“Abang nak tunggu solat Isyak ke nak turun makan sekarang?” soal Melur sopan.

“Melur lapar ke?” soalnya serius dan sedikit mendatar. Melur mengangguk.

“Jom.” ajak Firdaus ringkas. Melur senyum dan membuka telekungnya. Firdaus keluar terlebih dahulu dan Melur membontotinya. Tiba-tiba Melur memaut jemari Firdaus dan itu cukup untuk mengejutkannya. Firdaus menoleh sedikit memandangnya.

“Kenapa nak kena berpimpin ni? Dah tak nampak tangga ya?” soal Firdaus masih tanpa senyuman. Perlahan Melur menggeleng-geleng,menjawab soalan Firdaus.

“Sebab Melur nampak abang je.” ucap Melur perlahan. Firdaus diam sesaat dua.
“Cia cia cia.” jawab Firdaus serius. Mereka saling berpandangan dan perlahan kedua-duanya melepas tawa kecil bersama.

Usai makan malam,mereka berdua menghabiskan masa bersama menonton televisyen. Melur menghidangkan kek coklat yang berbaki petang tadi untuk halwa lidah mereka. Melur mengambil tempatnya di sisi Firdaus. Keadaan menyepi. Firdaus masih memikirkan bagaimanakah perasaan Melur saat ini. Adakah masih terkesan atau sedih dengan kedatangan Dee petang tadi atau sebaliknya? Namun melihatkan layanan Melur malam ini,Firdaus merasa janggal kerana Melur tidak menunjukkan sebarang tanda protes atau merajuk. Tidak juga menyepikan diri atau menangis. Jauh sekali untuk melepaskan kemarahan atau mencari gaduh dengannya. Melur kelihatan tenang dan melayannya seperti biasa. Entah kenapa,bukan ini yang Firdaus harapkan. Jauh di sudut hatinya,dia mahu Melur cemburu dan marah.

“This is my favourite film. Masterpiece.” kata Melur bersama senyumannya. Firdaus terlepas dari lamunannya. Dia memandang ke skrin televisyen. Sesekali dia mendengar Melur ketawa kecil. Ralit isterinya itu menonton filem karya Tan Sri P Ramlee itu. Keadaan terasa begitu sepi baginya. Dia mahu berbicara dengan Melur soal kedatangan Dee petang tadi tapi Melur tidak memberi sebarang reaksi terhadap perkara itu. Akhirnya Firdaus turut melayan filem yang sudahpun separuh ditayangkan itu.

“Melur suka watak hero dan heroin dalam filem ni. Perfect couple. Terutama Tun Nila Utama tu. Prince Charming. Segak,manis,romantik dan layan isteri dengan baik. Perfect hero.” ujar Melur bersama senyumannya sambil menyandarkan kepalanya di bahu Firdaus.

“Kenapa tak kahwin dengan hero macam tu? Tak jumpa?” soal Firdaus pula. Melur mendongak memandangnya.

“Dah jumpa. Dah kahwin pun. What else?” jawab Melur manja. Perlahan Firdaus mengukir senyuman. Melur kembali melentokkan kepalanya di bahu Firdaus dan keadaan kembali menyepi semula.

“Jangan,janganlah adik angan-angan.” Melur menoleh. Melihat Firdaus yang sedang menyanyikan runut bunyi dari filem Musang Berjanggut itu. Firdaus mengenyitkan matanya.

“Merayau ke alam impian. Duduk termenung kesepian,tiada teman.” Perlahan-lahan mata Melur yang membulat tadi,bertukar kepada sebuah senyuman.

“Tujuh gunung lautan,lautan. Sembilan lautan alah intan. Umpanku takut dah makan,ikan dah makan.” sambung Firdaus lagi lalu mengerutkan wajahnya kepada Melur di hujungnya.

“Bagai-bagailah mana indah syurga. Bertaman bunga aneka rupa. Kalau si bunga tak dijaga, terkulai juga.” nyanyi Melur bersama senyuman dan anggukan kecil di hujungnya. Firdaus senyum dan mendengar ulangan rangkap itu sekali lagi.

