Zaki mencapai tuala lalu berjalan keluar dari biliknya menuju ke dapur. Zaki berjalan lemah. Zaki sememangnya malas untuk mengambil tahu atau menguruskan majlis perkahwinannya. Setiba di bilik air, zaki menolak pintu bilik mandi.

"Woi!!"

Zaki terkejut bila melihat abangnya sedang berbogel memberus gigi. Zaki tergamam melihat susuk tubuh zali. Zaki memandang ke arah daging lembik zali yang terjuntai itu.

"Kau tak nampak aku tengah mandi ke bodoh! Main buka je!"marah zali
"Kau yang bodoh! Kenapa kau tak kunci pintu ni! Bodoh!"marah zaki
"Kau tengok apa lagi sial?! Keluar lah babi!"maki zali lalu menghempas daun pintu plastik bilik air.
"Bodoh betul! Mandi tak reti kunci pintu!"zaki berjalan ke meja didapur
"Hehehe pintu tu selak dia dah tercabut malam tadi sebab tu tak boleh kunci"kata siti yang sedang mencuci pingan.
"Macam mana boleh tercabut?"
"Entahlah si aiman tu memain dalam bilik mandi petang semalam, sampai tercabut selak pintu tu"kata siti menyalahkan anak lelakinya
"Kenapa tak ganti?"tanya zaki
"Nanti kau keluar dengan mak, kau beli lah selak baru..pasang biar ganti yang rosak tu"kata siti
Zaki memasamkan mukanya.

Angin bertiup perlahan menyamankan wajah zaki. Sekali lagi zaki menjeling ke arah emaknya yang sedang leka berbual dengan ketua kumpulan kompang di kampung ini. Zaki menoleh ke arah jalan. Kelibat fitri sedang menungang motorsikal lalu didepannya.

"Fitri!!wei!! Nak g mana?"jerit zaki sambil melambai-lambai tangan
Fitri mengangkat tangan lalu membelok menuju ke arah zaki.
"Kau nak pergi mana?"tanya zaki lalu menepuk bahu fitri
"Aku nak pergi kerja, hari ni aku start shift malam,kau buat apa kat sini?"jawab fitri
"Aku bawa mak aku jumpa budak kompang, nak guna time aku kahwin nanti"jawab zaki dengan wajah ceria
"Ooo baguslah ada kompang, meriah nanti"kata fitri
"Aku sebenarnya tak nak..tapi mak aku yang nak sangat.. aku ikut jela"
"Memanglah mak kau nak kompang, kat kampung ni semua majlis kahwin ada kompang tau, tak akan majlis kau takde..malu mak kau nanti"
"Bila kau habis kerja?"
"Esok petang.. shift aku kan 12jam"
"Fuhh lama tu"
"Kenapa?"
"Takde ape, ingat nak ajak lepak"
"Hehehe dulu takde pon kau nak lepak dengan aku, kenapa tetibe je nak lepak ni?"
Zaki terkedu mendengar pertanyaan fitri. Ye selama ni jika zaki balik ke kampung memang tak pernah zaki melepak dengan fitri. Setakat bertegur sapa je jika terjumpa
"Eh mana ade.. aku nak je lepak dengan kau tapi kau kan selalu sibhk keje"kata zaki
"Tengok esok kalau kau tak balik KL lagi, boleh la lepak nanti"
"Ok"
"Wei aku dah lambat nak pergi kerja ni.. aku gerak dulu"
"Ok-ok"
Zaki melambai tangan ke arah fitri yang menunggang laju motorsikalnya. Zaki rasa tenang bila dapat berjumpa fitri.

Pukul 5petang zaki dan rahimah pulang ke rumah. Banyak persiapan perkahwinan sudah dibuat. Kad jemputan perkahwinan sudah pun siap. Malam ini rahimah akan memasukkan sendiri kad jemputan ke dalam sampul surat sebelum diagihkan kepada penduduk kampung ini dan kampung sebelah.

Zaki membawa bungkusan kad dan sampul ke dalam rumah dan letakkannya di meja diruang tamu. Zaki berjalan ke dapur. Di dapur siti sedang mengoreng keropok lekor sambil ditemani anaknya aiman yang leka bermain telefon bimbitnya.

"Kau goreng apa tu siti?"tanya rahimah
"Keropok lekor mak, tadi abang beli kat pekan..ada orang jual kat tepi jalan"kata siti
"Jadi kau nak balik esok?"tanya rahimah
"Ye mak, lusa abang dah kerja. Saya pun kerja."kata siti
"Esok kau sekeluarga dah balik, si zaki ni pon balik esok juga. Sunyi balik la rumah ni"keluh rahimah
"Mak tak niaga nasi lemak lagi ke?"tanya zaki
"Meniaga je tapi tak selalu lah, mak buat sikit-sikit je. Buat sebakul dua je..sebakul hantar kat warung pak seman sebakul lagi ke kantin sekolah"kata rahimah
"Sape yang hantarkan?"tanya zaki
"Razak.. isteri dia kan keje kat kantin sekolah, dia la yang tolong hantarkan nasi lemak yang mak buat sekarang ke warung dengan kantin. Mak dah tak larat dah nak meniaga depan rumah lagi"kata rahimah
"Baguslah tu.. patut mak berehat je"sampuk siti
"Tu la.. kalau nak duit, minta je dengan zaki"kata zaki
"Bukan apa, cuma ada yang rindu nasi lemak mak.. sebab tu la mak buat"kata rahimah.

