---

"Jadi? Jenis hukuman mati apa yang Hyunjin akan kena?" Mug berisi susu coklat dihulurkan pada sang suami. Hazel melabuhkan punggung untuk mendengar semua cerita yang akan si suami bebelkan sebentar lagi.

"Tak akan. Dia bukan pembunuh yang kami cari. Alasan dia berbohong adalah...."

"Adalah?" Lidah terasa dikunci. Tidak mampu untuk melukai hati isterinya untuk kali ke sejuta. Minuman yang dibancuh lekas dihirup sebelum bibirnya hinggap pada dahi Hazel.

"Tak ada apa. Mari masuk tidur. Empat hari mencari pembunuh Hendera buat pinggang saya rasa nak patah."

"Eleh, cakap sajalah nak saya urutkan."

"Oh? Boleh juga tu. Halal kan?"

Di rumah Irelyn, dia sedang menunggu seseorang datang. Beberapa saat kemudian loceng pintu berbunyi. Kakinya terkedek-kedek berlari ke arah pintu, dan apabila pintu dibuka, terpampang wajah Minho. "Irelyn."

Pelukan erat diberi pada gadis itu. Minho tahu tentang apa yang berlaku, dan dia yakin betapa sedihnya Irelyn ketika ini.

"Saya minta maaf, Minho." Bisik Irelyn. Ubun-ubun gadis itu dicium lama oleh Minho. Sambil itu, bahu Irelyn diusap untuk menenangkan gadis itu.

"Jangan minta maaf, Irelyn. Tak ada bukti yang mengatakan Hyunjin lah pembunuhnya. Lagipun, rakaman CCTV tu tak jelas Irelyn. Tak ada muka Hyunjin dalam rakaman tu. Hoodie pula, bukan dia seorang yang ada jenis macam tu. Saya pun ada hoodie macam tu, Irelyn."

"A-Awak pun ada?" Minho mengangguk.

"Dan sekarang mesti awak fikir saya suspeknya. Kan?" Kepalanya menunduk ke bawah.

"Saya sedih dengan kematian Hendera. Siapa yang sanggup bunuh dia, Minho? Dan kenapa?" Tubuh Irelyn didakap erat.

"Jangan sedih. Jangan putus asa. Kalau awak penat, biar saya yang ambil alih. Saya akan cari siapa yang buat semua ni."

Bulan sedang menyinari gelapnya malam. Irelyn kini sedang tertidur lena di biliknya, sedangkan Minho, dia sedang berada di balkoni sambil menatap terangnya cahaya bulan.

Suasana yang senyap membuat fikirannya tenang. Namun tenang itu hanya sebentar selepas wajah Hendera tiba-tiba muncul. Senyuman yang terukir pada wajah gadis itu membuat Minho perlahan-lahan memejamkan matanya.

Tawa Hendera juga terdengar di gegendang telinganya. Suara ketika sedang berbicara pun turut Minho dengari. "Maafkan aku, Hendera." Gumamnya.

---

Di pejabat polis, Hyunjin sudah bersedia untuk disoal jawab. Irelyn dan Chan kini sedang berada di hadapannya. "Kau hanya perlu jujur, Hyunjin. Itu saja yang aku minta. Cuba jangan rumitkan keadaan. Aku seboleh-bolehnya nak cuba untuk tolong kau."

"Kau suruh aku cuba. Jadi aku cuba."

Sesi soal jawab berlaku. Segala yang ditanya, dijawab jujur oleh Hyunjin. Tiada satu jawapan pun yang dicurigai oleh Irelyn. Dia percaya kalau lelaki di hadapannya ini sememangnya berkata benar. Selesai sahaja sesi soal jawab, Irelyn dan Chan keluar sebentar.

"Hyunjin tak bohong. Apa yang dia cakap, semuanya betul. Dan itu terbukti kalau dia bukan pelakunya. Kita tersilap orang lagi, Chan."

