-; ✧˖*[TM 9]°࿐

Start from the beginning
                                    

" Aish memang sial la pompuan ni! Tak pasal-pasal aku kena berendam dalam kolam hijau ni! " carut Evelyn perlahan sambil merenung tajam kearah Claire yang sedang berdiri tegak di sebelah Kaeyla.

Pandangannya pula beralih ke Mia yang berada di tepinya. Dia mengerutkan dahinya apabila melihat tindakan Mia yang pelik itu.

" Kau dah kenapa bangang?! Yang kau pergi minum air kotor ni pahal?! Dah macam anjing aku tengok!  "

Terlihat Mia sedang menjelirkan lidahnya keluar dan menjilat air di permukaan air kolam itu.

Mereka berdua sedang dalam posisi merangkak namun tangan tidak bersentuhan dengan lantai. Tangan mereka berdua diikat dibelakang badan masing-masing.

Mereka berdua juga berada di dalam kolam air  hijau dimana katak, lintah dan pacat berada. Kolam itu selalu digunakan sebagai denda ataupun latihan oleh budak-budak yang sedang berlatih di sini.

" Aku just nak rasa je apa rasa air hijau ni, mana tahu ada rasa air asam ke? Haa?! Lagipun aku boring lah Eve. Pinggang aku dah lenguh nih! " rungut Mia kepada Evelyn. Bibir sengaja dimuncungkan.

Evelyn berdengus kasar sebelum bersuara.

" Kaeyla! Dah la weh, aku penat la bodoh! Aku bagitahu dekat mama aku yang kau paksa aku mandi air hijau ni! " Ugut Evelyn.

" Aku bagitahu mummy aku yang kau bully aku! " Ugut Mia pula.

Lepas sahaja Mia menuturkan kata-kata itu, belakang kepalanya ditampar kuat oleh seseorang.

" Mak kau dah mati la hanat! " kata Evelyn.

" H-huh?... Ohh! Haa.... Haah, mummy aku dah mati. " kata Mia perlahan. Kepala ditundukkan kebawah.

" Bodoh. " kata Kaeyla  datar.

Dengar sahaja apa yang dikeluarkan dari mulut rakannya itu, Mia terus meraung kegilaan dan membuat perangai kebudakkannya di dalam kolam itu.

Habis kocakkan air kolam itu terkena Evelyn.

" Duduk senyap-senyap la setan! " Marah Evelyn.

Mia langsung tidak menghiraukan kata Evelyn. Semakin galak dia membuat perangai.

Evelyn yang sudah tidak tahan dengan perangai rakannya itu sedaya upaya membuka ikatan tali yang berada ditangannya.

Selepas sahaja ikatan itu terlerai, dia dengan cepat membenamkan kepala Mia ke dalam air.

Selepas beberapa saat, dia menarik kembali kepala Mia yang berada di dalam air. Terlihat wajah merah Mia yang sedang terkapai-kapai mencari nafas.

Sebaik sahaja dia melepas tangannya di kepala Mia, kepalanya pula ditolak masuk ke dalam air.

" Ha! Kau nak bunuh aku sangat kan! Amik nih! Kau ingat kau boleh bunuh aku macam tu je ke?! Dasar lemah! " kata Mia sinis.

Melihat sahaja Evelyn yang sedang berusaha untuk bangun itu, dia terus bangun dan duduk di belakang badan Evelyn. Menahan badan Evelyn dari bangun.

" BUAHAHAHHA mati kau! Matiii! HAHAHAHA!  " jerit Mia kuat.

Dirinya bagaikan dirasuk ketika itu. Ejen-ejen yang lalu-lalang di kawasan itu langsung tidak dihiraukan olehnya.

Tiara Mikaeyla Where stories live. Discover now