وَخَلَقۡنَٰكُمۡ أَزۡوَٰجٗا
"and we created you in pairs."
[ 78:8 ]
-----
"Assalamualaikum", sapa sebuah suara serak yang tenang hati didengar. Pintu kamar Al-Fateh dibuka secara perlahan oleh tuan empunya suara sebentar tadi.
Tidak ada yang menyahut salam yang dilontar. Mana tidaknya, penghuni kamar gelap gulita tersebut semuanya masih lena dibuai mimpi belaka. Pemuda yang baru sahaja selesai mengambil wudhuk tadi kembali ke ranjangnya. Dia tertawa kecil melihat karya seni berupa peta sebuah benua terukir di bantal sahabat ranjang atasnya.
"Khai, bangun weh, tahajjud jom", kejut Al-Erzhan Uqasyah. Dia amatlah mementingkan tuntutan dan ajaran ugama dalam kehidupan.
"Alahh, kejaplah Syah. Bagi aku lima minit", balas sahabatnya, Khairul Fahmi dalam keadaan mamai lalu melanjutkan tidurnya. Khairul sememangnya tidak bisa melawan pelawaan Erzhan kerana dia sedar akan niat sahabatnya itu.
"Assolaatu khairum minannaum, Khai. Sudah, tidurlah dulu, lima minit lagi aku kejut kau", balas Erzhan pasrah. Tidak ada balasan dari Khairul lagi. Nyatalah, sudah nyenyak beliau ke lain alam.
3.41 pagi. Sudah lima minit berlalu. Erzhan yang duduk termenung seraya bangkit dari ranjang. Dia menatap wajah Khairul.
'Aku tahajjud seorang je lah.'
-
Erzhan mengenakan sandalnya lalu meluru keluar dari aspura ke surau sekolah. Sesampainya dia di destinasi, dia melihat ruangan solat puteri terang bercahaya dari luar. Berarti, dia bukanlah sendiri.
Dia melangkahkan kaki kanannya masuk ke dalam surau. Salam diberi dalam hati. Beberapa suis lampu dan kipas dihidupkan olehnya.
"Aduh..!", jerit sebuah suara lunak perlahan namun cukup untuk disedari Erzhan. Pemuda itu menoleh ke arah langsir penghadang. Dia berjalan mendekati arah suara tersebut berasal.
"Assalamualaikum, are you okay?", soal Erzhan memberanikan diri. Tiada jawapan.
Erzhan musykil dengan apa yang terjadi. Tangannya menyelak sedikit langsir tersebut. Alangkah terkejutnya dia apabila melihat sosok seorang gadis berjubah hitam dan bertudung labuh memegang erat jarinya yang tercedera.
Gadis itu menyedari keberadaan Erzhan seraya melitup jarinya. Kelihatan sekali, dia tidak begitu selesa.
Erzhan terdiam menenung wajah gadis itu. Nyatalah, dia sudah dilamun perasaan janggal yang tidak pernah dialaminya. Bagaikan dipukau, dia tidak sedar bahawa perilakunya menyebabkan gadis itu tidak selesa.
'Astaghfirullah, apa kau buat ni Erzhan!', sentaknya dalam hati.
Dia lantas menepis tangannya yang tadi menyelak langsir lalu memaling badan. Perasaan serba salah melanda dalam lubuk hatinya. Sungguh, belum pernah pemuda itu menenung ajnabinya sebegitu.
Erzhan terkenangkan jari yang tercedera tadi. Dia menuju ke peti pertolongan cemas lalu mengambil minyak gamat dan plaster.
"Ukhti, ambil minyak dan plaster ni", ujarnya. Dihulurkan peralatan tadi melalui ruang bawah langsir seraya bersedia untuk mengerjakan tahajjud.
YOU ARE READING
cahaya ; [ نور ]
Romance'القمر جميل أليس كذلك؟' [ the moon is beautiful , isn't it ? ] "Raudhatul Zahra, taman terindah terhiasi cahaya rembulan nan terang memukau tatkala malam menjelma, menjadi insan penjerat hati dinginku. Ana Uhibbuki Fillah." -Al-Erzhan Uqashah i hope...
![cahaya ; [ نور ]](https://img.wattpad.com/cover/322520847-64-k834624.jpg)