"Ainul!" tubuh gadis itu digoncang sedikit olehnya. Wajah dia sudah basah dengan terkena hujan.

Perlahan lahan dia membuka matanya.
     "Huh! tuan?" terus dia berbicara. Tetap riak wajah dia tenang. Matanya kelihatan sedikit lebam dek kerana terlalu mengantuk dan penat

     "Dah jom ikut aku balik! Kau nak pergi mana huh, kau tahu tak bahaya. Nasib aku ada tadi. Kalau tak habis kau malam ni" marah dia lalu menarik lengan Ainul kuat. Kerana terlalu kepenatan Ainul hanya mengikuti sahaja jejak lelaki itu. Gebriel memandang Ainul yang masih menutup matanya. Dia seperti terlalu penat

Jaket hitam ditubuhnya dibuka dan diletakkan ketubuh gadis itu. Ainul hanya mendiamkan diri. Kepalanya pening. Terasa hendak mahu pengsan.

*****

Ainul Syaheera dipandang Gebriel lama. Gadis itu tertidur tanpa sengaja. Lama dia berfikir tentang cadangan yang dia katakan tengah hari tadi. Mahu sahaja dia bawa Ainul kawin lari. Tetapi terasa berat pula. Terasa agak perbuatan nya itu menyusahkan semua orang.

Lampu isyarat merah berubah menjadi hijau. Kereta dibawa sederhana. Kalau dia nak buat semua ini kena dengan keredhaan semua orang. Tapi, dia tidak bisa memujuk Datin Julia untuk menerima Ainul. Lantaklah! Apa yang penting Ainul ni milik aku!

••••••

Sinaran lampu membuatkan dia tersedar dari tidurnya. Pantas dia bangun dan melihat Gebriel disisinya itu. Lelaki itu kelihatan begitu mengantuk sekali

      "Tuan, kita kat mana ni?" terus dia bertanya pantas

      "Adelah. Kau tidur ajelah" seloroh Gebriel malas. Penat memandu pun iye. Ainul Syaheera memandang jam yang tersedia didalam kereta itu. terkejut dia. Sebelas lima puluh malam!??

     "Tuan, tadi tuan cakap nak bawak saya balik. Ni dah jauh ni"

    "Kau tidur jelah dulu. Nanti kau tahu lah" marah Gebriel lembut. Ainul Syaheera mengetap bibir lalu melihat papan tanda disitu. Dahinya berkerut

    "Tuan nak bawak saya pergi mana huh!!" jeritnya takut. Hampir phofia dia. Terus dia teringat akan dengan lelaki samseng jalanan tadi

     "Jangan kroni sangat boleh tak kau ni, tengok je lah dulu" bengangnya lalu terus memandu

Ainul Syaheera hanyal mendiamkan diri. Bantal dipeluk erat. Masih tahan sabar dengan Gebriel ini. Sudah mahu pukul 12. Kemanalah dia mahu bawa Ainul pergi

*****

Perlahan kereta diparking dihadapan rumah kayu tradisional itu. Matanya digosok lembut. Lenguh belakang badannya. Dia keluar dari dalam kereta itu dan pintu ditutup rapat. Bahagian pintu Ainul dibuka Gebriel dari luar. Gadis itu masih tidur

      "Ainul bangun." ujar dia perlahan. Ainul kini terbangun dari tidurnya. Rumah kayu tradisional itu dilihat nya pelik

      "Kita kat mana ni?" soal Ainul sambil dahinya berkerut. Dekat mana pulak dia bawak aku ni

     "Dekat rumah opah aku" selambanya tanpa reaksi muka sedikit pun. Ainul kian terkejut

     "Rumah opah tuan? Tak sekarang kita dekat mana!" tanya dia lagi. Tiba tiba sahaja naik angin

      "Pulau pinang lah. Kau ni tak reti nak baca sign board ke" perli dia Ainul masih terdiam. Pergg bapak gila mamaf ni bawak aku sampai ke pulau pinang

      "Dah cepatlah keluar. Pukul berapa dah ni, kau tak ngantuk ke" sambung Gebriel lagi

      "Saya nak balik rumah saya! kenapa tuan pergi bawak saya dekat sini?" tungkasnya geram

     "Bukan ke kau lari dari rumah ke?" Ainul Syaheera terdiam. Dia menunduk

     "Isy dah lah cepat lah keluar!" marah dia lagi. Ainul buat derk sahaja. Kerana malas gaduh mulut tubuh gadis itu didukung selamba

    "Tuan, turunkan lah saya.." tegas Ainul geram. Gebriel masih mendiam buat bodoh

     "Assalamualaikum!" laung Gebriel tanpa mengendahkan Ainul yang berontak itu

     "Assalamualaikum!" Laung Gebriel sekali lagi. Dia tidak mengendahkan langsung Ainul Syaheera yang masih merontak ingin turun. Serta merta dia meleraikan dukungan Ainul itu. Ainul menjeling tajam. Dalam beberapa saat pintu kini sudah dibuka

     "Waalaikumussalam.. eh! Cucu opah datang" meleret wanita tua yang berumur antara 60-an begitu. Dia mendekati Gebriel. Gebriel sekadar tersenyum dan tangan opahnya dikucup sekilas

     "Kenapa balik tak bagi tahu opah"

     "Saje buat surprise dekat opah" balas Gebriel

     "Isy suka buat opah macam ni.." tangan Gebriel ditepuk perlahan. Pandangan dia kalih melihat Ainul disebelah Gebriel itu. Gadis itu menunduk

     "Ni... Siapa?" soalnya pelik

     "Wife Gebriel" bohongnya selamba. Ainul memandang tajam kearahnya

     "Aik dah kawin ke.. lah, kenapa tak bagitau"
Mata Gebriel tajam melihat Ainul menandakan suruh gadis itu menyalami opahnya. Ainul akuh sahaja.

     "Dah lah jom masuk" ajak opahnya sambil menarik tangan Gebriel dan Ainul itu



Bersambung..

[C] "AINUL SYAHEERA! Aku sayang kau..."✔︎Where stories live. Discover now