Malam itu zaki tidak kemana-mana. Zaki hanya duduk dirumah sahaja. Zaki keluar dari bilik dan menuju ke beranda rumah. Di ruang tamu rahimah dan siti sedang melipat masuk kad jemputan perkahwinan zaki ke dalam sampul.

"Poksu.. nak pinjam handphone boleh?"minta aiman
"Nak buat apa?"tanya zaki
"Nak main game"jawab aiman
"Minta kat ayah"kata zaki sambil memandang zali yang sedang duduk menyandar di hujung  beranda.
"Ayah tak bagi.."
"Handphone poksu tengah cas"tipu zaki
"Alaa poksu ni.. kita nak main kejap je"pujuk aiman
"Tengah cas la, lagipun handphone poksu mana ada game"
"Aiman! Jangan kacau poksu!"marah zali
Aiman berlari masuk kedalam rumah

"Kau balik esok ke?"tanya zaki ketika duduk disebelah abangnya
"Ye. Kau buat apa kat sini? Pergilah lipat kad kahwin kau tu"
"Malas aku. Tu keje perempuan"
"Dulu mak ada cerita, yang kau kene gangu lagi"kata zali perlahan
Darah zaki berderau
"Sekarang dah ok"jawab zaki
"Macam mana boleh kene gangu? Hantu yang dukun tu bela kan sama-sama mati dengan dia"
"Entah. Tapi waktu aku kene haritu memang sebijik sama dengan makhluk tu"
"Habis tu, sape yang rawat kau?"
"Ustaz yang sama, kawan cikgu sekolah aku dulu"
"Macam mana kau boleh jumpa dia?"
"Ustaz tu? Oh aku jumpa cikgu sekolah aku..pastu minta tolong dia, dia yang contact kawan dia yang ustaz tu suruh tolong aku"
"Dia bunuh jembalang tu ke?"
"Entah, dia pun terkejut sebab dia pon pelik kenapa makhluk tu masih ada lagi"
"Tunang kau tau ke pasal benda ni?"
"Aku dah bagitau dah dulu"
"Pasal dukun semua?"
"Ye.. cuma tak bagitau apa yang aku kene  dengan pak wardi tu"

Malam itu zaki tidur didalam bilik. Zali tidur berseorangan diruang tamu. Tiba-tiba daun tingkap bilik zaki terbuka luas. Zaki terkejut. Muncul lembaga hitam yang dikenalinya sedang bertengek di tingkap itu.

"Ya Allah!! Ya Allah!! Tolong aku!! " Zaki menjerit kuat bila lembaga hitam itu mula merangkak menghampiri zaki.

"Zaki!!"pintu bilik dibuka oleh zali.
"Ya Allah abang apa tu??!!!"jerit siti di belakang zali.
"Awak ke belakang!"arah zali
"Apa bising-bising ni?"rahimah muncul dari dapur
"Mak benda tu datang balik mak!"kata zali
"Ya Allah! zaki mana??!"rahimah berlari ke arah zali.
"Mak jangan dekat!"kata zali

Mata zali terbeliak melihat lembaga hitam itu menghempap badan adiknya. Zali mula melaungkan azan sekuatnya. Lembaga hitam itu memaling muka memandang zali.

"Wuaarrghhh!!!" Pekik lembaga hitam itu lalu terbang keluar dari tingkap bilik zaki.

"Zaki!! Zaki kau ok tak??!!"zali menarik tangan adiknya
"Bang aku takut bang!"kata zaki tergagap-gagap
"Dah-dah.. aku ada.. aku ada"kata zali lalu memeluk adiknya
"Abang.."zaki mula teresak menangis
"Ya Allah zaki anak mak.. kau lemah semangat ni nak.. dah dah benda dah takde..benda tu dah lari"kata rahimah menghampiri kedua anak lelakinya yang sedang berpelukan.

Zali memeluk erat adik bongsunya. Sesekali dahi adiknya itu dikuncupnya. Zaki masih teresak menangis didada abangnya yang tidak berbaju itu. Rahimah juga memeluk zaki menenangkan anak bongsunya. Tiada yang menduga makhluk itu akan muncul kembali secara tiba-tiba.





Dukun 2 (COMPLETED)Where stories live. Discover now