DW 2

163 26 7
                                    

Sedang Misya bermain permainan dalam talian, Call Of Duty ( COD ), satu notifikasi masuk. Jemputan ke dalam 'live' Papaku di aplikasi Tiktok. Terus saja Misya tekan dan masuk ke 'Live' itu.

"Peluang!" Kata Misya.

Terus dia menyiapkan dirinya. Hanya memakai tudung sarung. Dicalitkan sedikit lip balm, dia kembali ke telefon bimbitnya. Dia cuba untuk bercakap dengan lelaki tersebut.

Berkali-kali dia minta untuk masuk ke kotak untuk bercakap dengan lelaki itu. Tetapi tidak diendahkan. Lelaki itu masih lagi terus bercerita sambil melayan pengunjung yang lain diruangan chat. Bercerita dan bercakap. Misya tidak berputus asa. Dia masih juga terus-menerus menekan 'request' untuk masuk ke kotak lelaki itu tetapi masih tidak diendahkan.

Akhirnya, setelah dipujuk diruangan chat, Misya dibenarkan juga masuk. Mujur tidak disekat akaunnya dari memasuki 'live' lelaki itu.

"Assalamualaikum." Misya memberi salam sebaik saja dia masuk ke dalam siaran langsung itu.

"Waalaikumussalam." Jawab lelaki yang Misya sendiri tak tahu nama itu.

Misya membaca bismillah. Ditutupkan matanya. Berdoa agar semuanya dipermudahkan. Dia buka mata.

"Saya nak pinang awak jadi suami saya." Kata Misya.

"Ha?" Terkejut lelaki itu.

"Apa nak terkejut sangat. Awakkan mencari seorang isteri. Saya tawarkan diri." Kata Misya lagi.

Sempat dia membaca komen. Ada pelbagai reaksi dari netizen. Ada yang bersorak. Ada yang mengutuk. Tak lupa yang mempertikaikan keberaniannya.

Setelah menunggu 5 minit dan tiada reaksi dari lelaki tersebut, Misya meminta diri. Dia menutup kotak itu dan terus keluar dari aplikasi Tiktok itu. Dia tak mahu membaca komen dari netizen. Dia tak nak tahu. Hatinya sedikit rasa kecewa. Bukan kerana dia sudah jatuh cinta pada lelaki itu tetapi satu-satunya harapan untuk kebebasannya itu musnah.

Misya membuka aplikasi COD. Terus bermain. Tiba-tiba, ada notifikasi orang komen di videonya. Dia buka. Dibaca. Dan kemudian, makin ramai yang komen. Semuanya memberi reaksi tentang apa yang terjadi tadi.

Dia tutup aplikasi tersebut. Membuka tatapan telefon bimbitnya, dia menutup notifikasi Tiktok. Tak sanggup melayan.

Kembali dia bermain COD. Tak tahu mahu buat apa lagi. Dia sedang kebosanan. Tengok jam sudah menghampiri pukul 4.40 petang. Dia bangun dan mandi. Menyiapkan diri untuk menunaikan solat Asar. Solat jangan lewat. Allah marah. Itu yang dia selalu ingat.

Usai saja solat, baru saja dia menanggalkan telekungnya, suara Sidqi memberi salam dan menjerit memanggil namanya. Dari luar sampai ke biliknya.

"Kau gila ke?" Tanya Sidqi sebaik nampak muka kakaknya itu.

"Kenapa?"

"Kau lamar lelaki dalam live. Kau ingat, kau artis? Ha? Batak attention ke? Ke burik kau dah gatal sangat? Ha?!" Marah Sidqi.

Misya hanya menjeling. Buat tak tahu. Meneruskan tugasnya. Menyediakan minum petang untuk mereka sekeluarga. Walaupun hanya untuk  dia dan ibunya. Tetap kena sediakan.

"Hoi! Kau dengar tak ni?" Sidqi menarik bahu Misya dengan kasar.

"Adab kau mana? Ha? Aku ni kakak kau tau." Jerit Misya. Sakit pula hatinya. Sama sakit dengan bahunya yang ditarik gitu.

"Kau tu. Bagus sangat ke apa yang kau buat tu? Beradab sangat ke?" Kendur sikit suara Sidqi. Dia akui sudah melampaui batas adab dengan kakaknya.

"Apa yang salahnya? Ada ke hukum kata perempuan tak boleh meminang lelaki? Siti Khadijah meminang Rasulullah s.a.w. Just because aku buat secara langsung, aku dituduh tak beradab? Ha?" Balas Misya.

"Siti Khadijah meminang Rasulullah dengan berperantara. Kau, direct ke orangnya. Tentu saja salah." Balas Sidqi pula.

"Hukum mana kata salah? Benda bukan norm, tu yang nampak janggal dimata masyarakat. Sedangkan ianya dibolehkan. Aku komen disetiap video dia. Minta dia dm aku. Tapi dia abaikan. So, apa lagi cara aku ada? Alang-alang dia live. Dia accept aku nak join dia. Aku lamarlah dia. Salah ke?" Tanya Misya.

"Salah lah. Orang kutuk kau. Orang perlekehkan kau. Benda ni dah viral. Malu tahu tak?" Jawab Sidqi.

"Biar malu janji dah usaha." Kata Misya.

"Sekarang ni dah malu. Apa nak buat?" Tanya Sidqi.

"Buat apa lagi? Buat bodoh je lah." Balas Misya.

"Senang je bercakap. Ini kalau sampai jiran tau. Allahu. Aku dah cukup malu dah dengan kawan-kawan aku tadi. Ini lagi nak hadap jiran-jiran. Saudara mara. Allah." Kata Sidqi. Menutup wajahnya.

"Dah lah. Buat tak tau je. Diam je. Lama-lama, diamlah. Lagipun, dia diam je. Maknanya dia tak nak. So, biarkan je lah." Kata Misya.

"Em... Nasib baik dia diam je. Kalau dia terima, aku tak setuju. Kau tau kan kenapa dia cari isteri? Aku tak nak hidup kakak aku jadi tak tentu hala. Kalau nak kahwin, biar betul niat tu. Ikhlas dari hati." Kata Sidqi.

Misya hanya diam.

Dia sendiri sedar diri. Dia pun ada niat lain. Bukan betul pun nak kahwin. Sebab tu dia sanggup tebalkan muka. Nekad. Buat kerja gila ini. Dia tak nak tahu apa penghujung yang bakal terjadi. Dia cuma mahu buat, apa yang hatinya mahukan.

Kehendak dan impiannya.

Disebalik WajahOnde histórias criam vida. Descubra agora