"Tak ada sebab untuk aku bunuh dia lah sial! Seteruk-teruk aku, aku tak akan bunuh orang! Aku bukan pembunuh!" Qal menghamburkan kata-kata yang menunjukkan kalau dirinya tidak bersalah. Irelyn tetap tenang walaupun Qal sedang bertindak agresif.

"Encikㅡ"

"He's not the killer." Irelyn memotong. Chan menoleh dengan kerutan penuh keliru.

"How do you know?" Mereka berdua sepakat untuk keluar dari ruangan itu dan membiarkan Qal tenang dahulu.

"I'm a profiler, Chan. Saya tak kata tekaan saya sepenuhnya tepat. Tapi saya pun tak boleh nak nafikan yang Qal terlalu mustahil untuk dituduh sebagai pembunuh."

"Jadi awak nak kata yang rakaman CCTV tu menipu kita lah? Macam tu?"

"Chan! Semalam Qal datang rumah saya dalam keadaan yang menyedihkan awak tahu tak? Rupa dia tak ada beza dengan manusia yang tengah hilang arah, Chan. Dan apa yang saya nampak tadi ni, bukanlah ciri-ciri seorang pembunuh. Tapi ciri-ciri lelaki yang terseksa lepas tahu bekas kekasih dia mati dibunuh." Si Leftenan meraup wajahnya lalu melabuhkan punggung di bangku.

"Jadi siapa, Irelyn? Siapa lagi yang layak dituduh?"

"Baru hari ke dua, Chan. Tolong jangan putus asa. Anggap kita buat semua ni demi Hendera. We need justice for her."

"Tapi kita tak boleh lepaskan Qal. Kita kena tahan dia untuk bantu siasatan kita. Alang-alang dia pun dah tahu tentang kes ni, sayang kalau kita tak gunakan khidmat dia sebagai bekas teman lelaki Hendera."

"Okay. Asalkan awak janji untuk tak jatuhkan apa-apa hukuman ke atas dia."

"Janji. Tapi janji tu terbatal kalau betul dialah pembunuh yang kita cari."

Hari sudah beransur malam. Irelyn pulang ke rumahnya selepas Qal dimasukkan ke dalam ruang tahanan. Memberi lelaki itu peluang pulang ke rumah adalah idea yang tidak bernas menurut Chan. Khawatir kalau-kalau Qal akan melarikan diri.

Di rumah Irelyn, gadis itu tidak dapat membuka pintu rumahnya walau sudah berkali-kali memasukkan kata laluan pada automatik door lock nya. Kali yang ke lima  Irelyn sudah mula kesal. Pintu ditendang serta dihentak menggunakan tangan dan kakinya. "Siapa yang tukar password!"

click

"Irelyn....."

"Hyunjin." Tatapan bertembung. Hyunjin dapat melihat betapa lesunya wajah gadis itu. Inilah wajah yang cukup dia benci. Dulu, dia pernah bersumpah jika wajah itu tidak akan pernah muncul lagi. Namun lihatlah apa yang jadi sekarang?

"Aku yang tukar. Aku letak tarikh lahir aku, 0320 supaya senang untuk kau tulis. Nombornya dekat-dekat." Jelas Hyunjin.

"Thanks." Ucap Irelyn sembari masuk ke dalam rumah.

"Irelyn. Aku ada sesuatu nak cakap."

"Aku penat. Besok boleh?" Tanpa menoleh, Irelyn menjawab. Keluhan berat terdengar dari mulut gadis itu.

Hyunjin sedikit terasa. Sudah lama dia tak mendapat respon sebegitu dari Irelyn. Selalunya, seletih apapun Irelyn, gadis itu pasti akan duduk dan mendengar semua keluh kesal Hyunjin. Namun malam ini semuanya berubah. Rapat Hyunjin memejam matanya, cara untuk mengelakkan diri dari menghamburkan kata-kata yang mungkin akan lukakan hati Irelyn. "Okay. Aku balik dulu."

© KIND IS A CURSEWhere stories live. Discover now