2

11 2 1
                                    

Driver Michael turun dari kereta. "Selamat petang Tuan Muda, maaf lambat. Jalan sesak tadi." Kata driver tersebut sambil menunduk hormat.

"Tak apa, ni junior sekolah aku. Aliya. Hantar dia dekat rumah dulu." Kata Michael. Driver Michael mengangguk tanda faham akan arahan Tuan Mudanya itu. Driver Michael membuka pintu kereta seat belakang dan jemput Aliya dan Michael masuk ke dalam perut kereta tersebut.

Aliya rasa segan tapi dia terpaksa tumpang Michael kerana jam sudah hampir pukul 4.00 petang. Lebih kurang 10 minit, kereta Mercedes Benz yang dipandu oleh driver Michael itu berhenti di hadapan rumah Aliya.

"Ni ke rumah kau?" Tanya Michael. Aliya mengangguk perlahan.

"Terima kasih sebab dah tumpangkan saya. Saya minta diri dulu." Kata Aliya sambil memberikan senyuman kepada Michael. Michael hanya menganggukkan kepala. Aliya keluar dari perut kereta tersebut lalu masuk ke dalam rumahnya.

"Raff, aku nak kau suruh Xean cari maklumat pasal budak tuh. Cakap kat dia aku nak pagi esok." Kata Michael dingin.

"Baik Tuan Muda. Sebelum balik ke rumah ni, Tuan Muda ada nak singgah di mana-mana?" Tanya Raff, driver Michael. Michael menggelengkan kepalanya. Raff terus memandu pulang ke rumah Michael.

Aliya baru lepas mandi. Dia memakai t-shirt lengan panjang dan seluar tracksuit yang panjang. Dia keluar dari bilik tidurnya. Aliya memandang ke arah ibunya yang baru sahaja pulang dari tempat kerja.

"Sorry Aliya ibu tak dapat nak ambik Aliya balik sekolah harini sebab banyak kerja tadi." Kata ibunya sambil melabuhkan punggung di sofa.

"Ouh tak apa." Balas Aliya ringkas sambil memberikan senyuman kepada ibunya. Aliya duduk di sebelah ibunya.

"Aliya balik naik apa tadi?" Tanya ibunya sambil memandang ke arah Aliya.

"Urm dengan senior. Aliya ingat nak naik grab je tadi tapi dia suruh Aliya tumpang dia." Jawab Aliya.

"Siapa nama senior tu?"

"Michael Hayden" jawab Aliya ringkas.

"Michael Hayden?"

Aliya menganggukkan kepalanya. "Dia ada kacukkan Rusia."

"Ouh." Ibunya menganggukkan kepala tanda faham.

"Urmm ibu, boleh tak Aliya nak pergi sekolah pukul 5 nanti? Sebab Mei Qin ajak buat kerja sekolah dekat library sekolah. Katanya ada cafe sekali kat situ." Aliya memandang ibunya dengan penuh harapan. Ibunya mengangguk perlahan sambil mengukirkan senyuman.

"Pergi bersiap cepat, ni dah pukul berapa dah ni. Tak elok buat orang tertunggu." Aliya terus mencium pipi ibunya dan mengucapkan terima kasih. Dia berlari anak masuk ke dalam bilik untuk bersiap.

__________

"Urm Aliya, kau ada boyfriend?" Mei Qin memandang Aliya yang sedang menyiapkan kerja sekolah.

"Aku? Kau tak nampak ke muka aku macam mana? Dah lah hauk, perempuan kampung pulak tu. Sape je nak dekat aku ni." Jawab Aliya sambil mengutuk diri sendiri.

"Eeehh sape cakap? Muka kau tu putih, flawless pulak tu. Aku yang amoi ni pun gelap sikit dari kau." Puji Mei Qin.

"Eish mana ada. By the way kenapa kau tanya soalan tu?" Aliya memandang Mei Qin kebingungan.

"Urm.. Alfie kelas sebelah suruh aku tanya. Aku rasa dia suka kau lah. Tapi kau jangan accept kalau dia confess tau." Kata Mei Qin risau.

"Kenapa??" Wajah Aliya semakin bingung apabila Mei Qin berkata begitu.

"Dia tu playboy, pastu baran pulak tu. Perempuan kat sekolah kita dah ramai kena. Sebelum dia confess, dia tunjuk effort bagai lepastu bila dah accept, kau tolak nak keluar date dengan dia pun dia tengking kau. Lepastu dia ramai scandal. Aku pun tak faham lah macam mana perempuan tu boleh jadi scandal dia." Jelas Mei Qin panjang.

