uno

56 8 2
                                    

bring this story to you,
welcome to seonghwa universe.



🌈



"Sudahlah Jane,"

Dayeon memujuk Jane supaya berhenti menangis, selepas mendengar semua cerita rakannya itu— Dayeon faham.

"Tak guna betul si Yeosang tu!" Marah Jane sambil menangis.

"Saya tak boleh egois. Kalau saya dekat tempat perempuan tu sekali pun, saya mesti perlukan suami."

Yeosang, teman lelaki kepada Jane memutuskan hubungan mereka secara sepihak tanpa persetujuan Jane sendiri.

Yang membuatkan Jane sakit hati pula, Yeosang akan berkahwin dengan perempuan pilihan orangtuanya atas urusan perniagaan.

Lagipula, perempuan itu sudah mengandung anak lelaki lain.

Sebagai menutup kes supaya keluarganya tidak menanggung malu, Yeosang-Iah yang dipaksa menjadi bapa sanggup kepada anak buahnya sendiri.

Kembali ke cerita.

Dayeon menyodorkan sekotak tisu— lagi, kerana sudah habis sekotak tisu digunakan oleh Jane mengelap air mata dan hingusnya.

"So, kau kena ikhlaskan Yeosang demi perempuan tu." Pujuk Dayeon. "Lagipun, dia buat perkara baik."

"Kalau begitu, saya nak jumpa perempuan tu dulu!"

-----

"Dayeon, lepas ni ada meeting lagi? Atau apa-apa kertas nak disign?"

Si gadis yang sibuk dengan tekun menyusun fail kertas-kertas kerja itu menoleh, bossnya— Tuan Kim, lelaki berumur mencecah 60-an itu masih memegang jawatan sebagai ceo di studio design tempat dia bekerja ini.

Hi-Lite Studio Design.
Hanya sebuah pengusaha studio design kecil-kecilan, tetapi agak terkenal dengan kerja seni unik mereka di Gangnam ini.

Dayeon menggeleng, "Tak ada Tuan Kim." Nota kecil ditelek.

Kemudian dia bersuara semula, "Ah ya, CEO Syarikat FG Design and Architecture akan bertemu tuan hari ini. Tapi, hanya pertemuan biasa-biasa saja katanya."

"Di mana?"

"Terserah ikut tuan sendiri. Katanya, nak menjalin kerjasama dengan kita."

"Bagus itu, mereka syarikat besar!" Tuan Kim faham, "Hubungi ceo mereka itu, katakan untuk datang sahaja ke sini."

"Baik, Tuan Kim."

TBC

TBC

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Fix You | SeonghwaWhere stories live. Discover now