Ketika itu, Aku dan kakakku sedang bermain badminton. Sedang kakak aku mengutip bulu tangkis yang terjatuh tiba-tiba tebuan datang ke arahku. Aku terkejut lalu aku pukul perlahan tebuan itu menggunakan raket supaya menjauhi aku. Aku takut dengan tebuan. Tebuan itu pun mula menghilang dari pandangan.
Kakakku memandang aku dengan raut wajah yang risau lalu bertanya
"Kau pukul apa tadi tu yad"
Panggil kakakku dengan nama pendek. Nama Aku Fayyadh..tapi keluargaku ambil yang hujung je.. hahahaha
"Haa? Fayyadh pukul tebuan kak."
Kataku tenang.
Muka kakakku mula bertukar pucat.
"Eh, kakak oke tak nih..kenapa tiba-tiba...."
Belum sempat aku habiskan bicara kakakku menarik tanganku dengan laju lalu masuk ke dalam rumah. Dengan segera dia memanggil mama dan papa kami.
"Maa, Pa!!!!"
Mamaku lari laju ke arah kami. Papa ketika itu di dalam tandas.
"Kenapa Hani?"
" 'Bende' Tu dah datang mama!!!..Bagitau orang kampung cepat!! Sebelum 'bende' tu menyerang kita semua."
Aku hairan..apa 'bende' yang mereka katakan itu? Aku tertanya-tanya.
Papa yang tadinya berada di dalam tandas keluar.
Wajah pucat yang dipamerkan oleh isterinya itu, Puan Azura, membuatkan dia terus menghampiri bilik abangku dan kakak perempuanku. Aku Ada 2 orang kakak, seorang abang dan seorang adik lelaki.
Sementara itu mama sibuk membuat panggilan. Barangkali ketua kampung kerana aku dengar nama, Pak Rahim. Beliau terkenal di kampung ini.
Tetapi aku masih tidak faham dengan situasi yang berlaku sekarang ini.
Kenapa mereka terlalu cemas..Aku ade terlepas apa-apa ke? Aku ligat memikir apa yang telah berlaku ketika aku main badminton. Tebuan! Ye..Aku pukul tebuan tadi!!! Persoalan demi persoalan Aku berfikir. Adakah ada kaitan dengan tebuan yang aku pukul tu? Atau kakak ternampak benda pelik? Atau perkara lain?
Apa yang sedang berlaku sebenarnya sekarang ni?!
VOUS LISEZ
Run!
AventurePetang itu, Fayyadh dan kakaknya bermain badminton di luar rumah sama seperti hari hari lain tetapi tidak untuk hari ini. Kehadiran seekor makhluk menyebabkan penduduk kampung itu menjadi kacau-bilau. Fayyadh yang takut terhadap makhluk itu memukul...
