Nayraish | 1

138K 4.1K 306
                                    

PINTU masuk restoran ditatap namun kelibat yang dinanti belum tiba. Nayra mengeluh kecil apabila teringat permintaan sepupu kesayangannya pada siang tadi.

"Pasal Khai... Kau tolonglah sedarkan dia yang kami dah putus. Please?"  rayu Alya sambil meraih tangan kanan Nayra.

"Macam mana aku nak tolong sedangkan kau dah banyak kali cakap yang korang dah putus pun, dia tak nak terima?" Nayra menarik tangannya dari genggaman sepupunya itu. Berat sungguh permintaan gadis itu!

"Sebab aku tak mampulah, aku nak kau yang paksa dia. Kau buat jelah apa-apa cara asalkan dia terima yang kami takda hubungan lagi. Kau burukkan aku pun takpa. Lagipun, aku dah ada Fadlin. Please, Nay?" pinta Alya dengan mata yang berair. Ditatap wajah Nayra yang terdiam.

"Aku dah lama putuskan Khai tapi dia kata kami masih ada hubungan. Setiap kali aku cakap pasal putus, dia akan pukul aku. Fad pula selalu ada selamatkan aku. Dia buat aku rasa dihargai sedangkan Khai, dia hanya obses dengan aku." Kepala ditundukkan seketika. Alya sedar hatinya beralih dari mencintai Khairul kepada Fadlin kerana layanan mereka yang berbeza.

"Tolong pujuk Khai untuk lepaskan aku. Aku tak nak rasa bersalah berhubungan dengan Fad disebabkan Khai. Aku nak dia sedar yang kami dah lama putus. Please..." Alya merayu sambil menayangkan bekas pukulan di tangannya. Khairul bukan lelaki yang baik.

Setelah berfikir panjang, Nayra jatuhkan kepala dua kali. Dia faham keadaan Alya. Sepupunya itu bukan curang tapi bekas kekasihnya yang tak terima kenyataan bahawa mereka sudah lama putus.

"Hello, ada orang ke tak?"

Lamunan Nayra serta-merta terhenti apabila ditegur oleh seorang lelaki. Dia terus berdeham dan membetulkan posisi duduknya.

Khairul mengambil tempat duduk berhadapan dengan Nayra. Lelaki ini, lelaki yang membuat hidup sepupu Nayra itu tidak aman. Perangai buruk lelaki itu membuatkan Alya berasa rimas dan takut untuk terus berhubungan dengannya.

"Woi! Tadi cakap nak jumpa aku. Dah jumpa ni, diam pulak?" tegur Khairul kasar.

"Aku nak bincang pasal hubungan kau dan Alya." Nayra mula berbicara dengan riak wajah mendatar. Kedua belah tangan disilangkan ke dada.

"So?"

"Kau tahu kan yang Alya dah lama putuskan hubungan dengan kau?" soal Nayra berhati-hati.

"Putus? Tak. Kami tak pernah putus! Alya masih girlfriend aku!" bantah Khairul, riak wajahnya berubah tegang. Dia paling benci mendengar perkataan putus itu.

"Tolong terima kenyataan yang Alya dah tak nak dekat kau. Jadi, tak payahlah kau beria lagi dekat dia. Lepaskan dia, Khai."

"Suka hati akulah nak beria dengan dia ke apa ke, dia tu girlfriend aku sekaligus bakal isteri aku!" bentak Khairul dengan geramnya. Nayra tak patut masuk campur urusannya.

"Sedarlah, dia dah lama tawar hati dengan kau. Semua ni salah kau juga sebab perangai kau yang teruk tu buatkan Alya langsung takda perasaan dekat kau lagi." Perlahan saja suara Nayra namun setiap bait ayatnya itu bagaikan menusuk hati Khairul.

"Aku sayang dia."

"Walau sayang macam mana sekalipun kau, kalau Alya dah tak nak please jangan paksa dia," pujuk Nayra menahan geram.

"Tapi aku tak boleh hidup tanpa Alya!"

"Kalau kau boleh lahir tanpa Alya, tak mustahil kau boleh hidup tanpa dia, kan?"

"Bukan tu maksud aku, Nay! Alya tu dah jadi separuh jiwa aku. Kehilangan dia akan menyebabkan kehilangan diri aku sendiri." Khairul mula bengang, Nayra seakan tidak faham akan perasaannya.

Love, Aish Rayhan | IN EDITING Where stories live. Discover now