"Jangan buka dulu! Tunggu saya buka jaket." Terkekeh Irelyn mendengar.

"Okey bos!"

Selepas jaket ditanggalkan, Irelyn ambil dari tangannya untuk digantung pada almari yang tersedia khas buat para tetamu. Melihat semua tetamu sudah mula melayan diri, termasuklah Hendera. Minho dan Irelyn memilih untuk luang masa berdua di ruang tamu. Lagi pula ruang makan agak padat dengan tetamu, kebetulan Minho sedikit rimas dengan suasana yang sesak.

"Can I open the one from you?" Tanya Irelyn sembari memegang beg hadiah yang diberi oleh Minho tadi. Lelaki itu mengangguk kecil walaupun kepalanya ingin sekali menggeleng.

"Tapi kalau tak suka, kena cuba suka juga. Boleh?"

"Awak suruh cuba. Okey saya cuba." Beg kertas dibuka dan ada sebuah kotak yang sudah dibaluti oleh kertas hadiah. Dengan sopan dan gementar, Irelyn cabut satu persatu pelekat yang ada kerana enggan merosakkan kertas hadiah tersebut. Selepas kertas sudah dicabut, sebuah kotak berwarna putih terlihat. "Minho ni bukan prank kan?"

"Kenapa? Awak ada sakit jantung ke?" Lagi-lagi dia berjenaka. Irelyn terkekeh lalu perlahan-lahan membuka kotak hadiah tersebut.

"Minho..." Irelyn mencebik bibir terharu selepas melihat hadiah yang Minho beri padanya. Sebuah plush cushion berbentuk arnab menjadi hadiah dari Minho untuk Irelyn.

 Sebuah plush cushion berbentuk arnab menjadi hadiah dari Minho untuk Irelyn

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Tu nama dia Leebit. Saya jahit sendiri." Dengan bangga Minho menjogetkan kedua keningnya.

"No you're not."

"Betul! Ni bukti." Minho menunjuk luka pada jarinya telunjuknya. Jika dilihat dengan teliti, memang kesan luka itu akibat dari tercucuk jarum jahitan.

"Minho... Baiknya awak ni. Malam ni saya tidur dengan dia. Okay? Kita tidur sama-sama ye?" Irelyn berbicara dengan Leebit seolah-olah patung itu bernyawa. Minho yang memerhatikan hal itu perlahan tertawa.

"Kalau awak tidur dengan dia, nanti saya masuk mimpi awak."

"Masuklah. Tapi jangan lupa bagi salam. Nanti Leebit makan awak!"

---

Majlis parti hari lahir Irelyn tamat tepat pada jam 12. Dikala semua tetamu sudah pulang, tinggal lah Minho, Hendera dan Hyunjin yang terlihat sedang membantu Irelyn mengemas semua sampah-sampah yang ditinggalkan oleh tetamu lain.

Namun kelihatan hanya tiga orang saja yang terbongkok-bongkok mengemas. Hendera hanya duduk di sofa sambil bermain dengan telefonnya. Minho sudah beberapa kali menegur untuk turut sama membantu, namun gadis itu enggan kerana merasa kalau niatnya hadir ke sini hanya untuk berparti. Bukan jadi orang gaji tanpa gaji.

"Minho, Hendera, awak berdua baliklah dulu. Yang sampah lain-lain ni biar saya dengan Hyunjin yang kemas. Lagi pula Hyunjin tidur sini malam ni. Hari dah lewat sangat ni, kesian pula dekat awak berdua." Irelyn merasa bersalah membiarkan Minho membantunya mengemas. Sudahlah dia yang mengajak lelaki itu datang, sekarang lelaki itu pula yang bersusah payah mengemas.

"Dah nak siap dah pun kan? Kalau kita kutip semua sampah, nanti boleh saya tolong buangkan sekali. Tak adalah awak atau Hyunjin susah payah nak turun ke bawah lagi." Niat Minho yang kelihatan sangat ikhlas ingin membantu membuat Irelyn kelu sebentar.

"Kau buangkan sampah ni sajalah. Yang lain biar aku buangkan. Lagipun kawan kau tu macam dah bosan sangat." Dengan nada memerli, Hyunjin berkata sambil matanya tajam memerhatikan Hendera yang dari tadi tidak berhenti mengeluh kebosanan.

"Kalau macam tu, okaylah." Minho lepaskan penyapu dari tangannya dengan perlahan. Dia dan Irelyn menatap satu sama lain sebelum keduanya saling bertukar senyuman, "Jumpa besok, Irelyn."

"Hati-hati di jalan, Minho."

Sebaik saja Minho dan Hendera beredar, Hyunjin mula tunjukkan protesnya tentang perangai Hendera terhadap Irelyn. Hal itu langsung membuat Irelyn tertawa, kerana Hyunjin terus membanting penyapu pada tangan sebelum melompat naik ke atas patung beruang yang tersandar di sudut ruang tamu. "Aku jijik betul dengan muka perempuan tu tadi. Ikutkan hati, nak je aku tonyoh penyapu ni dalam mulut dia. Tak habis-habis bising dengan ayat bosan dia macam si bodoh."

"Amboi, marah betul? Jangan benci sangat, risau nanti berjodoh pula

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Amboi, marah betul? Jangan benci sangat, risau nanti berjodoh pula."

"Jodoh!? Dengan dia? Jobodoh kau lah."

---

Bbokari-

KIND IS A CURSE
220919

- Goodnight <3 -

- Goodnight <3 -

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
© KIND IS A CURSEWhere stories live. Discover now