"Minho, saya nak tanya sesuatu boleh?"

"Silakan. Tak perlu minta izin."

"Macam mana pertemuan pertama awak dengan Chan?" Tawa kecil dilepaskan sebelum menjawab.

"Semuanya berlaku secara tiba-tiba. Lima tahun lepas, dekat Woodstock, saya kena pick pocket. Kebetulan saya sedar masa poket kena seluk, jadi saya dengan pelaku tu bergaduh. Dia keluarkan pisau lipat dan jadikan Hendera tebusan, tapi niat nak menggertak sajalah agaknya. Tiba-tiba Chan datang macam hero dalam Avengers. Macam itulah ceritanya."

"Nasib baik tak jadi apa-apa dekat Hendera. Patutlah Hazel kata awak pun ada berhutang nyawa dengan Chan."

Minho terkekeh hingga tak sengaja menjatuhkan lobak yang sedang dipotong.

Dia membongkok untuk mengambil.

"Oh?" Mulutnya berbentuk nombor kosong apabila ternampak sebentuk kamera kecil di bawah island table Irelyn.

"Kenapa?"

"Saya yang patut tanya awak kenapa. Apa alsan awak letak kamera pengintip dekat bawah meja ni Irelyn? Nak tengok ibu jari kaki saya ke?" Lelaki itu terkekeh selepas menyelesaikan kalimatnya.

"Kamera?" Reaksi yang diberi seolah tak faham dengan pertanyaan Minho.

"Ye, kamera. Ada kamera kecil dekat bawah meja ni." Segera gadis itu menuju ke arah Minho. Sebaik saja dia membongkok, terlihat jelas sememangnya ada kamera kecil di situ.

"Ini bukan saya yang letak."

Pisau di tangan dilepaskan lalu kamera tadi segera dicabut. Minho dan Irelyn bersama meneka dari mana agaknya kamera ini datang. Secara, di rumah Irelyn memang tidak pernah ada apa-apa kamera kecuali CCTV kecil di luar pintu rumahnya.

"Okay saya dah matikan."

"Matikan?"

"Irelyn, ini kamera pengintip. Maksudnya ada orang yang intip awak selama ni, dan ini bukan kamera biasa. Ini kamera 360, Irelyn. Dia mampu intip awak sampai ke ruang tamu." Tutur Minho.

"Maksudnya dia nampaklah apa yang saya buat selama ni?"

"Mungkin. Tapi itu tak penting. Persoalannya, siapa yang letak benda ni dekat rumah awak? Dan kenapa?" Firasat Minho tidak enak.

Kamera itu disimpan di dalam laci kabinet. Ikutkan hati, Minho ingin pecah dan hancurkan kamera tersebut. Namun Irelyn ingin tahu siapakah pemilik kamera itu.

Jadi sebaiknya disimpan dahulu.

Mereka berdua kembali meneruskan aktiviti mereka yang seketika tertunda. Selepas selesai memotong, merebus dan memasak, Irelyn dan Minho menghidang makanan mereka ke atas meja.

"Banyaknya kita masak."

"Tak apa, Minho. Nanti saya bungkus sikit untuk bagi dekat jiran sebelah. Dia lelaki bujang. Setiap kali saya bagi dia makanan, dia mesti bagi saya buah."

Tidak rugi Minho pernah menyimpan rasa suka pada Irelyn. Lihatlah kemanisan yang ada dalam diri gadis itu. Tidak semua perempuan mampu menjadi sebaik dan semanis Irelyn.

© KIND IS A CURSEWhere stories live. Discover now