanlah kerana bergaduh.

Namun kerana Hazel sudah terlena di bangkunya.

---

Back story of the night Hendera got killed.

"Saya keluar sekejap ye sayang." Dahi Hazel dikucup.

"Jangan balik lewat sangat. Kalau boleh sebelum pagi."

Chan membalas dengan senyuman tipis.

Kasut disarung lekas. Jatungnya berdegup sedikit kencang kerana ragu dengan pilihannya. Adakah apa yang dia rancang akan berjaya. Chan khawatir.

Namun kepalanya hanya memikirkan tentang permintaan Hazel saja. Dia perlu menunaikan apa yang isterinya mahu. Jika Hazel inginkan Irelyn menjadi profiler semula, Chan akan kabulkan permintaan tersebut.

Walaupun jika perlu mengorbankan mana-mana jiwa.

Chan memandu keretanya menuju ke Manhattan, kawasan tempat tinggal Minho, Irelyn dan lain-lain. Chan tidak menuju ke Upper West Side atau Upper East Side, tapi dia terus ke Apartment Milton iaitu tempat tinggal Hendera.

Malam itu, hujan turun agak lebat. Chan meletakkan keretanya jauh dari pintu utama lobi apartment. Selain dari meletakkan keretanya jauh, Chan juga memilih untuk menggunakan lif belakang.

Bagaimana dia tahu tentang lif belakang? Kerana semalam dia sudah mengkaji selok belok bangunan ini dan Chan dapati, lif belakang jauh lebih sunyi dan tersembunyi.

Ketika dirinya berjalan keluar dari lif, Chan terkejut dengan siapa dia terserempak.

Minho Caxander Gil. Lelaki yang tidak pernah dia sangka akan berada di sana, pada jam tiga pagi.

Chan sedaya upaya mengelak dari berlaga bahu dengan lelaki itu. Namun usahanya sia-sia kerana Minho seolah tak melihat dirinya. Lelaki itu hilang seperti lintasan angin.

"Dia mesti dari rumah Hendera. That means she's awake." Saat itu, Chan yakin rancangannya akan sedikit terganggu.

Hadir rasa khawatir ketika kakinya sudah berdiri tepat di hadapan pagar rumah Hendera. Plier khas untuk memotong mangga kunci dikeluarkan dari saku hoodienya. "Eh."

© KIND IS A CURSEWo Geschichten leben. Entdecke jetzt