"Baiklah. Okay, pada tarikh 23 Mei pukul 12 malam, awak dekat mana?" Soalan pertama dilemparkan.

"23 Mei? Hari isnin kan? Aku pergi rumah Hendera untuk bagi dia vitamin. Sebab dia beritahu yang dia tengah mengandung." Lancar dan jelas jawapannya.

"Okay. Pukul berapa awak balik dari rumah Hendera?"

"Lepas lima minit aku dekat sana, aku terus balik. Hendera halau aku, sebab dia kata nanti ada orang nak datang." Soalan ketiga tidak tertanya selepas mendengar jawapan Qal.

"Dia ada beritahu siapa nak datang?"

"Tak. Lepas dia halau, aku terus balik. Aku tak nak bagi dia stress. Takut mudaratkan kandungan dia." Mendengar jawapan Qal membuat Irelyn tertanya, adakah ini semua benar? Kalau Qal benar-benar sayangkan Irelyn, mengapa dia sakitkan gadis itu? Mengapa dia pukul gadis itu?

"Qal. Maaf, ini mungkin terlalu peribadi. Tapi saya nak tahu. Awak betul-betul sayangkan Hendera ke? Kalau betul, kenapa awak pukul dia? Kenapa awak sakitkan dia?"

"Aku ada sifat panas baran yang tinggi. Jujur, aku memang selalu pukul dia. Tapi semua tu sebabkan kawan baik dia, Minho. Minho selalu sibuk masuk campur setiap kali aku dengan Hendera salah faham. Kadang kala, Hendera lebih percaya Minho daripada aku sendiri. Sebab hal macam itulah, aku hilang kawalan danㅡ"

"Naik tangan? Macam tu?" Qal mengiyakan. "Lepas awak tahu Hendera mengandung anak Minho, awak masih pukul dia ke?"

"Tak. Sebab aku dah janji, kalau Minho tak nak tanggungjawab, aku sanggup jadi ayah bayi tu. Tapi Hendera tak nak. Dia berkeras mahukan Minho. Sejak dari itulah, aku cuba berubah untuk jadi lebih sabar. Tapi siapa sangka usaha aku rupanya sia-sia." Sayu suaranya pada kalimat terakhir. Irelyn menghela perlahan nafasnya.

"Okay. Adakah betul awak balik, selepas berjumpa dengan Hendera?"

"Ye."

"Jangan bohong, Qal. Dalam CCTV tak ada bukti yang menunjukkan awak keluar dari apartment tu. Hingga pukul empat pagi, awak masih belum keluar. Yang ada hanyalah penduduk yang masuk." Kerutan mula tercipta. Qal diam sejenak seperti sedang berfikir.

"CCTV? Oh. Mungkin sebab aku ikut lif belakang. Aku selalu guna lif belakang, sebab dekat dengan laluan nak balik ke rumah."

"Lif belakang?"

---

"Awak tak minta CCTV untuk lif bahagian ini ke?" Soal Chan.

"Tak. Sebab awak yang sampai dulu. Jadi sepatutnya saya yang tanyakan soalan tu." Garu kepala, lelaki berumur 41 tahun itu. Nak kenakan Irelyn, akhir-akhir dia sendiri yang terkena.

"Maaf. Saya cuai. Tak apa, biar saya pergi jumpa pengawal semalam." Sementara menunggu Chan selesaikan tugasnya, Irelyn dan King menunggu di luar rumah Hendera. Kerana tiada apa yang boleh dibualkan, Irelyn memilih untuk masuk ke dalam. Entah mengapa, dia begitu rindu dengan gadis itu.

"Irelyn? Pergi mana?"

"Pergi kelab malam. Nak ikut?" Sempat dia berloyar buruk dengan King. Lelaki itu hanya menjeling.

Di dalam rumah, Irelyn masuk ke dalam bilik Hendera. Rak yang menyimpan pelbagai barang hiasan gadis itu, diperhatikan lama. Ada satu kotak yang menarik perhatian Irelyn. Tangannya perlahan mencapai kotak tersebut. Penutup dibuka dengan berhati-hati. "Oh?"

© KIND IS A CURSEWhere stories live. Discover now