Bab 59 | Mengidam

Start from the beginning
                                    

   "Bakul tu ringan. Baju tak banyak. Tak patah lagi kaki saya nak angkat," balasku senada.

   "Memang bagi awak bakul tu ringan, tapi awak tahu tak perkara remeh macam tu boleh bagi kesan buruk pada kandungan?" soalnya.

   Jeda.

   "See? Awak tak tahu. Sebab tu saya larang awak angkat bakul tu. Saya takut, perkara dulu tu berulang. Saya tak minta perkara tu terjadi. Tapi, kandungan tu masih baru lagi. Banyak perkara yang kita takkan jangka akan terjadi bila kita ambil mudah dengan perkara macam ni," tutur Qash lembut.

   Benar, kandungan aku yang sudah hampir mencecah dua bulan itu masih dikira awal.

   Aku terdiam mendengar nasihat Qash. Fikiran aku spontan teringatkan perkara yang lepas. Di mana waktu kami kehilangan zuriat kami, Faiq Solihin. Dan perkara itu cukup membuatkan aku sakit. Sakit untuk menerima kenyataan.

   "So please, dengar cakap saya. Bukan saya tak kasi awak buat kerja. But not now. Kalau memasak, yes u can. Kalau nak jemur kain atau sapu sampah pun saya tak kisah. Tapi tolonglah, kalau nak angkat apa-apa yang berat, panggil saya. Let me help you. I just don't want anything bad happen to you and our baby. I love both of you so much. And i don't want to lose both of you."

   Tersentuh. Itu yang aku rasakan. Betapa dalamnya kata-kata Qash. Sungguh aku terharu dan aku bersyukur kerana dikurniakan lelaki sebaik Qash Anaqi. Tangannya yang sedang menggengam tangan aku, aku balas. Kepala aku menunduk.

   "I'm sorry. Sebab tak dengar cakap awak. Saya keras kepala. Saya tak terfikir pun bahaya. I'm so sorry," balasku sebak.

   "Hey, it's okay. So now you know. Then, please. Jaga diri awak dan anak kita. Okay butterfly?" ujarnya dengan senyuman manis.

   Aku membalas senyumannya. "Okay."

   "Ni tak merajuk dah kan?"

   "Awak rasa?" soalku sengaja ingin menduga.

   "Nampak macam tak merajuk dah," balasnya menebak.

   "Kalau saya masih merajuk?" soalku cuba menduga.

   "Maknanya saya kena pujuk guna cara lain."

   Terangkat sedikit kening aku. "Cara apa?"

   Dan aku lihat Qash tersengih lebar.

   "Kalau nak tahu, awak kena ikut saya ke bilik."

   Aku merenung lama wajah Qash cuba mentafsir kata-katanya. Apabila aku lihat Qash tersengih kambing, serta merta tangan aku naik memukul lengan sasanya.

   "Jangan nak mula ya!" marah aku sambil menjegilkan mata.

   Qash ketawa mengekek.

   "Apa salahnya, dengan isteri sendiri jugak. Bukan dengan orang lain."

   Aku menjelingnya bagai nak telan. Ini kalau aku campak dalam kandang harimau, mahu tinggal tulang Qash ni.

   "Jangan nak mengarut!"

   Sekali lagi dia ketawa. Wah, seronok ya. Nasib baik suami, kalau tak dah lama aku hempuk. Dan tak semena-mena tangan aku di dalam genggamannya dikucup lembut.

   "I love you. No matter what. And will always love you, until my last breath."

   Bibir aku tersungging senyuman lebar. Wajah aku sedikit kebas. Namun aku tetap terasa bahagia.

   "I love you more. And i will always love you my Mr. Annoying."

   Qash ketawa kecil. Hidung aku dicuitnya.

Mr Annoying Vs Miss BekuWhere stories live. Discover now