-; ✧˖*[TM 1]°࿐

5.9K 368 91
                                    

" Woi anak haram! Kau sini kejap "

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

" Woi anak haram! Kau sini kejap "

Tiara mematikan langkahnya. Kepala pantas menoleh kebelakang, anak matanya menangkap kelibat seorang wanita yang sedang berjalan kearahnya.

" Kau nak pergi mana? Menyundal eh? " tanya wanita itu sinis.

" T-Tiara nak pergi library kejap mummy. Kenapa? " jawab Tiara gagap.

" Kau tanya aku kenapa?! Ehh aku nak duit lah " kata wanita 50 an itu sambil menghulurkan tangan kanannya kehadapan.

" Tapi mummy, duit Tiara semua habis sebab mummy ambil. Tiara tak sempat lagi nak beli barang keperluan Tiara sendiri. " Tiara berkata sambil menundukkan kepalanya ke bawah.

Puan Azizah atau lebih dikenali lagi sebagai mak tiri Tiara itu membulatkan bebola matanya. Dia menunjal-nunjal kepala Tiara sebelum mengetuknya kuat.

" Ehh pompuan! Kau tak payah tipu aku lah, aku tahu ada duit dalam beg buruk kau tu " Puan Azizah merampas tote beg milik Tiara itu dengan kasar.

"Ni ape?! Daun? Huh?!" dia melibas-libas beberapa kepingan duit berwarna ungu itu di muka Tiara.

"Mummy jangan la ambil. Tiara ada yang tu je. Duit tabung pon dah habis ." pinta Tiara sayu.

" Kesah pulak aku, dah bye. " Puan Azizah mula melangkah keluar rumah meninggalkan Tiara yang masih menundukkan kepalanya.

' bodohnya kau ni Tiara '

Tiara dengan pantas melekapkan kedua tapak tangannya di telinga apabila menangkap bisikan seseorang itu.

"Diam." kata Tiara sepatah sambil menutup matanya rapat.

Apabila tiada lagi kedengaran bunyi bisikan itu. Dia mencelikkan matanya. Nafas ditarik dalam-dalam sebelum menghembuskannya. Tiara membongkokkan badannya untuk mengutip barang-barang yang terjatuh dari beg akibat diselongkar tadi.

Ding Dong!

Pandangan Tiara terus teralih ke arah pintu. Dia cepat-cepat mengutip barang-barang lalu memasukkannya ke dalam beg. Tiara berlari anak ke arah pintu. Belum sempat dia mahu membuka, pintu rumah sudahpun terbuka luas. Terserlah dua wajah perempuan yang sangat dia kenali.

" RINDUNYA AKU DEKAT KAU!!! " jerit salah seorang sebelum melompat masuk ke dalam pelukan Tiara.

Tiara tersentak. Ya Allah boleh mati lemas dia kalau cenni. Dia membalas pelukan sambil mengusap lembut rambut blonde milik wanita itu dengan penuh kasih sayang.

"Arghh tepi!! Aku nak jugak!!" jerit seseorang lagi. Dia pantas menolak Mia yang berada didalam pelukan Tiara itu dengan kasar.

Bbukk!!!

Tiara Mikaeyla Where stories live. Discover now