Prolog

29 0 0
                                        

Safiyah mengambil telefon bimbit miliknya yang tersisip dalam poket lalu menekan punat ON. Setelah itu, aplikasi GRAB dicari lalu dibuka dan mengisi segala maklumat yang perlu diisi untuk memesannya.

Beberapa minit kemudian, sebuah kereta berhenti dihadapannya. Pemandu tersebut membuka tingkap kereta miliknya lalu bertanya kepada Safiyah sekiranya dia lah penumpang yang memesannya sebentar tadi. Safiyah hanya mengangguk.

Safiyah pun masuk ke dalam kereta tersebut melabuhkan punggungnya dikerusi bahagian belakang kereta itu lalu menyarungkan tali pinggang. Setelah semuanya telah bersedia, pemandu tersebut pun beredar meninggalkan tempat tersebut.

Sampai sahaja dihadapan pintu pagar rumahnya, seperti biasa, pembantu rumahnya akan keluar untuk menyambut kedatangannya.

"Eh. Fiya. Fiya, buat apa kat sini?" tanya pembantu rumah tersebut atau lebih dikenali sebagai Mak Yah.

"Saja nak lawat adik. Adik mana?" balas Safiyah.

"Macam biasalah Fiya, berkurung je dalam bilik tu. Mak Yah kekadang risau juga," luah Mak Yah.

"Ibu dengan ayah?" tanya Safiyah walaupun sudah dapat menjangka jawapan yang bakal keluar dari mulut Mak Yah.

Mak Yah terdiam seketika. Melihat keadaan itu, Safiyah mengangguk faham lalu melepaskan keluhan yang berat. Mak Yah mempelawa Safiyah masuk. Safiyah pun berjalan beriringan dengan Mak Yah memasuki rumah tersebut.

"Fiya pergilah jumpa Sakinah dulu, nanti Mak Yah hantar air kat sana," kata Mak Yah sambil tersenyum lalu mengorakkan langkahnya ke dapur.

Sementara itu, Safiyah pula mengorakkan langkah ke bilik adiknya, Sakinah. Safiyah mengetuk pintu bilik adiknya sehingga adiknya memberi respon. Mendengar sahaja respon adiknya, Safiyah memulas tombol pintu tersebut lalu membukanya. Maka, dapat lah dilihat figura adiknya di benak matanya.

"Eh, Kak Safiyah! Akak tak ada kelas ke? Akak tak balik kampus? Akak ponteng, eh?" tanya Sakinah bertubi-tubi sambil tersenyum kambing.

Safiyah mengetuk kepala Sakinah yang tidak bersalah itu dengan perlahan.

"Ouch. Akak dah kenapa ketuk kepala adik ni?" kata Sakinah sambil memuncungkan mulutnya persis itik.

"Hari ni kan hari Sabtu. Siapa yang pergi kelas hari Sabtu sayang oii? Lama sangat adik berkurung dalam bilik ni. Mulut tu dah kenapa? Nak kena gunting ke?" gurau Safiyah.

Mereka tergelak.

Tiba-tiba,...

"Awak ingat saya tak tahu?! Awak keluar dengan perempuan lain lagi kan?! Kali ni perempuan mana pula?! Awak ni memang tak serik kan. Sanggup buat saya dan anak-anak macam ni," jerit satu suara perempuan berusia dengan lantangnya.

"Awak tu yang nak sibuk hal saya kenapa?! Jerit-jerit macam ni. Tak malu ke nanti anak-anak dengar. Lagipun ni kan hidup saya, suka hati saya lah nak buat apa? Dah kenapa awak nak control hidup saya! " balas satu suara lelaki berusia itu dengan separuh jerit.

"Tahu pun malu dengan anak-anak. Habistu, kenapa buat juga benda ni?! Saya bukan nak control hidup awak. Saya cuma nak tegakkan kebenaran je. Saya dah penat lah hidup macam ni! Saya nak awak cer--" belum sempat suara perempuan berusia itu menghabiskan ayatnya.

"Ibu! Ayah!" Safiyah memotong dengan lentingan yang agak kuat sehingga mengejutkan Mak Yah di dapur yang sedang menyediakan hidangan.

"Fiya. Bila sampai? Kenapa tak bagitahu ibu? Fiya mesti lapar kan? Ibu pun tak makan lagi ni. Jom teman ibu makan." bicara figura yang bergelar ibu itu dengan lembutnya lalu merangkul anaknya untuk dibawa ke dapur.

