ISTERI TUAN GHIBRAN | 02

Start from the beginning
                                    


Dahlia meninggalkan Emir yang masih bergelak sakan diatas katil tu. Apa yang lawak nya ! Ingin sahaja Dahlia berteriak geram dengan tawa Emir yang sengaja menyakiti hatinya.

"Takguna punya tuan tua !"Dahlia mencebik. Geram geram geram !

Dahlia mengambil sabun pencuci muka lalu tanpa sedar dia menggunakan pencuci muka itu sebagai ubat  gigi. Tanpa aba-aba dia mengosok giginya menggunakan pencuci muka itu.

"Puih ! Pahitnya buerk !" Dahlia memuntahkan 'ubat gigi' yang digunakanya sebentar tadi.

"Tau lah otak tu dah senget tapi takkan tak dapat bezakan mana satu ubat gigi mana satu pencuci muka."Sinis teguran yang digunakan oleh Emir. Dahlia hanya diam kerana dia masih sedaya upaya membersihkan krim pencuci muka yang masih terasa dimulutnya.

"Aaa ! Awak tak sedap pahit !" Rengek Dahlia. Dia menghentak-hentakkan kakinya, tak sukaa !

"Eh kau ni sini."Emir menarik tubuh Dahlia untuk lebih mendekatinya. Dia mengambil air lalu mencuci sisa krim pencuci muka yang berada dimulut Dahlia. Dahlia hanya patuh tiada tanda-tanda untuk melawan.

Esok-esok kita lawan okay ?

"Ni semua salah lelaki !" Emir hanya diam, malas ingin berbalah. Apa kaitanya pun dia tak tau, asyik-asyik lelaki yang salah.

"Dah."Emir mengelap wajah Dahlia yang lembab. Dahlia hanya diam membiarkan Emir membersihkan wajahnya, siapa suruh conteng.

"Dah kau pergi mandi aku nak turun." Emir menolak sedikit tubuh Dahlia lalu berura-ura ingin keluar daripada kamar mandi itu.

"Saya malas mandi lah awak !" Dahlia mengerutkan kening nya sambil mengikut Emir keluar. Emir menoleh belakang lalu menahan kepala Dahlia menggunakan satu jarinya.

"Kau jangan nak buat perangai, kau pergi mandi sekarang."Dahlia menepis tangan Emir. Dahlia memuncungkan bibirnya tanda memprotes arahan Emir.

"Saya. Malas. Mandi. Faham tak ? Saya masih wangi lagi ni don't worry."Emir mendengus kasar. Mandi pun malas apa jer lah isterinya ini rajin ?

"Kau mandi sekarang sebelum aku yang mandikan."

"Uih takut nya, takutnya."Dahlia sengaja menggunakan nada mengejek. Emir menganggukan kepalanya beberapa kali sebelum..

"Argh ! Turun kan saya, yer saya mandi sendiri !"Emir mengangkat tubuh Dahlia yang kecil itu seperti mengangkat guni beras. Belakang tubuhnya agak sedikit pedas akibat tamparan Dahlia.

"Dah terlambat."

Ah mampos..

      Dahlia memandang pokok kelapa yang berada dihadapan nya itu. Dia melihat kiri dan kanannya sebelum memulakan panjatan nya. Dia sudah lama teringin meminumi air kelapa fresh. Alang-alang dah depan mata, rezeki rezeki..

"Astagfirullah puan !" Daus mengucap perlahan melihat puan mudanya yang berada di atas pokok kelapa itu. Ya Allah kenapa lah aku dikurniakan mendapat puan muda yang super hyper ni.

"Eh, shhs ! Jangan bising ni rahsia kita dua jer. Wat lek wat peace, saya takkan jatuh punya."Dahlia memberikan isyarat senyap kepada Daus selaku personal assistant tuan muda Emir itu. Macam mana jejaka itu sesat pun dia tak tau. Mana-mana ada daus lah.

"Jangan macam ni puan, kelmarin pokok mangga sekarang pokok kelapa pulak. Tuan muda mengamuk nanti, kang dia cari isteri baru gigit kuku puan."Dahlia menflipkan tudung nya, ada aku kesah ? Suaminya takkan berani curang kepadanya. Kerana dia..

1. Anak kepada rakan karib kepada atok Emir
2. Kerana dia cantik
3. Kerana dia merupakan isteri 'material'
4.Sebab Dahlia sungguh ayu

"Berani Tuan tua dengan awak carikan madu untuk saya. Dua-dua masuk tanah nanti."Daus meneguk liurnya kasar, erk bahaya naw puan muda nya ini.

"Puan turun lah, biar saya yang panjat. Dahlah pokok ni jiran punya, puan awak lupa ker suami awak tu jutawan? Mau tak viral besok kat tv."Dahlia menjulingkan matanya, jutawan tak jutawan aku nak kelapa ni !

"Ah tu lain cerita, takpe sikit jerlagi ni tak tinggi pun."Daus meneguk air liurnya dengan kasar melihat figura seseorang melangkah ke arahnya. Ah sudah !

"Dahlia Umairah yang kau panjat pokok kelapa jiran tu dah kenapa !"Hampir terlepas pegangan Dahlia dibuatnya. Kus semangat.

"Omo ! Suami siapa yang hensem sangat ni."Dahlia tidak menjawab mala dia mengalehkan topik. Emir mengigit bibir bawah nya. Ya Allah kenapa isterinya ni terlebih hyper.

"K--kau turun sekarang !" Emir memicit dahinya. Isterinya ini tak takut mati ker. Dia panjat pokok kelapa tu macam panjat pokok betik jer.

"Kejap lagi, dah dekat ni."Dahlia meneruskan panjatan nya, dah alang-alang nak turun rugi !

"Ya Allah ! Dahlia umairah."Mereka semua menoleh ke arah suara itu, ah sudah dato Gabriel yang ditolak menggunakan kerusi roda itu mendekati mereka.

Dahlia cuak. Macam mana ni !

"Yang kamu biar isteri kamu kat atas tu dah kenapa Ghibran."Emir mengetap bibirnya, sekarang ni dia pula yang disalahkan.

"Tak--"

"Kamu turun Dahlia, nanti jatuh. Nanti tok suruh Ghibran ni belikam kelapa untuk kamu dah dah turun."Arah Ghibrael. Dahlia mengigit bibir bawah nya, dia nak turun macam mana ? Tak reti !

"A-Awak macam mana nak turun ni ?"

"Ya Allah !"

"Nak guna berapa darjah supaya tak jatuh ni, sudut guna 90 ker?"

**
Hehehe Dahlia lagi complicated dri Qaseh. Keep vote and comment a lot yer❤️

Cinderella comel tak ><


ISTERI TUAN GHIBRAN Where stories live. Discover now