Bab 5 - penyingkiran 1

Start from the beginning
                                    

"Well,ada betul nya jugak tu." Rose berfikiran sambil memandang ke arah Zariq.

"Masuk lah. Beritahu Kairi." Setelah berkata begitu,mereka terus pergi.

"Alright. Jom masuk." Mereka pun masuk ke dalam dan ketika itu,mereka terserempak dengan Kairi.

"Ah,abang Kairi. Abang Zariq beritahu yang abang boleh pergi MATA sementara kitorang jaga Ali."

Tanpa menjawab apa apa,Kairi masuk ke biliknya dan bersiap.

"Abang Kairi still tak berubah." Mereka memasuki bilik yang dipercayai bilik Ali.

Ketika mereka masuk,mereka dapat lihat seseorang yang masih tidur di atas katil nya.

" Ingatkan,kalau luka dah sembuh,dia jadi lebih cergas. Tapi,sama je.."

"Kau kejutkan lah Ali tu. Entah solat ke tak,tu."

"Eh kau ni. Mestilah dah solat. Abang-abang dia ada untuk kejutkan lah."

"Apa apa je lah. Kejutkan."

"Asal aku pulak. Kau lah."

"Eh,tak nak aku."

"Korang ni bising betullah. Payah aku nak tidur tau..." Ali yang mendengar kekecohan itu terbangun.

"Kau kena cergas,Ali. Nanti bertambah lemak tu kang."

"Biar lah aku. Sekali sekala nak bermalasan." Ali berkata sambil menarik selimut nya.

"What do you mean by sekali sekala? Kau dah lama berkurung dalam bilik ni lah dey."kata seorang gadis berambut ikal walaupun rambutnya pendek. Dia mempunyai kulit hitam manis bersama tabiat yang suka cakap dey.

"Kau jangan nak guna alasan kau still sakit. Kitorang dah tahu luka kau dah sembuh sepenuhnya. Takda guna kau tipu lagi maa.." sambung pula seorang lelaki berkulit cerah dengan tabiat cakap maa.

"Korang..."Ali memandang rakan rakannya dengan muka comel.

"Tak ada simpati. Pergi siap lah,dey."

"Ke kau nak aku tolong? Aku lelaki,boleh mandi sama sama. Lu mau?"ugut rakan lelaki cina nya.

"Ok ok. Aku waras lagi,jangan buat kerja gila." Ali terpedaya.

"Masa ni kau waras lah. Macam mana masa berlawan dengan musuh? Kau paling insane ma.." jawab rakan lelaki Cina nya.

"Eh eh,aku boleh kawal ye. Tak macam yang lain. Nampak musuh je terus berubah." Ali menjawab.

"Sudah sudah lah korang berdebat. Sebelum aku simbah kau dengan air jamban, lebih baik kau bersiap."ugut pula rakan gadis India nya.

"Korang keluar lah dulu. Takkan aku nak cabut baju depan korang. Apatahlagi kau." Ali memberikan poker face kepada gadis itu.

"Ok,salah aku. Kitorang tunggu bawah. Jom."gadis India itu menarik rakan lelaki nya untuk ke luar.

Tup.

Pintu ditutup.

"Haish,biarpun bising,dioranv tetap kawan aku." Ali tersengih seketika ketika mengingati kedua rakannya itu. Yang sangat setia berada bersama nya walaupun setelah tahu kegiatan keluarga nya. Eh tak,diorang pun terlibat sebenarnya. Dari situ lah rapat. Silap.

Ali pun bangun untuk ke bilik air dan bersiap supaya rakannya tidak perlu tunggu lama di bawah. Sudahlah diorang berlainan jantina. Nanti lain pulak jadinya.

Setelah beberapa minit,

"Alright guys,kita nak buat apa dulu?" Ali bertanya setelah bersiap dengan rambutnya yang telah dihitamkan begitu juga dengan matanya yang telah dikenakan conte lens agar tiada yang menggelarnya pelik. Yelah,rambut putih dengan mata merah galak, apa tak terkejut nya orang.

"Kita jogging then bersenam dulu kat taman. Then, kita ke markas."rakan lelaki Cina nya berkata.

"Ok." Mereka pun keluar rumah.

Perjalanan mereka berjalan dengan lancar tanpa gangguan.

Di sisi MATA.

Ianya tidak lah seaman tiga sahabat itu. Kerana perancangan 'mereka' telah bermula dan sedang berlangsung.

"Apa yang kau buat ni,Zass?! Kau tak nampak ke yang Aly tengah jalan?" Jet menengking Zass.