"Irelyn, besok kita kena buat majlis pengebumian Hendera. Dah lima hari kita simpan mayat dia. Sebaiknya kita selesaikan dulu pengebumian dia."

"Kalau awak rasa itu yang terbaik, saya ikut je, Chan."

Keesokan harinya, majlis pengebumian Hendera berjalan dengan baik. Selepas semua tetamu pulang, Minho dan yang lain masih lagi menunggu untuk memberi ucapan terakhir.

"Dia mungkin tak sebaik yang kau semua fikir. Tapi sejujurnya, Hendera hanya kurang kasih sayang. Sebab itulah dia tamakkan perhatian orang sekeliling. Kalau dia ada salah dengan sesiapa di antara kita, aku minta maaf bagi pihak dia."

"Aku memang kurang suka dengan dia. Tapi bukan lampu hijau untuk aku gembira atas kematian dia. Irelyn beritahu, sayang seseorang jangan melampau. Sama juga dengan benci." Senyuman tipis diukir oleh Irelyn.

"Aku kenal kau macam mana. Kau bukan tak suka Hendera. Kau cuma belum boleh terima dia." Celah Irelyn. "Minho, saya janji yang Hendera akan dapatkan justice. Selagi saya hidup, kes Hendera tak akan pernah ditutup."

"Walaupun kami pernah bertemu dua kali saja dengan Hendera, kami tetap rasa kehilangan dia." Isteri kepada Leftenan Arthur mencelah.

"Awak berdua pernah jumpa Hendera?"

"Pernah, Irelyn. Lima tahun lepas, masa Chan selamatkan Minho dari diragut dekat Woodstock. Kebetulan ada Hendera juga masa tu." Jelas Hazel.

"Hari dah mendung. Cuaca pun sejuk. Marilah balik." Ajak Chan. Lekas mereka semua mengemas barang yang dibawa.

Dalam perjalanan ke kereta masing-masing, Minho menahan lengan Hyunjin. Mereka berjalan sedikit jauh dari yang lain. Ada sebab mengapa Minho berbuat seperti itu.

"Kau ada benda nak beritahu ke?" Tanya Hyunjin.

"Kau rasa, siapa pembunuh Hendera?" Soalan tak terduga ditanyakan pada Hyunjin. Lelaki bertubuh lampai itu melihat sekilas ke arah Minho sebelum menjungkitkan bahunya.

"Tak logik untuk kau tanya soalan tu pada aku. Kau tahu aku dengan Hendera tak serapat macam kau dan Irelyn kan? Jumpa dengan dia pun cuma beberapa kali. Mustahil aku ada idea untuk tahu siapa yang bunuh. Ya, walaupun sebelum ni aku memang ada teori sendiri. Tapi lepas bergaduh dengan Irelyn, aku dah tak nak masuk campur lagi."

Bahu Hyunjin ditahan. "Apa teori kau?"

"Kau. Aku rasa kau yang bunuh Hendera."

"H-Ha?" Riak wajah Minho bertukar selepas mendengar kalimat Hyunjin. Dia tak menyangka kalau dirinya akan menjadi sasaran sebagai orang yang ingin dituduh. Lama dia menatap bola mata Hyunjin. "Kenapa aku?"

"Teori aku ringkas. Kau tak mahu tanggungjawab dengan anak yang ada dalam kandungan Hendera." Selesai memberi jawapan, Hyunjin berjalan pergi mendekati yang lain.

Namun Minho lekas berlari lalu menahan Hyunjin untuk kesekian kalinya.

"Aku harap, kau boleh buang sikap prasangka kau pada aku. Aku memang bukan orang baik. Tapi aku tak sejahat yang kau fikir. Macam kau cakap, sayang jangan keterlaluan. Benci pula jangan berlebihan."

---

Bbokari-

KIND IS A CURSE
221025

- Harini update sebab birthday minho! -
Happy birthday our best boyyyyy!

© KIND IS A CURSEWhere stories live. Discover now