bab 5

497 67 1
                                    

SELESAI sahaja semuanya, Dewi Mariana terus berjalan melangkah keluar daripada masjid. Semua acara sudah selesai, pinggan mangkuk juga sudah siap dia basuh. Begitu juga dengan Mawar yang turut membantunya tadi. Jujur dari jiwanya, rasa penat memang ada tetapi dia lebih seronok kerana dapat meluangkan masa bersama dengan penduduk di bumi Melaka.

"Mawar... maafkan saya ya jika saya sudah buat kamu rasa penat." tutur Dewi Mariana sambil berjalan menuju ke rumah. Mawar di sebelah terus beralih memandang majikannya dan terus menggelengkan kepalanya.

"Tidak mengapa Dewi, saya sudah biasa. Lagi pula bagus kerana kita dapat berkenalan dengan saudara di bumi Melaka. Ramah sekali penduduk di bumi Melaka ini, langsung tidak memandang kasta dan darjat."

"Maksud kamu, Mawar?" soal Dewi Mariana sekadar berbasa-basi. Lagipun bukannya selalu dia mahu berbual dan ambil tahu tentang Mawar dengan lebih mendalam.

"Di bumi Jawa, jika ada merpati dua sejoli yang mahu membina masjid, perkara pertama yang akan dilihat ialah kedudukan darjat..." Mawar berhenti seketika sebaik sahaja mereka tiba di hadapan rumah. Masing-masing masuk ke dalam rumah terlebih dahulu.

"... Mereka yang bagus keturunannya, berlembaga,berharta cuma untuk langit. Manakala mereka yang miskin, hina, tiada asal usul cuma layak menagih kasih sebagai seorang pengemis. Mustahil jika seorang yang bersifat tanah akan bersama dengan mereka yang bersifat langit. Sangat mustahil."

Tanpa mereka berdua sedar, Mawar dan Dewi Mariana sudah duduk bersimpuh di atas lantai.

"Walau dua hati saling mencintai, jika ada sebarang halangan daripada keluarga nescaya hancurlah hubungan itu seperti hancurnya kaca jika dihempas. Bagi sesetengah keluarga, mereka mahu menjaga keturunan supaya sentiasa berlembaga. Tiada cacat cela, supaya sentiasa disanjung tinggi."

Tangan Mawar cepat-cepat naik mengesat air matanya yang jatuh. Dewi Mariana pula cuma diam tidak menyoal, lantas sekarang dia faham mengapa Mawar memilih untuk berhijrah ke bumi Melaka. Dewi Marian bergerak mendekatkan lagi jarak di antara dia dan Mawar.

"Kamu ada pengalaman?" soal Dewi Mariana. Mawar mengangguk dan memandang majikannya, satu senyuman diberi.

"Ya. Mawarlah manusia yang bersifat tanah. Cuma layak dijijak bagi mereka yang bersifat langit."

"Kenapa perlu bersifat langit sedangkan kita asalnya dari tanah?" soal Dewi Mariana. Mawar cuma diam tidak menjawab pertanyaan Dewi. Mahu menjawab atau membantah, ada benar di sebalik tersiratnya kata-kata Dewi Mariana.

"Demikianlah manusia, dia yang lahir dan bersifat tanah, pulang ke tanah mengapa harus bersifat langit? Bahkan langit juga tidak selalunya indah, ada kalanya juga mendung. Demikian juga cinta, jika menurut kamu mengejar cinta manusia adalah cinta abadi maka hanyutlah di dalam cinta itu." Dewi Mariana menambah lagi kata-katanya.

"Raga kamu masih lagi sayang akan dia?" soal Dewi Mariana. Mawar mengangguk.

"Tujuan saya berhijrah ke bumi Melaka adalah untuk merawat hati saya yang terluka dek terkena torehan kata-kata keluarganya. Saya tidak bisa melupakannya, namun saya tidak bisa memilikinya. Saya cuma bisa melihat dia bahagia sama wanita yang dia cinta dan berkongsi hidup."

.

.
TIBA sahaja di Istana Melaka, Mahmud Shah terus berjalan menuju ke biliknya. Masuk sahaja di dalam bilik, dapat dia lihat satu susuk tubuh yang sedang merenung ke luar jendela.

"Sudah malam, mengapa tidak tidur lagi?" soal Mahmud Shah dan berbaring di atas katil.

