Tiba-tiba, satu dakapan kasar menerkam lehernya yang kecil. Aiko terkejut dan menjerit kecil sebelum menyedari yang mendakapnya itu ialah kakak kembarnya, Ozawa Kaho. Urghhh! Perempuan satu orang ni, kan! Dengus Aiko.

" DENGARRR SEMUAAA!!!" tiba-tiba Kaho melaung. Terkejut Aiko. Apasal pulak perempuan nie?!

" OZAWA AIKO AKAN JADI PASANGAN SAYA, OZAWA KAHO SECARA RASMINYAAA!!" Kaho membuat pengisytiharaan yang tak berapa nak rasmi memandangkan dia belum daftar. " JADIII!!!! Jangan sesekali kamu berani sentuh dia!!!" dia memberi amaran kepada pelajar-pelajar di sekitarnya, separa tegas. Aiko tak mampu nak buat apa-apa memandangkan Kaho dah katakan segalanya. Dia hanya mampu mengeluh.

" Wahh~ cepatnya awak 'claimed' dia, Kaho~" perli Otoya, yang kebetulan di sana. Kaho meninggikan hidungnya sambil menepuk dada.

"MESTILAH! Saya tak nak Achan dirembat oleh orang lain! Awak pun! Awak patut cepat! Kalau tak~~~ pasangan awak bakal dirembat orang lain!" tegas Kaho. Wajah Otoya tiba-tiba berubah kemerah-merahan. "S--saya tahula..." gugupnya. Kaho tersengih-sengih melihat reaksi Otoya. Kemudian, dia menepuk kuat belakang lelaki itu hingga dia hampir terjatuh.

" Jadi~semoga berjaya! Da-rah Mu-da!" Kaho mengenyitkan matanya sebelum pergi dengan bagasinya ke kotej dan hilang dari pandangan mereka berdua. Aiko hanya mampu mengeluh berat melihat perangai kakak kembarnya itu. Dia mencapai bagasinya.

"I--itu...Ai-chan..." Aiko memaling apabila namanya dipanggil oleh Otoya. "Umm...awak..betul ke ok dengan pengumuman Kaho tadi?" gugupnya. Aiko mengambil masa sebelum menjawab soalan Otoya.

"...memang itu tujuan saya datang ke akademi ni....graduate dan debut dengan Kaho!" jawab Aiko, tenang. Otoya mengangguk faham. Tiba-tiba, seseorang melanggar belakang Otoya, memgalihkan perhatiannya kepada individu tersebut.

"...lagipun...siapa nak jadi pasangan si bengis macam saya..." Otoya terdiam...dia memandang Aiko. "Awak ada cakap apa-apa?" tanya Otoya. Aiko memandang Otoya sambil mengukirkan senyuman. "Tak! Tak ada apa..." balas Aiko. Kemudian, gadis itu menarik bagasinya, menuju ke arah Kaho meninggalkannya sebentar tadi.

*****

Tidak lama sebaik sahaja Aiko tiba di kotej mereka, Kaho sudah menukar pakaiannya kepada gaun musim panas berwarna putih dan memakai topi mataharinya. Manakala, Aiko memilih memakai baju tanpa lengan dilapis dengan jaket berhud tanpa lengan dan seluar khaki pendek. Dia melangkah ke balkoni, tempat Kaho berdiri sambil menghirup bayu laut. Aiko berdiri di sisi Kaho.

"Ahhhh~~ nostalgia betul!! Permandangan laut~ kan, Achan?" Aiko melemparkan pandangannya ke arah laut yang membiru itu.

"Eh...ya..." ujarnya. Dia teringat, semasa dia tinggal di apartmen sebelum sambung belajar di Saotome, pemandangan dari balkoni apartmen mereka ialah....laut. Agak mahal sebenarnya menyewa apartmen dengan pemandangan yang indah sedemikian...namun, nasib baik apartmen tersebut milik bapa mereka. Namun, selepas mereka sambung belajar...rumah tersebut kini sunyi.

" Seronoknya dapat menikmati begini sepanjang tahun~" keluh Kaho. Aiko merundukkan kepalanya. "Rehat, rehat juga...tapi, kita kena kerja untuk graduasi..." tegas Aiko; dia melangkah masuk ke dalam kotej. Kaho menarik muka masam.

" Mou~ awak ni serius betullah, Achan!!" rungutnya. Tanpa mempedulikan bebelan Kaho, Aiko berjalan ke meja kopi bulat di dalam kotej mereka. Dia ternampak lampu berkelip pada telefon bimbitnya, ianya notifikasi mesej masuk. Tanpa berfikir panjang, dia membaca mesej yang diterimanya.

" Ah...ini..."

" Lagipun kan, Achan..." belum sempat Kaho menghabiskan kata-katanya. Dia terdengar bunyi hempasan pintu. Dia memandang ke dalam kotej dan dapati Aiko telah hilang. Dia mengetap giginya.

Uta No Prince-sama 1000%; The Magnificent Melodies (Ozawas Story)Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang