"Cemburu sebagai kawan. Macam awak cakap, Hendera ada hak cemburu sebagai kawan. Maksudnya saya pun samalah kan?" Jelas Minho. Irelyn perlahan menoleh sebelum mengangguk perlahan.

"Boleh, Minho." Irelyn menjawab penuh tenang. "Tapi tak ada apa yang awak nak cemburukan sekarang. Saya tak pernah bandingkan kawan-kawan saya. Adil dan saksama saja semua." Kata-kata Irelyn langsung membuat Minho mengukir senyuman tipis. Matangnya fikiran garis itu kadang kala membuat Minho malu.

"Baik, Irelyn."

"Makanlah. Saya nak pergi kemas katil Hyunjin tu. Kejap lagi dia datang."

Sebaik saja Irelyn meninggalkan meja, Minho menyantap lekas sarapan yang sudah disediakan oleh Irelyn. Sambil mengunyah setiap butir nasi di dalam mulut, Minho masih tidak berhenti tersenyum. Tak sangka dia baru saja bermalam di rumah gadis yang pernah membuatnya hampir separuh gila, namun gadis itu juga yang bantu memujuknya.

tok tok tok

"Irelyn! Nak saya buka ke?"

"Boleh juga. Tu mesti Hyunjin." Minho tinggalkan makanannya dan terus berlari ke pintu. Tanpa memeriksa wajah di skrin LED dahulu, Minho terus memutar tombol lalu membuka lebar daun pintu. Dua figura manusia yang sangat dia kenal sedang berdiri tegak di hadapan muka pintu.

"Minho?"

"Chan." Dua lelaki dengan ketinggian yang sama kini sedang bertatapan. Hazel yang berada di sebelah ikut sama terkejut melihat jejaka yang sangat dia kenal. Lebih dari apa yang orang lain boleh sangka.

"Minhoㅡ Eh! Hazel! Chan!" Berbeza dengan Minho, Irelyn malah teruja hingga membuat kakinya dengan sendiri berlari untuk memeluk Hazel. Minho dan Chan yang sejak tadi kelu lidah kini perlahan-lahan mencair apabila Chan tiba-tiba mendorong tangannya.

"It's been five years, man." Gumam Chan. Tanpa berfikir panjang, Minho menepis salaman itu dan memilih untuk terus memeluk Chan. Di dalam pelukan, terselit rasa rindu dan kesal. Rindu kerana telah begitu lama tidak berjumpa. Kesal kerana alasan retaknya pertemanan mereka adalah kerana hal yang sangat bodoh.

"Kejap. Awak kenal Chan?"

"Kita masuk dulu. Nanti saya cerita."

---

"Betul ke kita nak sarapan dengan rumah kawan kau? Dia tak kisah?"

"Dia tak kisah. Aku kisah. Sebenarnya dia yang minta aku bawa kau berdua sarapan dekat sana. Jadi tak perlulah nak acah-acah segan sangat, Hans. Macam aku tak kenal perangai sebenar kau." Dekah temannya mendengar ucapan Hyunjin. Jejaka bernama Hans Étienne Peter atau nama singkatnya, Hans, terus menyandang begnya lalu membuntuti Hyunjin keluar dari rumah.

Di luar, sudah ada seseorang yang sedang menunggu mereka berdua di dalam kereta. Sambil menunggu, terlihat di antara jari telunjuk dan jari hantunya terselit sebatang rokok yang masih belum dibakar. Hans yang ternampak akan rokok itu terus terbahak hingga lututnya tak sengaja mencium lantai. "Oi! Apahal kau? Sawan?"

Hyunjin kemudian mengalihkan pandangan ke arah rakannya yang ada di dalam kereta. Dia cuba faham apakah hal yang membuat Hans tertawa hingga hampir hilang nyawa. Setelah melihat rokok yang ada pada tangan rakannya itu, Hyunjin menghela nafasnya penuh sabar.

© KIND IS A CURSEWhere stories live. Discover now