"Kakanda mahu pewaris?" soal wanita itu. Mahmud Shah yang baru sahaja mahu tidur terus membuka mata, dia bangun dari baringnya. Beralih memandang suri hati.

"Dalam banyak-banyak soalan, mengapa soalan itu juga adinda minta untuk kakanda jawab?"

"Kerana selepas ini kakanda adalah sultan empayar Melaka. Kakanda perlu ada pewaris! Jika tidak siapa yang mahu teruskan keturunan ini?"

"Tentang keturunan dan pewarisan itu biarlah aku saja yang memikirkannya. Itu bukan urusan kamu, Jelita."

"Walaupun Jelita tidak dapat memberi keturunan namun kakanda tetap menyayangi Jelita. Biarlah ribut melanda, kakanda tetap mencintai Jelita. Kerana Jelita adalah jodoh kakanda! Bahkan kakanda juga sanggup tidak mempunyai waris asalkan kakanda dapat bersama dengan dinda." Mahmud cuba memujuk isterinya itu.

Selama 5 tahun mereka berkahwin, tidak dia nafikan setiap kali bergaduh pasti hak yang sama. Iaitu tentang waris keturunan Melaka. Seringkali juga Jelita diasak dengan soalan daripada keluarganya. Antaranya, bilakah Jelita mahu mengandung dan sebagainya.

"Kakanda, jika benar kakanda begitu menyayangi Jelita bahkan laut dan kegelapan tidak mampu menafikan kasih kakanda kepada adinda, bolehkah jika adinda mahu kakanda lakukan buat sesuatu?" soal Jelita lalu meraih kedua-dua tangan Mahmud Shah dan digenggam erat.

"Kakanda..."

"Cintakan Dewi Mariana bukan?"

.

BUNYI azan di surau Melaka mengejutkan Dewi Mariana dari lenanya, lantas dia bangkit dan berjalan menuju ke arah dapur. Sempat juga dia memandang bilik Mawar, lampu juga tidak dinyalakan. Mungkin sedang lena barangkali. Air kopi yang tersedia dia ambil dan tuang, Dewi Mariana duduk bersimpah di atas lantai kayu berlapikkan tikar kayu hasil anyaman dia sendiri.

Fikiran Dewi Mariana daripada tadi, tidak mampu berhenti daripada berfikir luahan hati Mawar semalam. Tiada pernah terlintas bahawa Mawar pernah mengalami patah hati yang sangat teruk. Siapa sangka bukan? Bahkan, putusnya sebuah kasih dan cinta bukan kerana tawar hati. Malah kerana berbeza kasta dan kedudukan.

Manusia itu asalnya tanah ,malah mengapa harus bersifat langit?

"Dewi?" panggil satu suara. Dewi Mariana terus mengangkat muka memandang Mawar yang sedang berjalan ke arahnya.

"Maaf ya Dewi, saya terlewat pagi ini. Ampun ya Dewi." Mawar menundukkan kepalanya berkali-kali sebagai tanda maaf. Dewi Mariana menggeleng perlahan. Faham juga dia mengapa Mawar bangun agak lewat pagi ini, bukannya dia tidak dengar Mawar menangis di dalam bilik sebaik sahaja dia selesai berbicara soal cinta tidak kesampaian itu.

"Dewi mahu makan apa pagi ini?" soal Mawar.

"Kamu tidak perlu masak, pagi ini kamu kemas rumah saja. Selesai sahaja mengemas, kamu berehat kira-kira siang nanti kita keluar pergi ke Pasar Dagang. Kebetulan saya mahu mengajak kamu membeli barang saya, boleh juga belikan barang buat kamu sekali."

"Beli barang buat saya? Gak perlulah Dewi, Rahman sudah belikan barang buat saya. Gak usah Dewi belikan lagi."

"Bukan selalu Mawar, lagipun ini sebagai tanda terima kasih Mawar kerana telah membantu saya semalam. Penat juga ya bergotong-royong." Dewi Mariana tergelak kecil di hujung ayat, begitu juga dengan Mawar. Benar kata Dewi Mariana, penat juga bergotong-royong. Namun dalam masa yang sama juga, seronok juga kerana dapat berbual bersama penduduk di bumi Melaka ini.

"Saya masuk ke kamar saya dulu ya, Mawar."

"Baik Dewi."



.

Dewi Mariana: Keunggulan Dan Kejatuhan Melaka Where stories live. Discover now