CHAPTER 1.

320 118 36
                                    

Cinta bukanlah untuk menjadi satu kebanggaan kepada manusia. Tetapi cinta akan menjadi pelangi yang indah walaupun di hari yang kelam. Hidup ini tidak perlu berharap pada manusia kerana pengakhirannya akan mengkhianati kita yang seakan menagih cinta dari orang yang buta.

"Jantan tak guna!" seorang gadis membaling telefon bimbitnya kedinding. Marah dan sedihnya tidak dapat diungkap dengan kata-kata. Sungguh dia berasa kesal dengan sikap teman lelakinya. Mata gadis ini menatap penuh rasa benci pada gambar teman lelakinya yang diletakkan di atas meja.

Gambar yang diletakkan di dalam frame itu diambil. Dia mengusap lembut gambar teman lelakinya.

"Arghhh!" gambar itu dicampakkan ke lantai. Kaca frame itu pecah.

"Helena," laung Puan Nur Qurratu'ain dari dapur. Budak ni kalau tak dipanggil makan memang tak makan gamaknya. Puan Nur Qurratu'ain menggelengkan kepalanya mengenangkan perangai anak daranya yang satu itu. Helena Shakeela. Nama dah sedap tapi perangai na'uzubillah. Puan Nur Qurratu'ain tergelak kecil.

"Amboi awaknya, tergelak sakan nampak. Fikir nak cari suami baru ke? " sergah suaminya dari belakang. Sengih-sengih ni kalau tak fikir nak cari suami baru mesti fikir nak carikan anak kesayangan dia tu suami. Teringin nak timang cucu katanya.

"Wahai suamiku Encik Muzaffar Kamal bin Mohammed kalau saya terfikir nak cari suami baru...dah lamaaa saya cari lepastu kahwin cepat-cepat biar awak jadi duda tua!" sembur Puan Nur Qurratu'ain sinis. Suaminya hanya menggelengkan kepalanya seraya tersenyum. Aku nak bergurau pun tak boleh. Sensitif betul bini aku ni. Baru mengusik sikit dah disemburnya kita ni. Nasib la aku ni penyabar.

"Awak ni pun tersengih sengih nak cari isteri baru jugak ke?" tanya isterinya pula.

"Haah, biar awak jadi janda." selamba sahaja suaminya membalas. Puan Nur Qurratu'ain menjeling suaminya tajam. Siapa je nak dekat orang tua? Huh.

"Ish sudah lah. Anak awak ni mana?" tanya isterinya menukar topik.

"Anak saya anak awak jugak." gumam suaminya perlahan. Tapi cukup kuat di pendengaran isterinya. Malas melayan suaminya itu, baik dia naik ke atas memanggil Helena. Baru selangkah isterinya berjalan suaminya sudah tergelak sakan. Dah kenapa suami aku ni?

"Awak ni dah kenapa?" tanya Puan Nur Qurratu'ain.

"Tak ada apalah." balas Encik Muzaffar dengan sisa tawanya.

"Buang masa saya ajelah layan awak!" terus sahaja dia meneruskan langkahnya untuk memanggil Helena yang tergendala dek kerana suaminya tadi.

"Hish orang tengah serius dia boleh pulak tergelak sakan macam tu. Hempuk karang jadi isteri derhaka pulak." bebel isterinya seorang diri yang hanya dapat didengarinya sahaja. Dedaun pintu bilik Helena dikuak. Melopong mulut Puan Nur Qurratu'ain apabila kornea matanya dihiasi dengan kaca yang pecah bertaburan dan gambar seorang lelaki yang dikoyak dua. Gambar siapa ni? Desis Puan Nur Qurratu'ain sendiri.

Helena yang tenggelam dalam dunia sendiri itu langsung tidak menyedari kehadiran ibunya.

"Helena, gambar siapa ni?" tanya ibunya seraya menunjukkan gambar seorang lelaki yang dikoyak dua itu. Helena kaku. Mulutnya bagai dikunci rapat. Mati kata hendak bersuara. Hanya sisa esakkan sahaja. Bukannya dia tidak tahu yang ibu melarangnya bercinta sebelum kahwin. Jadi dia bercinta secara rahsia sahaja. Bila ibunya bertanya mahu kemana, dijawab mahu berjumpa dengan kawan. Itu hanyalah dusta semata. Dia pergi berjumpa dengan teman lelakinya. Sekarang baru dia sedar, bercinta tanpa restu ibu bapa tidak akan menjamin kebahagian. Sesal? Ya dia sesal dengan perbuatan jijik yang dia lakukan. Masa tidak boleh diubah. Kalau masa itu boleh diubah sudah lama dia akan mematuhi larangan ibu bapanya.

MENAGIH CINTA [ OG ]Where stories live. Discover now