"Aku rasa,penyakit Aly dah jangkit dekat kau lah. Dah jadi buta." Rudy berkata dengan penuh sarkastik.

Zass pula sedaya upaya menidakkan perkara itu dengan menggelengkan kepalanya berkali-kali dengan cemas.

"Cakap je lah,Zass! Kau memang betul betul bisu ke?!" Moon yang sakit hati menengking Zass membuatkan lelaki itu terhenti.

"Moon." Iman yang juga berada di situ cuba untuk menghentikan Moon daripada bersikap biadap. Tetapi,suara nya perlahan membuatkan mereka yang lain terus terusan memprovok Zass.

"Hok aloh. Gapo dio pulok ning?" Chris yang baru tiba tertanya tanya tentang suasana yang huru-hara itu. Pertanyaan nya itu membuatkan orang lain memandangnya dengan pandangan membunuh. Kecuali dua orang.

"Si Zass ni lah. Nak kata buta,Aly yang buta sekarang ni. Boleh pulak dia pergi langgar Aly. Dengan sengaja,kau tahu tak? Dah lah kuat sampaikan lutut Aly berdarah. Roza tengah bawak dia pergi ke bilik rawatan sekarang ni."Mika memberitahu.

"Oh..."

"Kau,kenapa lambat?" Alicia bertanya kepada Chris.

"Ambo sakit perut wey. X leh tahan doh." Chris memberi alasan.

"Yelah." Alicia mempercayai nya.

"Sudah sudah. Aly dah dirawat. Korang tak payah nak besarkan cerita lagi. Mungkin Zass tak sengaja langgar kot. Macam korang tak tahu,kalau Zass nak cepat,dia akan lari laju tanpa tengok kiri kanan dah. Biarpun ada gajah sebelah kanan,dia akan tetap ke kanan kalau memang kesitu dia nak pergi. Sebab dia memang dah tak nampak apa apa bila berlari." Roza sempat mengutuk Zass membuatkan lelaki itu menaikkan hoodie kerana malu.

"Kau cakap macam dah kenal sangat dengan Zass, kan? Hey,aku yang paling lama kenal Zass and aku tahu lah bila dia buat sesuatu tu sengaja atau tak sengaja." Moon menyampuk.

"Dah kau ni kenapa nak tuduh Zass?apa salah dia pada kau,hah?" Roza memandang Moon. Dia menundukkan wajahnya agar menyamai ketinggian Moon.

"Kau!" Moon yang terasa dengan perlakuan Roza ingin menumbuk nya tetapi,

"Cukup lah tu,Moon. Kau nak kena disiplin ke? Ingat,kami semua ni saksi." Khai menghentikan perbuatan Moon.

"Kau siapa nak cakap macam tu kat aku?" Moon memandang tajam Khai.

"Awak berdua..." Iman mula rasa risau kerana ini akan buatkan hubungan persahabatan mereka retak.

"Sudah! Daripada kita buang masa kat sini, lebih baik kita pergi bilik latihan. Mentor mentor dan ejen ejen baru tu mesti dah tunggu." Alicia menghentikan pergaduhan mereka.

Mendengar itu,Zass yang masih memakai hoodie terus berlari pantas.

"Tch,dia lepas tangan macam tu je!" Mereka yang lain geram.

"Udoh lah." Chris juga ingin meleraikan pergaduhan itu.

"Kau diam lah,Chris!" Moon,Jet dan Mika menjerit kepada Chris membuatkan lelaki itu terdiam. Tanpa peduli dengan dengan perbuatan mereka,mereka terus berlalu pergi ke bilik latihan.

"Hah? Bila masa pulak Moon berpaling daripada korang?" Rudy bertanya sinis.

"Diam lah." Khai menghiraukan kata kata Rudy dan berlalu pergi juga. Diikuti Iman yang menundukkan kepalanya malu dan Alicia yang hanya diam.

"Cuba lah korang tengok. Diorang dah berpecah belah." Rudy berkata kepada Chris dan Roza yang masih di situ.

"Doh tu?" Chris bertanya keliru.

"Kau ni memang kurang Common sense ke apa? Wey Rudy,kau suka ke tengok diorang macam tu?" Roza bertanya.

"Selagi tak kacau aku,aku ok. Cau dulu,bye." Rudy terus meninggalkan mereka berdua.

"Grrr..." Roza menggengam tangannya erat tanda menahan amarahnya daripada keluar sambil juga berjalan ke bilik latihan. Sambil diikuti Chris.

~Nampaknya,rancangan mereka telah bermula.~

1 ~ Ali's Secret Family(EA)Where stories live. Discover now