“Dari hari purnama,purnama. Sehingga purnama alah nyawa. Bunga menanti pawana, dihembus pawana.” sambung Melur lagi menyudahkan nyanyiannya dengan mengulang semula rangkap lagu tersebut. Di hujungnya dia mengerutkan wajahnya ke arah Firdaus. Akhirnya sekali lagi suasana itu telah membuatkan mereka ketawa.

Usai solat Isyak bersama,Melur bersiap untuk tidur. Dia naik ke atas katil dan berdiri bertongkat lututnya mengadap ke arah Firdaus yang sedang duduk membelakanginya.

“Abang penat ya? Melur massage ya?” kata Melur lembut sambil jari-jarinya mengurut lembut kedua-dua bahu Firdaus sebelum beralih ke tengkuknya. Satu kelegaan dirasai Firdaus dari urutan hangat itu. Firdaus menoleh sedikit memandang Melur dari ekor matanya.

“Melur okey?” soalnya perlahan. Melur berkerut.

“Okey,kenapa abang tanya?” soal Melur tidak mengerti. Firdaus memegang tangan Melur dan menoleh memandang Melur. Melur duduk di hadapannya. Firdaus renung wajahnya.

“Fasal petang tadi...”

“Kenapa? Esok abang nak bawa dia datang sini lagi ya? Datanglah. Melur lagi suka.” pintas Melur dengan wajah nakalnya.

“Kenapa? Melur nak buat apa kat dia? Nak smash dia lagi?” Melur mengerutkan wajahnya sambil mengangguk-angguk kecil. Firdaus menjelingnya.

“Dah dia mintak,takkanlah Melur tak bagi. Orang nak beli,Melur jual la. Tak baik kedekut tau...” leret Melur menjawab soalan dan jelingan Firdaus tadi.

“Melur tak cemburu?” soal Firdaus menduga. Melur berkerut.

“Cemburu? Abang ada nampak Melur cemburu ke? Kelakar la abang ni. Dee je pun.” soal Melur dengan wajah kehairanan bersama dengus tawanya. Firdaus terdiam. Ditatapnya wajah Melur dalam-dalam. Ya,tiada istilah cemburu di situ.

“Bukannya Melur tak kenal Dee tu siapa. Lainlah kalau abang bawa anak Raja Mesir nuh. Haa...yang tu boleh mendatangkan marah,tapi bukan cemburu.” sambung Melur lagi bersama senyuman gurauannya. Firdaus tetap diam.

“Ni nak Melur urut lagi tak ni? Ke nak Melur urut tempat lain pulak?” soal Melur nakal di hujungnya. Firdaus mendengus tawa.

“Tak habis-habis lagi ke nak try abang?” soal Firdaus juga mengusik. Melur senyum.

“Selagi tak dapat,selagi itulah Melur akan try abang. Try hard,never give up! Chaiyok chaiyok!” sambut Melur bersemangat dengan gayanya sekali. Firdaus melepas tawa.

“Jangan harap. Ini kerbau jantan tau. Takkan tumbang punya. Tengok tanduklah.” jawab Firdaus sambil menekan hujung hidung mancung Melur. Melur ketawa.
Firdaus berbaring. Melur mengambil tempat di sisinya dengan melabuhkan kepalanya di lengan Firdaus. Tangan kanannya memeluk dada lelaki itu. Dia memejamkan matanya. Letih. Dia sudah tidak mahu memanjangkan bicara dengan Firdaus lagi. Cukuplah untuk hari ini. Firdaus pula,terlena dalam tanda tanya. Dia tidak mampu mentafsir rahsia hati dan perasaan Melur yang sebenarnya.

❤Cnc belanja sampai sini je dulu okey? Nanti sambung lagi. Jgn lupa dptkan MRW di Suara Hati, Shopee, Lazada dan kat PBAKL yg bertempat di WTCKL bermula 3-12 Jun nanti.
🍁Jgn lupa saksikan juga drama adaptasi dr My Rude Wife yg bertajuk Melur Untuk Firdaus, setiap Rabu-Sabtu, jam 9 mlm di tv3.
Tqsm 4 ur support, guys. Vote tau. Belanja cnc sikit. 😜
LavUallz 😘

🌷CikNorCinta🌷
       1 Jun 2022
        12:44 am

MY 'RUDE' WIFEWhere stories live. Discover now