Bab 56 | Termakbul

Começar do início
                                    

   Aku melepaskan keluhan kecil. Wajah Wawa aku cari.

   "Aku harap, kau buktikan lah apa yang kau cakap ni. Jangan setakat sembang kosong je." selamba aku berkata. Hmm... Kalau dah namanya Qaisara Alysha, kalau tak selamba tu bukan dia.

   Automatik bebola mata Wawa bersinar. Bundar matanya memandang aku.

   "Maksudnya, hang dah maafkan aku?" soalnya meminta kepastian. Aku menghembus nafas perlahan.

   "Ya, aku maafkan kau. Tapi, aku nak ingatkan eh? Jangan nak gatal-gatal pergi buat perangai lama hang. Kalau hang buat jugak, tu. Berus jamban Maktok dalam tandas tu, aku tonyoh-tonyoh muka hang." ujar aku tegas. Aku tak main-main tau! Kalau aku cakap aku nak buat tu, memang aku akan buat!

   Wawa pantas mengangguk laju.

   "Thank you Sha! Thank you!" jeritnya teruja. Dia lantas menarik aku ke dalam pelukannya. Okay. Sekali lagi aku terkejut. Apasal aku asyik terkejut je hari ni? Sorang demi sorang bikin surprise.

   "Ya ya dah. Lepas. Jangan peluk aku, rimas." selamba aku menolak tubuhnya dari melekat dengan aku. Terus kedengaran tawa kecil dari bibir Wawa. Qash pula hanya mampu menggeleng.

   Tak lama selepas itu, mak ngah pula tiba-tiba bangkit dan kakinya mula menapak ke arah aku. Okay. Ini seram sikit. Tiba-tiba rasa macam nak lari pulak. Wawa bangkit dari sofa dan memberi ruang kepada mak ngah untuk duduk di sisi aku. Wawa yang berbaju kurung itu hanya duduk bersimpuh di lantai. Aku sedikit kaget apabila melihat wajah mak ngah yang suram itu. Tangan kiri aku yang berada di atas paha diraihnya. Dan sekali lagi, surprise!

   "Sha... Mak ngah pun nak minta maaf kepada Sha dan Qash. Mak ngah kejam sangat pada hangpa berdua. Lagi-lagi dengan Sha. Mak ngah minta maaf atas apa yang mak ngah dah buat selama ni. Mak ngah tahu, mak ngah kejam. Mak ngah hina Sha, cemuh Sha. Mak ngah bersalah Sha." luah mak ngah. Dan buat pertama kalinya aku dapat lihat air mata wanita itu gugur di hadapan aku. Aku terkedu. Aku sedang bermimpi ke ni?

   Maktok dan Qash pula hanya menjadi pemerhati sejak tadi. Langsung mereka tidak menyampuk mahupun bersuara. Hanya memerhati babak sinetron pada pagi yang indah segar bugar ni.

   "Terima kasih Sha sebab sudi tolong Wawa masa hari kejadian tu. Mak ngah tak dapat bayangkan apa yang akan terjadi pada dia kalau Sha tak tolong dia hari tu. Dan mak ngah minta maaf atas kehilangan anak Sha. Mak ngah tak sangka perkara begini akan berlaku. Mak ngah betul-betul terkejut dan rasa serba salah. Maafkan mak ngah ya?"

   Okay. Sekali lagi aku terasa seluruh tubuh aku kena strok. Terkaku. Again, am i dreaming?

   "Pak ngah pun nak minta maaf pada Sha. Selama ni, kami sekeluarga layan Sha dengan teruk. Pak ngah rasa bersalah sangat. Pak ngah minta maaf ya nak? Kalau Sha nak marah kami, marah lah." sampuk pak ngah pula. Kendur sahaja suaranya. Mak ngah mengangguk bersetuju.

   Jeda.

   Okay, sumpah sekarang ni aku rasa macam nak lempang pipi aku sendiri. Apahal susah sangat aku nak bersuara? Mulut aku kena jahit ke?

   "Sha, kenapa Sha diam? Sha masih marahkan kami ka? Sha tak boleh nak maafkan kami?" bertalu-talu soalan yang dilontarkan mak ngah.

   Dan aku seperti tadi. Diam. Hah elok lah tu. Sampai bila kau nak jadi bisu ni Qai?

   Aku bukannya apa, aku masih rasa terkejut lagi. Tipu lah kalau aku cakap aku tak rasa gembira melihat perubahan mereka. Benda ni yang aku nantikan selama ni. Hati mereka sudah menjadi lembut. Tapi dalam masa yang sama, aku masih terasa ragu-ragu. Semua ni terlalu tiba-tiba. Orang putih kata, suddenly.

Mr Annoying Vs Miss BekuOnde histórias criam vida. Descubra agora