Aliya terdiam apabila dengar cerita pasal Alfie. Boleh ke dia hadap Alfie tu? Macam mana kalau Alfie tengking-tengking untuk Aliya accept dia? Macam-macam Aliya fikir.

"Mei Qin, tolong aku please? Cakap kat dia aku dah ada boyfriend. Aku takut if something bad jadi kat aku. Lagi-lagi Alfie tu panas baran." Kata Aliya sambil memegang tangan Mei Qin.

"Sokay nanti aku tolong kau okay? Dah jangan takut. Aku kan ada?" Mei Qin memberikan senyuman kepada Aliya supaya Aliya rasa tenang.

__________

Sebaik sahaja tiba di sekolah, Aliya terus pergi kat locker untuk simpan beberapa buku. Tiba-tiba pintu lockernya ditutup oleh seseorang. Terkejut Aliya apabila melihat seorang lelaki yang sedang berdiri di hadapannya. Michael? Tak, tu bukan Michael tapi..

"Hai, nama saya Alfie." Yeap, tu Alfie. "Urm Mei Qin cakap awak taken betul ke?" Sambung Alfie lagi.

Aliya hanya menganggukkan kepala. Jujur hati dia berkata dia tidak selesa apabila Alfie bercakap dengannya.

"Ouhh, siapa boyfriend awak tu?" Tanya Alfie lagi.

"U-urm-" baru sahaja Aliya nak bercakap, Mei Qin datang menarik tangannya.

"Wehh kau tak sedar ke kita dah lambat? Kau tahu kan Cikgu Zuhairi tu garang macam mana?" Aliya mengikuti langkah Mei Qin pergi ke kelas. Lega hatinya apabila Mei Qin sampai tepat pada masanya.

Pembelajaran berjalan lancar seperti biasa. Semasa waktu rehat, Aliya dengan Mei Qin rehat dekat cafe library sekolah. Malas sangat kaki nak berjalan pergi kantin. Ibarat nak berjalan kaki dari Malaysia ke China.

Sedang mereka berjalan sambil berbual, tiba-tiba ada seorang perempuan memanggil nama Aliya.

"Aliya!" Aliya memandang ke arah perempuan tersebut. Batrisya? Apa dia nak? Tak puas lagi nak malukan Aliya?

"Cikgu Zul nak jumpa kau kat belakang sekolah masa waktu balik." Kata Batrisya ringkas. Mei Qin memandang Batrisya. Bingung Mei Qin dibuatnya apabila melihat tingkah laku Batrisya harini. Dah insaf lepas kena tegur dengan Michael Hayden semalam ke?

"Kenapa pulak?" Tanya Aliya sambil memandang wajah Batrisya.

"Entah lah, ada lah tu urusan apa-apa." Jawab Batrisya ringkas lalu terus meninggalkan Aliya dan Mei Qin.

KRINGGG!!!

Loceng berbunyi menunjukkan waktu persekolahan telah tamat.

"Wei, yang pasal Cikgu Zul tu kau nak aku temankan tak?" Tanya Mei Qin.

"Urm tak payahlah. Belakang sekolah je pun. Nanti lama pulak mak kau tunggu." Kata Aliya sambil mengemas bukunya.

"Okay kalau macam tu aku balik dulu lah. Bubyee!" Mei Qin berjalan keluar kelas.

Aliya menghiraukan Mei Qin sebab terlalu fokus mengemas buku. Selesai sahaja mengemas buku, dia berjalan pergi ke belakang bangunan sekolah. Aliya memandang sekeliling. Tak nampak pula Cikgu Zul kat kawasan tu.

Tiba-tiba ada seorang lelaki menolak tubuh Aliya rapat ke dinding. Terkejut Aliya dibuatnya apabila dia sedari bahawa lelaki itu ialah Alfie.

"A-alfie?! Apa awak buat ni?!" Tanya Aliya sambil meninggikan suaranya sedikit.

"Kau fikir aku bodoh ke ha? Kau takde boyfriend pun kan kenapa nak kena tipu aku?!" Alfie menengking Aliya. Geram dibuatnya apabila mengetahui Aliya menipu dirinya pagi tadi.

Perlahan-lahan tangan Alfie bergerak mahu meraba Aliya. Aliya jerit sekuat hati meminta bantuan. Matanya mula berkaca. Badan dia bergetar ketakutan.

Lagi 1 cm jarak tangan Alfie dengan tubuh badan Aliya. Tiba-tiba ada seseorang menumbuk muka Alfie. Aliya terkejut lalu terduduk di atas lantai. Aliya memandang ke arah lelaki tersebut.

"M-Michael?"

__________

To be continued

Boyfriend For RentWhere stories live. Discover now