"Baik Tuan Danny. Jom, Puan Farah." Waiz menarik lengan Farah yang berlapik.

Farah hanya akur dan mengekori saja langkah Waiz yang memimpinnya. Danny hanya berpeluk tubuh sambil memerhati langkah mereka berdua dengan senyuman nipis.

Kakinya terus dihayunkan menuju ke arah penthouse besarnya itu. Dia cuma perlu memastikan sesuatu. Dengan keadaan begini, Farah mungkin tidak selamat.

シ︎

Dengkuran halus kedengaran di telinga Danny. Kepala Farah dilentokkan di atas bahunya. Gadis itu sudah pun terlena selepas saja bermain dengan anak-anak buahnya.

"Kau main tipu, bangsat !" Nik William menunjal dahi Hyan dengan kasarnya. Terbelakang sedikit kepala lelaki itu dibuatnya.

"Bukan aku, babi !" Hyan ingin menunjal balik dahi Nik William tetapi lelaki itu dengan pantasnya dia mengelak sambil terkekeh-kekeh ketawa.

"Lah cibai je main tipu macam kau," keluh Waiz.

Zee Hwa yang sedang fokus bermain itu hanya tersenyum herot memandang mereka bertiga. Dia faham bahasa Melayu. Lagipun, dia memang asal lahir dekat Malaysia.

Cuma agamanya saja, bukan Islam.

   "Apahal bising-bising ni? Tak reti tengok ke, bini aku ni tengah tidur. Aku sepak semua terjun kat luar jet ni kang, apa-apa pun tak dapat !" Danny menghentikan pertelingkahan antara mereka bertiga.

Mereka bertiga terus diam membisu. Cuma tangan mereka saja yang bergerak bermain permainan ular tangga. Ladder ? Entah apa nama main benda tu.

"Psst weh, korang tak rasa ke Tuan Danny kita yang dingin batu bak ais kutub utara ni tiba-tiba je jadi madu semanis gula bila dengan Puan Farah?" tanya Nik William dengan nada yang berbisik.

Hyan mengangguk setuju.

   "Ha'ah lah. Tapi bagus jugak kalau dia kahwin. Tahun ni merasa lah aku, nak cari awek baru," balas Hyan pula.

Yang lain juga hanya setuju. Mereka kembali mengumpat boss mereka sehingga bau sesuatu menyekat hidung mereka.

"Sial, siapa kentut ni bangang ?!" Nik William sudah naik berang. Dia menutup hidungnya lalu berdiri mencari spray pemburu haiwan kecil.

   "Bodoh, kau guna Fumakilla buat apa?" tanya Zee Hwa dengan gaya yang acah-acah ninja. Dia menutup hidungnya juga.

"Nak hilangkan binatang-binatang pijat yang kurang kasih sayang ni hah ! Bau macam bau telur !" Nik William terus menyemburkan spray itu ke ruangan tempat mereka bergosip.

Nasib sahaja tempat rehat Danny, Farah dan Urios jauh sedikit dan mempunyai penghadang cermin putih yang kalis peluru.

     "  daenieui wonseungideuleun neomu sikkeureobda / Bising betul monyet-monyet yang Tuan Danny bela ya?" Urios menekup telinganya menggunakan kapas yang sudah di renyukkan seperti bentuk bulat.

Danny menggeleng kecil. Matanya hanya menatap iPad mini kepunyaan jet itu atau lebih tepat, semuanya adalah barang kepunyaannya.

"Tak perasan aku bela monyet dalam jet ni. Yang aku tahu, aku bela babi hutan. Sama je spesis yang terlalu menjengkelkan," balas Danny dengan selambanya.

Urios tersenyum kecil apabila mendengar itu. Ya, dia faham sangat. Semua anak buah Danny akan dilantik dahulu dengan semua bahasa dan jenis kemahiran mereka.

Bak kata Danny, orang bodoh takkan tahu apa yang dirancang oleh musuh kalau musuh mengutuk mereka menggunakan bahasa musuh mereka sendiri.

Di sudut Nik William pula, mereka masih lagi menyalahkan diri masing-masing sehingga satu bunyi memberhentikan mereka.

Put..

Semua mata di situ tertumpu pada Hyan yang sedang bermain dengan patung Ultraman itu. Sebenarnya tu patung mainan anak buah, anak kepada kakaknya. Tetiba masuk ke dalam beg dia, memang kena kebas lah !

"Bangang kantoi !"

"Sumpah eh, Hyan makin hari makin macam setan," keluh Waiz.

Hyan hanya buat-buat tidak peduli dan menyambung semula bermain dengan patung mainan itu. Kalau dia merosakkan mainan itu, memang nak kena hempuk dengan kakak dia.

"Apa kecoh-kecoh ni? Kita sebagai manusia, kena lah bekerjasama untuk berdiam diri apabila berada di dalam situasi sekarang. Contohnya apabila aku kentut, korang kena tutup hidung dan bermain dengan senyap," ujar Hyan dengan nada yang biasa.

"Sebagai manusia bapak kau. Kau tu sedar sikit, dasar setan !" Nik William ingin menampar tengkuk Hyan tetapi lelaki itu mengelak dengan pantasnya.

   "Eh bangang, kau sama jugak lah devil !" bentak Hyan.

シ︎

[Draft: 09/04/2022]

[Publish: 10/04/2022]

Suamiku, Mafia SepetWhere stories live. Discover now