"Ayah ada banyak lagi kerja kat office. Ayah nak kena balik pergi sana. Ayah pergi dulu ya." kata insan yang bergelar ayah itu lalu mengorak langkah ke arah keretanya.

Selang beberapa minit, batang hidung ayahnya hilang dari pandangan.

Sakinah yang baru sahaja turun untuk ke ruang tamu menukar haluannya ke arah dapur. Ditarik kerusi berdekatan untuk memberinya ruang masuk untuk duduk. Pada masa yang sama, ibunya dan kakaknya juga mengambil tempat duduk di tempat makan tersebut.

Mak Yah menghidangkan minum petang untuk mereka. Ibu Safiyah memulakan kota perbicaraan.

"Bila Fiya sampai? Kenapa tak bagitahu ibu?"

"Baru je tadi. Fiya dah call ibu berkali-kali tapi ibu tak jawab. Jadi, Fiya text ibu. Tapi, looks like ibu tak seen sebab tu ibu tak tahu," kata Safiyah dengan nada yang agak lemah.

Kudratnya ketika ini agak lemah. Melihat sahaja pertelingkahan ibu dan ayahnya tadi membuatkan dirinya menjadi lemah. Entah berapa lama lagi dia perlu hadap semua ini. Segala memori pahitnya bermain di layar fikirannya.

Ibunya memeriksa telefon bimbit miliknya. Hanya keluhan yang dapat dilepaskan. Dia amat sibuk dengan kerja, jadi dia membisukan telefon bimbitnya agar tiada siapa dapat menganggu kerjanya. Dapatlah dilihatnya betapa banyaknya panggilan masuk daripada Safiyah. Timbul rasa penyesalan dalam hatinya.

Baru sahaja ibunya hendak menghulurkan secawan teh untuknya, Safiyah berdiri dan keluar dari tempat duduknya lalu beredar ke biliknya.

"Fiya penatlah ibu. Fiya nak rehat. Esok pagi Fiya nak balik rumah sewa," katanya.

Sakinah yang baru sahaja hendak menghirup teh tersebut membatalkan hajatnya. Sakinah juga beredar mengekori kakaknya. Hal ini demikian kerana Sakinah berasa amat janggal dengan ibunya kerana dirinya yang suka berkurung di bilik dan jarang bertemu dengan ibunya.

Tambahan pula, ibunya terlalu sibuk dengan kerja yang menyebabkannya kurang kerap berada di rumah. Ibunya hanya akan pulang ke rumah untuk mengambil barang yang tertinggal ataupun meninggalkan duit belanja kepada mereka berdua.

"Adik rasa adik tak siapkan kerja sekolah lagi lah. Adik naik dulu ya. Selamat malam, Mak Yah,....i" terdiam Sakinah seketika.

Dipandang wajah ibunya,

"...ibu," katanya dengan kekok lalu beredar dari tempat duduknya.

Si ibu hanya mengiringi mereka dengan ekoran mata bercampurkan perasaan sedih dan kesal. Mak Yah hanya dapat menyaksikan sahaja adegan ketiga anak beranak itu. Jikalau dahulu, keluarga ini hidup dengan penuh kegembiraan dan gelak tawa.

Namun, setelah munculnya ketibaan orang ketiga antara pasangan suami isteri itu, segalanya telah berubah dengan sekelip mata. Namun, persoalannya masih bermain di fikirannya. Adakah benar Tuan Safwan tergamak sekali berbuat demikian terhadap Puan Sarah?

Sejak pertama kali dia bekerja di rumah tersebut, pasangan suami isteri itu amat melayaninya dengan baik sekali. Agak sukar bagi Mak Yah untuk mempercayai semua ini.

Mak Yah menghabiskan kerjanya sementara lalu pergi ke arah Sarah. Dapatlah didengar luahan Sarah kepadanya.

"Mak Yah. Kenapa semua benda ni jadi kat saya? Saya tak kuatlah, Mak Yah. Saya penat nak hadap semua ni. Saya ni bukannya ibu terbaik untuk anak-anak saya. Saya rasa saya patut mati, Mak Yah."

Mendengar luahan si ibu itu mengingatkan dia tentang dirinya pada masa dahulu.

"Puan. Puan tak salah apa-apa. Saya percaya satu hari nanti anak-anak puan akan faham. Puan janganlah putus asa. Puan kena kuat untuk anak-anak puan," pujuk Mak Yah.

"Terima kasih, Mak Yah," ucap Sarah bersama dengan jernihan air mata yang mengalir di pipinya sambil memeluk pembantu rumahnya itu.

ncytophilliaStories to obsess over. Discover now