"Abang boleh pergi sorang sorang ke?"soal Nell

"Tak"balas Jimmy , mana lah si Jimmy ni mahu pergi jalan sorang sorang. Sejak dapat anak , dia lebih suka berjalan bersama Nell. Katanya nak suruh orang tahu yang dia sudah berbini dan ada anak juga.

"Habistu kenapa tanya, abang-abang....."balas Nell beserta tawa kecil di hujung.

"Alah , abang tanya je .... jom lah, abang dukung iwan , sayang bawa Eqall.Pegang tangan abang kuat kuat tau, jangan lepas ..."kata Jimmy .

"Ya abang , Eqall lets go "Nell memandang anaknya di belakang. Eqall tersenyum kepada ibunya , tangan di tepuk tepuk .

Turun sahaja dari kereta , Nell membuka pintu belakang bahagian kanan.

Eqwan hanya melihat kembarnya di ambil oleh Nell. Bibirnya sudah tersebek. Namun tiba tiba pintu di bahagian Kiri pula terbuka .

"Eh sayang baba kenapa sedih ni?"soal Jimmy . Eqwan hanya menggeleng tanda tidak sedih, walaupun matanya sudah bertakung air.

"Baba tak lupa iwan la , jom my boy "Jimmy mengambil anak lelakinya itu. Di cium pipi Eqwan yang sudah basah . Haih anak manja .

"Eh sayang mummy kenapa menangis?"soal Nell risau, tangannya naik memegang pipi Eqwan.

"Dia ingat abang tinggal dia"kata Jimmy tersenyum sambil menggeleng , lawak sungguh anaknya yang seorang ini.

"Lah, berani baba tinggal anak manja mummy ni,Mummy ikat daddy dekat luar nanti"kata Nell

"Hmm ikat dalam hati sayang je la , yang itu abang sanggup"kata Jimmy

"Memang dah ada dalam hati "balas Nell.

"Auch , i love you baby..."kata Jimmy dengan senyumannya .

"Dah la jom pergi beli, buat drama pula dekat depan bazar ni"kata Nell

"Lupa pula abang,tengok muka sayang terus abang jadi pelupa , asyik angaukan sayang je"balas Jimmy

"Ye ke ,bukan abang makin tua? Sebab tu pelupa"kata Nell

"Sayang......."Jimmy merengek . Nell ketawa melihat reaksi suaminya , orang gurau je.

"Jom lah suamiku "Nell memeluk lengan Jimmy , manakala tangan lagi satu memegang anaknya .

"Ayamm ayamm"kata Eqall

"Eqall nak ayam? , okay jom pergi cari, Eqwan nak apa?"soal Jimmy

"Nanak...Nak mummy"kata Eqwan sambil menyandarkan kepada di dada Jimmy .

"Alah sayang mummy , kejap lagi mummy dukung ya"kata Nell

Eqwan hanya mengangguk faham . Ikut perangai siapalah anaknya yang sorang ni?




"Assalamualaikum"salam diberi kepada orang di dalam rumah. Mereka telah sampai di rumah ummi .

"Waalaikumsalam, ha dah sampaiii, mari masuk"ummi mengajak anak menantu dan cucunya masuk .

"Hmn rindunya ummi dekat anak ummi ni...."Ummi memeluk Nell erat. Nell membalas pelukan Ummi .

"Sorry Ummi , Nell jarang balik sini"Kata Nell .

"Eh tak apalah, Nell kenalah ada dengan suami kan . Ummi paham"kata Ummi

Jimmy meletakkan anak anaknya di atas sofa lalu dia menyalam tangan ibu mertuanya .

"Ummi sihat?"soal Jimmy mesra dengan senyuman .

"Alhamdulillah sihat lagi walaupun semakin berumur"balas Ummi

"Haa pandai Jimmy jaga isteri ya, makin tembam anak ummi ni"usik ummi

"Ummi.....ummi nak cakap Nell gemuk ke? Abang , Nell gemuk ke?"soal Nell

"Tak ada lah sayang, sayang comel je"balas Jimmy. Ummi hanya tersenyum melihat anak dan menantunya.

"Hey cucu wan , rindunyaaa"Ummi mengambil Eqwan lalu di cium cucunya itu. Seterusnya Eqall pula menjadi mangsa.

"Wann wann"Eqall memanggil neneknya.

"Ya sayang, wan ni , eqall rindu wan tak?"soal Ummi

"Induuu"balas Eqall

"Ammy...."Eqwan berjalan ke arah Nell . lutut Nell di pegang olehnya.

"Ya sayang , pergi la dekat wan, kesian wan rindu Iwan"kata Nell

"Mmm oteyy"Eqwan bergerak semula ke arah Ummi di sofa hadapan.

"Haih anak manja betul cucu sorang ni ,ikut siapa lah"kata Ummi

"ikut Jimmy"balas Nell

Jimmy memandang isterinya .

"Apa betullah... Masa Nell mengandungkan diorang, abang manja macam tu lah"kata Nell

"sayang....."jimmy memegang tangan isterinya. ish malu lah .

Ummi melepaskan tawanya. Geli hati melihat wajah Jimmy yang sudah malu .










____________________

Lelaki Untuk NellyaWhere stories live. Discover now