"Maksu, sudah-sudah lah nangis tu. Tak guna bazirkan air mata tu untuk jantan tak guna tu. Mata tu dah tak nampak macam manusia dah. Dah macam ju-on tau." tegur Seroja yang baru pulang dari sekolah. Pintu bilik maksunya itu dibuka seluas alam. Asalnya berkunci, tapi Seroja buka guna kunci pendua.
Cempaka Nur Aliyah yang masih bersandar di sisi katil sambil memeluk lutut. Kepala diangkat. Hidungnya yang sedia merah, ditenyeh berkali-kali. Tak lupa juga, matanya yang sembap itu diperhati lama oleh anak buah kesayangan. Seroja menggeleng. Suis lampu bilik dipetik. Langsir bilik ditarik laju sehingga melimpahkan cahaya dari luar. Ha baru cerah. Baru nampak muka.
"Siapa suruh buka pintu bilik maksu ha? Tutup balik lampu dengan langsir tu." marah Cempaka dalam sedunya. Seroja mengeluh panjang. Dia melangkah masuk ke dalam 'gua' maksunya itu. Gelap gelita, bersepah dengan baju dan bau hapak sebab dah berapa hari cahaya matahari tak masuk dalam bilik ini. Dia melabuhkan punggung di sebelah Cempaka.
"Haih, maksu ni...kata brutal sangat. Jiwa kental lah apa lah. Tapi baru kena tinggal sekali, dah patah hati macam ni sekali. Jangan dilayan sangat perasaan tu. Tak elok lah." nasihat Seroja, lembut.
"Maksu dah okey lah. Maksu cuma perlukan masa je. Bagi lah maksu go through fasa broken ni kejap." balas Cempaka.
"Jujur Seroja cakap, maksu tak sesuai nak broken-broken gini. Tambah-tambah untuk jantan tak sedar diri tu. Dari awal lagi Roja dah cakap, Si Wadan tu tak sesuai dengan maksu, tapi maksu cakap ...Wadan tu terima maksu seadaanya. Ha, sekali engkau....dia curang dengan perempuan yang lagi can..."
"Tak payah lah cakap benda yang obvious. Aku tahu lah aku tak cantik. Kau tahu apa bab-bab cinta ni. Kau pun kecil lagi. By the way, nama dia Wijdan ya."
Seroja gelak sinis, "Menyempat lagi eh betulkan nama jantan tu. Tak kisah lah Wadan ke Wardah ke Wijdun ke...yang penting sekarang ni...maksu perlu bangkit dan..."
"Revenge?"
"Dan mandi, maksu. Mandi. Bukan revenge. Bau kepam dah ni. Revenge lain kali. Bangun!" Tak cakap banyak, terus Seroja tarik tangan Cempaka sehingga membuatkan dia berdiri tegak.
"Tak nak mandi!" Cempaka protes. Berkeras tidak mahu mandi.
"Mandi!" Seroja memaksa. Dengan penuh kudrat dia menolak tubuh Cempaka.
"Bagi lah maksu broken habis dulu!"
"Cempaka Nur Aliyah dan broken tak sesuai! Titik!"
BAM!
Seroja tolak Cempaka masuk ke dalam bilik air. Laju tangan dia mengunci selak pintu.
"Jangan keluar selagi tak mandi!" kuat suara Seroja memberi arahan.
"Seroja Nur Raudha! Siap kau aku kerjakan nanti!" laung Cempaka dari dalam bilik air kuat. Seroja di muka pintu mengekek ketawa. Puas hati dia dapat kenakan maksu kesayangannya itu. Sejak Cempaka putus cinta dengan teman lelakinya itu, dia langsung tak keluar bilik. Kalau keluar pun, jenuh kena paksa. Puan Orked sampai mati akal nak pujuk si Cempaka Nur Aliyah ni.
"Apa bising-bising ni, Seroja?" Puan Orked muncul dari arah ruang tamu. Terkejut dia dengar suara Cempaka jerit macam tu.
"Tok ibu, Seroja paksa maksu mandi lah. Tak habis-habis dengan broken dia tu. Geram Seroja tengok. Tok ibu tengok lah bilik maksu ni. Tak serupa bilik dah. Macam gua tempurung!" adu Seroja sambil tercebik-cebik bibirnya menahan geram.
Tergelak Puan Orked mendengar ayat cucu sulungnya, Seroja.
"Tak lawak lah tok ibu! Kadang kesian, kadang geram dengan maksu ni. Paling geram dengan ex maksu tu. Tak cukup muka hauk, perangai pun sama juga hauk! Suka-suka dia aje putus dengan maksu macam gitu aje. Lama kut dia orang bercinta. Setahun lebih. Maksu yang Seroja kenal, tak pernah suka orang macam ni sekali. Rasa nak tumbuk aje muka mamat tu!" Seroja meluahkan rasa tidak puas hatinya.
YOU ARE READING
Cempaka Adden
Romance"Cempaka nak cari yang iras-iras Hritik Roshan atau Tiger Shroff sikit, ibu. Nak cari yang berupa sikit. Tak pun macam Daniesh Suffian. Tak nak la muka hauk, perangai tahi." Itulah tekad dan azam seorang Cempaka Nur Aliyah sebaik saja dia putus deng...
