"Syarat apanya?"

   Qash aku lihat sudah ersengih nakal. Aku merenungnya dengan pandangan hairan.

   "Apa?" soalku lagi apabila aku lihat Qash tidak bersuara.

   Qash tersengih, jari telunjuknya dihalakan ke arah bibirnya. Terus terbuntang biji mata aku. Ya Tuhan, dia ni dah kenapa?

   "Awak ni kenapa tiba-tiba bagi syarat yang pelik-pelik ni? Dah gatal sangat ke?" bidas aku dengan geram. Geram dengan perangai Qash yang sejak dua menjak ni mengada tak bertempat.

   "Biarlah saya nak gatal sekali pun. Gatal dengan awak je." balasnya laju.

   Aku sudah menepuk dahi. Kenapa lah Qash ni makin lama makin mengada? Aku tersalah bagi dia makan ke?

   "Tepuk dahi pulak. Cepatlah!" gesanya.

   Aku pula masih tiada tanda-tanda nak menunaikan 'syarat' nya. Wajah itu aku pandang dengan perasaan geram.

   "Awak nak saya lepas awak atau tak?" soalnya cuba bermain tarik tali.

   Aku masih diam. Eee kena buat ke? Muka aku dah terasa tebal 10 inci dah ni. Dia ni pun satu, bagi syarat yang bukan bukan!

   "Qaisara... Tak baik tau biarkan suami tunggu lama macam ni." Qash bersuara lagi.

   Ah! Dia mula dah nak buat aku rasa serba salah. Aku menggigit bibir. Aku berpusing menghadapnya.

   "Okay boleh, tapi awak kena pejam mata dulu." ujarku.

   "Eh, perlu ke sampai nak kena pejam mata?" soalnya tidak berpuas hati.

   "Nak saya buat ke tak?" ugutku. Haa tadi kau main ugut aku kan?

   Qash berdecit.

   "Yelah, yelah... Ha cepat." katanya mengalah. Dia memejamkan matanya.

   Serentak itu, tersungging senyuman penuh makna di bibir aku. Aku mendekatkan wajah aku dengannya. Kemudian hujung hidung mancung Qash itu aku kucup dengan pantas dan aku terus membuka langkah melarikan diri. Haha!

   Qash yang tidak sangka dengan tindakan pantas aku itu mula membuka langkah.

   "Eh Qaisara! Mana aci main tipu!"

   Aku ketawa besar sambil berlari ke ruang tamu. Qash di belakang sedang mengejar.

   "Kejar lah saya kalau dapat!" cabar aku diselangi dengan tawa. Aku sudah berdiri di belakang sofa bagi memisahkan kedudukan aku dan Qash. Bibirku tersengih.

   Qash di hadapan aku merenung aku seperti hendak ditelan hidup-hidup.

   "Oh, awak cabar saya eh? Awak ingat eh, kalau saya dah dapat awak, jangan mimpi saya akan lepaskan awak." tuturnya serius. Dia mula berlari ingin mendapatkan aku.

   Aku pula sudah berlari ke tingkat atas. Sesekali itu aku terjerit-jerit apabila dia cuba menangkap aku. Dan bermulalah aksi kejar mengejar di dalam rumah itu. Riuh satu rumah itu dengan suara aku dan Qash. Ini kalau jiran dengar, diorang mesti ingat ada budak-budak di dalam rumah ini.









   PADA petang hari Jumaat itu, rumah Maktok gamat dengan suara-suara jiran tetangga. Masing-masing ringan tulang membantu antara satu sama lain. Sambil membantu, sambil bertukar cerita. Aku di situ juga turut ringan tulang membantu. Bunga telur yang sudah siap, aku susun di dalam bakul.

   Haa mesti semua tertanya-tanya, kenapa meriah sangat rumah Hajah Waffiyah ni? Meh sini nak bagitahu. Untuk pengetahuan korang, esok merupakan hari bahagia Wawa. Ya kawan-kawan, dah nak kahwin dah sepupu bimbo aku tu. Hahaha. Aku yang dapat tahu benda ni pun terkejut beruk. Tak ada angin tak ada ribut, tiba-tiba dia bagitahu aku nak kahwin. Tapi bagus lah tu. Tak payah tunggu nak bercinta lama-lama. Kahwin terus, kan senang.

Mr Annoying Vs Miss BekuWhere stories live. Discover now